Memaparkan catatan dengan label Diri Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diri Ku. Papar semua catatan

26 September 2014

Berkampung Di Cork :: University College Cork UCC


Dalam flight memang tido jer... Sedar2 dah smpai Cork. Masa smpai tu dah 9.30 malam dan hujan. Sejuk lain macam. Aku kena pkai glove. Kat sini ijat dah tunggu. Terus gi kat kaunter sewa keta yg kitorg dah bayar utk sewa 6 hari. Minah kat kaunter tu kata dia bg free upgrade. Asal kitorg book ford mender tah. Dia kasi Skoda Superb diesel manual transmission. Ok lah gak... Diesel jimat sikit. Tapi kena tambah plak bayar deposit n insurans apa semua, adeh... Lari bajet ni. Terpaksa swipe credit card. Aku ngan ijat selaku pemandu berdaftar gi parking lot utk amik 2 keta. Airport Cork masa tu da lengang.

Cerita psal Skoda Superb nanti aku post lain lah....

River Lee, sungai kat pintu masuk UCC dari Western Road

30 April 2014

Jenjalan Amsterdam :: Science Center NEMO


Berhenti kat kedai beli aiskrim BenNJerry's kejap
Lalu depan Centraal
Lepas cruise target nak ke Nemo Science Center. Jalan pergi ke centraal balik. Kat situ ada papantanda yg tunjukkan cara2 untuk sampai ke satu2 tempat. Tengok ada beberapa mode transport... jalan sendiri, bas atau tram. Da tak larat semenarnyer jalan. Tanya lagi kt sorang pakcik matsalleh ni, gaya pakaian dia macam kerja kt situ. Dia kata paling senang nak ker Nemo jalan kaki. Adeh... Gagah jugak ler menapak dengan seret bag2 hand carry... strollet lagi... memang tak jauh sangat... tapi bersama beban dan budak2, terasa agak jauh plak.


20 April 2014

Karipap Taman Gelora Kuantan

Kebetulan aku kena outstation ke Kuantan Isnin sampai Rabu. Alang-alang ajak semua balik Kuantan, boleh lepak ngan Nabil. 

Petang semalam Dora ajak gi cari kueh wat minum petang. Aku, Dora dan Nia ajer... Nabil dan Wina tamau ikut. Dah beli kueh ala kadar kat flat belakang rumah Mama tu. Pastu pusing-pusing, decide untuk pegi ke Taman Gelora.



Penuh orang kat meja2 ni

19 April 2014

Jenjalan Amsterdam - Canal Boat Cruise


Sambungan dari sini.

Lepas makan, disebabkan dah tak larat, Mama dan Papa nak balik ke Schiphol Airport untuk tunggu connecting flight ke Ireland pkul 8 malam nanti. BJ dan AB terpaksa ler ikut ke Centraal. Walhal masa tu dalam pukul 1 petang. Aku pikir, takkan nak lepaskan peluang yang ada dalam lebih kurang 5-6 jam kat Amsterdam gitu ajer? 


Beratur untuk naik boat canal cruise

02 Mac 2014

Berjaya Time Square Theme Park

Nabil lapor diri kat asrama 3 Feb baru ni. Kebetulan plak memang cuti CNY sambung plak ngan cuti hari wilayah. Chanteklah tu... Balik Kuantan sesambil hantar Nabil. Notis utk lapor diri lebih kurang 2 minggu jer. Memang agak singkat. Nak buat persiapan apa semua... Pastu terasa plak suntuk sangat masa untuk spend masa dengan nabil. Pasni kena tunggu cuti2 panjang ler baru bole spend masa ngan Nabil. Cepat btul masa berlalu... Da besar dan dah nk dok asrama.

Last2 minit terpikir plak nk pegi Cosmo Berjaya Time Square utk layan ride2 kat theme park tu. Idea timbul bila trkenang keseronokkan layan ride2 kat Disneyland November lepas. Masa kat Disneyland, mmg aku, Nabil dan Wina layan sakan semua ride2 yg thrill... Ada yang sampai 2-3kali naik. Terindu plak... Mungkin tahap gian. Tu yg dtg idea nak layan yg kat BTS. Ride jejauh dan thrill dah pegi, takkan yag dekat tak pernah cuba.

Dengan perancangan yg tak berapa teliti, Nabil setuju utk pergi hari Jumaat 31 Januari, cuti CNY pertama. Chek dlm internet, theme park tu bukak pukul 11am. Alang2 tu baik pegi lepas semayang Jumaat lah. Plan asal aku n Nabil ajer psal Dora malas nk ikut. Ingat nk gi terus dari masjid. Tapi sebelum pergi tanya kat Wina, dia nak ikut ke tak. Sekali Nia terdengar dan nak ikut sekali. Last2 lepas pujuk, Dora pun ikut sekali utk teman Nia. Dah semua pergi, Wina yg memula tamau ikut, terikut jgak. Akhirnya jadi family outing. Gerak dalam pkul 3 lebih dari umah.

Masuk bayar guna family package utk 2 dewasa dan 2 kanak2... Pastu tambah 1 adult lagi utk Nabil. Total RM144 (RM106 +RM38). Semua ni rate ngan mykad. Kalau pelancong luar negara rate mahal sikit.



Secara amnya theme park ni terbahagi kepada 2. Yg satu utk kanak2 Fantasy Garden sesuai untuk Nia dan Dora (huhuhu). Manakala utk thrill seeker macam aku, Nabil dan Wina (achecheche) plak layan Galaxy Station. Sibaik tinggi Wina memang ngam2 lepas utk layak naik ride yg thrill. Kalu tak mesti dia sangap. Huhuhu.

17 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Niuewmarkt

Sambungan dari Jenjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square.

Dari Dam Square, kitorang jalan menuju ke Niuewmarkt. Macam berbelit sikit kan nak nyebutnya. Psal tu bahasa dutch. Tapi semenarnya senang jer.... Dalam English maknanya "New Market" atau dalam bahasa kita, "Pasar Baru". Baru sangat ke pasar sini? Ahaksss.... Sejak tahun 1614 lagi... tak ler baru sangat. Ahaksss. Semenarnya lagi, kawasan ni adalah antara daerah yg tertua kat Amsterdam.


Main jalan agak2 jer berpandukan map. Dah nama pun explore. Ni antara gambar2 yg sempat amik otw jalan menuju ke Niuewmarkt:




03 Februari 2014

Janjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square

Sambungan dari post Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol.

Centraal Amsterdam ni stesen keretapi paling penting untuk keluar masuk ke Amsterdam dan transit untuk ke destinasi2 lain seluruh Netherland. Selain tu ke destinasi2 europe yang lain. Memang sibuk giler lah Centraal ni. Platform2 keretapi dia takyah sebutler... memang banyak. Yang gempaknya, bangunan Centraal ni dibina pada tahun 1889.... gilerr tua bangunan ni. Antara feature utama bangunan Centraal ni adalah penggunaan red clay facing brick yang berikan warna merah kepada Centraal. Tapi kat tiang2 digunakan blok2 warna putih (aku tak pasti amender) untuk kasi kontras ngan warna merah clay brick tu. Selain tu banyak gak arches half round dan ornament sculpture kat dinding2 facade Centraal. 
Interior Centraal

02 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol

Sambungan dari post Amsterdam - Cork - London - Paris ni.

Kalu nak ikut plan nak post entry psal amsterdam dlm 1 post jer.... tpi bila pilih2 gambar... banyak ler plak nak share. jadi terpaksa ler pecah2 kan jugak. Kali ni citer kat Schiphol Airport.
Nia nampak happy ngan uncle BJ 

29 Disember 2013

Nanny Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat mana nak start...?. hmmm.....

Aku cuba mula dari 14 tahun lepas... masa mula2 aku kenal seorang insan istimewa yang aku mesra panggil Nanny. Perkenalan disebabkan oleh penyatuan hidup aku dengan isteri tersayang, Dora. Memang tak boleh disangkalkan Nanny adalah sorang yang sangat-sangat-sangat istimewa untuk Dora. Sejak aku kenal Dora kat U, dia dah mula bercerita perihal Nanny. Semua ceritanya berkisarkan bagaimana kasih, sayang dan sanjungan dia kpd Nanny. Buatkan aku teringin sangat untuk kenal dengan Nanny.
Gambar tak bertarikh, seawal pekenalan...
Aku tak berapa ingat kat mana dan bila pertama kali aku jumpa dengan Nanny. Yang aku ingat, mula2 jumpa dia dah mesra dan macam kenal lama. Ghupanya memang sifat Nanny, sangat peramah dan suka berseloroh. Dia suka buat lawak2 bagi kita suspen... hahaha... masa memula pun aku dah gelabah ngan lawak nyakat dia... Tak hairanlah kalau orang disekitarnya menyanjung dan menyayangi Nanny.

01 Disember 2013

Amsterdam - Cork - London - Paris


25 Oktober smpai 11 November yang lepas, family aku pegi vacation trip.

Trip ni banyak yg special sangat utk aku. Kalu bole aku senaraikan:
1. Trip melancong paling lama dlm hidup aku... Total 18hari
2. Trip melancong paling banyak negara yg akan dilawati... Holland, Ireland, United Kingdom dan France.
3. Trip melancong yg paling banyak belanja... Berapa RM? Byk lah... Abis simpanan seumur hidup... Huhu. Sibaik Dora byk support. Nk lagi lega, kat Ireland lodging kat umah ijat jer. Jimat banyak tu.
4. Trip melancong paling jauh seumur hidup.
5. Trip melancong pertama kat europe.
6. Trip melancong pertama aku drive sendiri... Kat Ireland.
7. Trip melancong paling jauh jalan kaki kot.
Banyak lagi yang special kot.... 

Hari pertama di Europe sampai di Schiphol Airport Amsterdam
Apa2 pun post psal vacation ni aku jangka akan banyak dan amik masa. Share sikit2 lah...

21 November 2013

Battle Royal X III _ 1 Jun 2013 : Part II

Sambungan dari sini.

Ahaksss... lama tak nak tunggu ceghita sambungan ni.....?? huhuhu.... tak sempat ler nak update. Ni pun gagah gak, psal dah lama dok peram jadi "Draft".

Kalau entry sebelum ni dok citer psal drag lambak.... kali ni citer psal acara time attack plak.

opss..... ni ada plak gambar drag lambak yang baru jumpa dalam FB....

Tak silap aku ni ni antara 1st 2 run... kalah... psal tak jumpa launch RPM yg sesuai lagi
Mamat belakang tu BOB kalu tak silap aku. Ahaksss.... ganas tak ghupa keta aku yang sengaja buat tak siap.... ahahah.....
OK.... sambung citer time attack. Time attack ni, diorang kumpulankan kepada 4 kereta setiap kumpulan dan dilepaskan 1 per 1 kereta yang dah dipasang dengan transponder utk catatkan masa sepusingan secara automatik. Setiap kereta diberi peluang untuk buat 3 pusingan lengkap untuk dapatkan catatan masa. Dari 31 kereta yang menyertai, 14 kereta dapat peluang untuk ke pusingan ke-2 untuk buat catatan masa utk 3 pusingan lengkap lagi. Alhamdulillah, aku lepas top 14 tu... ahaksss...

Ni masa saringan... alhamdulillah lepas gak masuk 2nd round


Bila dah masuk pusingan ke-2, pesaing bukan calang-calang. Semua experience nya racer... Aku contohnya, masuk dalam group champion2 yang biasa masuk competition. SNF, Gymkhana etc.... tapi aku layan kan ajer... under dog... no preassure.... ahaksss.....

Masa ni 2nd round. Satu group ngan champion, Ajak... competetor hebat SNF, Angah dan Gymkhana prepared satria




Fiwiittt...... beraksi dengan poyo dalam acara time attack... ahakssss
Beramai2 selepas pembahagian hadiah


Kalu tengok results kat bawah, masa terbaik aku 55"83 (driver nomor 22) ... dan agak konsisten utk 5 timing terakhir. Kira dah gitu jer yang termampulah. Skill driving asal boleh jer.... banyak gila nak kena improve. Kereta plak tak berapa chun, terutama bab tayar. Tayar aku pakai brand tak glamer... Roadstone dari Korea. Tayar lama, takda grip, treadwear 300 ke atas... bawak keta rasa melayang2... abis usaha nak control steering. Citernya psal ingatkan, masuk ni ala kadar cukuplah....


Inilah hasil yang aku dapat... tempat ke 7 acara drag manual dan tempat ke 13 acara time attack
Abis jer acara ni, aku memang psang niat, nak cari dan pakai tayar yang competition skit... kalu nak masuk event, selamba jer bole masuk, tak risau psal grip tayar. Apa2 results salahkan skill jer. huhuhu. Tak lama lepas tu, lepas abis survey... aku pakai tayar Federal 595 RSR... treadwear 140, masih lagi kategori road tyre. Nak masuk event, masih layak untuk kategori road legal. Yang penting, harganya boleh lagi dengar, kalu nak dibandingkan dengan brand2 glamour yang lain.

Oh yaa.... lepas abis event, track di"biar"kan tanpa penjagaan marshall... ahaksss.... masa ni ramai yang pusing track secara lambak. Baik yang masuk acara atau yang datang tengok. Aku tak lepaskan peluang turut melambakkan diri atas track. Bawak Dr. Jasman dok sebelah. Dia sampai tengahari tu kat kg gajah utk bagi sokongan kat aku. Memang seghonok belasah tanpa rules ni. Tak lama lepas abis tayar botak, diorang stop. Aku balik malam tu berkonvoi dengan Dr. Jasman. Singgah Teluk Intan untuk Dinner malam tu.

26 Oktober lepas pun ada BRX lagi.... tapi aku plak takder... outstesen.... rugi... rugi...

Banyak gambar dalam ni aku ceduk dari orang lain... tak ingatlah mana amik.... kebanyakkan nya dalam FB. Harap empunya gambar dapat halalkan.... huhuhu



08 September 2013

Battle Royale X III _ 1 Jun 2013 : Part I

Keta sentra tu da buat memacam. Modal pun tah brapa juta abih. Takkan nk simpan n syok sendiri atas highway jer. Poyo n perasan power sengsorang?

Memang da lama cari peluang utk test keta ni. Terutama dari segi endurance yang sangat2 diragui. Belasah lebih sikit, mula ler kluar tanda2 tak sehat. Huhuhu....

Melalui wassap group, dapat tau event ni... Battle Royale X atau singkatannyer BRX. Entah... Aku pun tatau apa makna battle royale x tu... Macam tajuk kartun manga jepun jer. Tak kesah ler.... Tapi aku tertarik dengan konsep event ni dan yuran penyertaan yang berpatutan. Ghupanyer event ni dah buat 2 kali sebelum2 ni. Yg aku nk join ni BRX III.

Macam aku yg tak pernah involve dlm mana2 event motorsport kira sesuai lah... Terutama konsep event ni terbuka. Takda kategori2. Main belasah jer. Lebih kepada friendly race. Kalu event lain nak kena ikut kategori... Ada plak syarat2 kategori tu takleh gitu takleh gini. Mau plak sentra tu turbo...sah-sah terpaksa masuk kategori open. Nak layan ngan keta2 dah sedia ada balance dr segi power n handling dari kilang. Sedangkan sentra tu dr kilang lebih bertujuan mak2 nak pegi pasar. Ahaksss....

Hadiah yg disediakan Kat BRX pun sekadar suka2. Jadi idakler nanti ada yg nak protest ker apa ker.... Main... Suka2... Bagi2 hadiah... Settle..

Dalam BRX ni ada 2 jenis race... Belah pagi diorang buat drag race... Belah petang plak circuit time trial. Dengan bayaran yg berpatutan, bole layan 2 jenis race plak tu.... Dari pagi sampai petang. Mmg berbaloi rasanya... Psal tu tanpa pikir panjang aku join.

Event ni pada 1 jun 2013 hari sabtu. Lokasi Litar Datuk Sagor Kg Gajah Perak. Ada dengar kata tak ler jauh mana dari KL, Dlm 2 jam perjalanan jer... Ada yg kata jauh... Entah... Sebelum pegi tu tatau nk expect apa. Bebudak nissan ramai gak yg katanya join. Join tu tak semestinya join event...join sebagai penonton pun ramai. Huhuhu....

Ramai yg join event ni katanya ambik bilik atau sewa home stay. Aku plak dapat offer dari heri katanya umah mak mertua dia dekat ngan trek. Kalu nk tumpang tido dipersilakan. Aku mmg dengan tak malunya terima pelawaan tu. Aku pun mintak heri share location bila dah smpai sana nanti.

Jumaat sehari sebelum event, lepas abis kerja terus bergegas ke ksr shah alam... Tujuannya nk cek apa2 yang patut dyno tune lpas ganti turbo controller. Dengan workshop yg sibuk dan beberapa dugaan seperti laptop abis batteri... Pung pang pung pang bertolak dari Shah Alam ke Kg Gajah pkul 1pagi. Bertolak sekali ngan rombongan Angah SNFD yg akan turut serta dlm BRX III guna Sentra B13 yg selalu masuk SNF Sepang.


OTW ke KSR Shah Alam.... Hujan...Jem... Langit terbelah.... 

Lalu hiway guthrie potong masuk plus hiway, keluar kat exit sungkai. Kat sungkai beberapa budak nissan n budak2 toyota dah menunggu kitorang. Masa tu lebih kurang pkul 2pagi. Lepas bincang2, diorg nak g isi petrol keta dulu. Memandangkan masa tu lewat sangat, tak banyak petrol station yg bukak. Jadi dibawanya rombongan yg dah jadi banyak keta tu ke pekan utk isi petrol. Aku pun amik peluang skali lah.


Dyno tune sikit....
Isi petrol...
Lepas tu terbahagi 2... Ada yg nak lepak minum dulu ada yg nk teruskan perjalanan ke kg gajah. Gila apa diorg ni, 2pagi nk minum lagi... Hahaha... Aku ikut group yg nk ke kg gajah. Dalam masa yg sama aku setkan gps utk pegi lokasi ghumah mertua heri. Masa tu masih konpius kedudukan sebenar arah tuju aku. Aku keta blkg sekali dlm konvoi lebih kurang 12 kereta.

Sepanjang perjalanan gps asyik tunjuk masuk simpang lain jer... Yg diorg teruskan ajer... Aku da naik konpius... Sampai ke satu tahap aku terpikir, mungkin diorgnya tempat ni lain kot dari arah tuju aku. Lepas beberapa lama ikut belakang diorg, aku decide utk ikut gps laa.... Masa tu tak terpikir panjang. Aku pun keluar dari konvoi... Ikut arah yg gps tunjuk... Masa tu dlm pkul 3 pagi.

Jalan kampung... Senyap sunyi.... Gelap... Kengkadang berkabus...Pkul 3 pagi.... Aku sorang2 dlm keta.... Keta aku 1 jer atas jalan....Hahaha.... Ngeri tak...?? Masa tu terpikir gak... Kalu jadi apa2.... Masak.... Lampu depan keta aku plak tak brapa nk terang lepas pkai projektor ni....aku trpaksa guna high beam utk suluh jauh... Masalahnya tak jauh mana pun suluh... Tambah plak dia suluh ke atas.... Abis dahan2 pokok kat belah2 atas cerah...ahahah... Jangan nmpak apa2 bertenggek atas dahan2 pokok tu sudah lerr....

Setelah agak lama memecut bersorangan dikeheningan dingin malam.... Aku ternampak 1 signboard tulis "kg gajah" tunjuk ke arah simpang kiri. Masa ni aku masih tatau nama tempat tujuan aku. Sempat tengok keadaan jalan macam baru dan lurus. Dlm gps takda jalan tu. Aku terpikir ni mesti jalan yg baru bukak tak sempat update dlm gps. Dengan konfiden aku masuk simpang tu.... Gembira ler kejap bila jalan tu lurus jer... Ini jalan shortcut ni... Aku terpikir.

Tak lama lepas tu aku smpai kat 1 simpang 3... Ditunjukkan ke arah kanan kg gajah. Ke kiri aku tak ingat plak. Aku pun masuk kanan. Bermula dari situ jalan dah mula bengkang bengkok dan sedikit berbukit... Adoyai... Keadaan makin mengerikan... Pokok dah start besar2 macam dlm hutan. Lampu aku plak dok suluh dahan2 pokok tu.... Masa tu aku doa takda apa kejadian... Mahupun takda apa2 pelik yg aku akan nampak... Huhuhu.

Sempat seberang 2 anak sungai guna jambatan kayu kecik. Masa lintas jambatan tu dapat dengar aliran air kat bwah. Tapi tak nmpak... Psal gelap gelita. Lepas lalui perjalanan yg suspen tu akhirnya aku keluar kat dalam kawasan perkampungan. Lega sikit.... Tapi jadi konpius balik psal kat kampung tu byk plak simpang. Tatau nk kuar kat jalan besar kot mana. Aku ikut instinct... Lepas sekali patah balik dlm kampung tu... Aku jumpa jalan besar dan gps dapat detect jalan tu. Alhamdulillah.... Lega tak terkata.

Aku teruskan perjalanan dan akhirnya sampai gak kat ghumah mertua heri yg lorong masuk jugak takda dlm map gps....hahaha. Sibaik heri angkat call aku.... Masa tu lebih kurang pkul 4.15 pagi. Lepas bersih2, salin baju dan buat apa2 yg patut... Aku tido... Penat yaa amat.

Yang sedihnya subuh terlepas. Aku terbangun balik lebih kurang pkul 9pagi. Tapi dengan keadaan yg sangat penat... Mata macam masuk simen. Pedih... Nak bukak separuh pun payah. Tapi aku gagahkan jugak utk bangun. Event kalu nk ikutkan start pkul 9 pagi. Tapi dok guling2 ajer da dekat 15minit. Siap mandi semua, heri ajak breakfast dulu. Ok laa...


Depan umah mertua heri sebelum kluar
Drive dlm 5 minit. Aku bwak keta aku, dia bwak keta dia. Jumpa kedai makan tepi jalan benti. Siap order nasi goreng. Bukan da siap goreng... Ala karte gitu. Sambil dok tunggu layan borak, baru aku tau tempat mertua heri ni namanya Tanjung Tualang lebih 20km dr kg gajah. What the....

Abis minum, heri bgtau dia nk wat balik tapau utk bini dia kat umah. Dia suh aku tunggu.... Err.... ok.... Tunggu tepi jalan dekat 10 minit gak. Pastu heri pun sampai balik, aku pun gerak ikut belakang keta dia. 

Sampai satu simpang tu heri masuk... pastu dia stop... dia bagitau dia lupa ler Litar Dato' Sagor tu kat mana.... adehhh....Pastu dia kata, takpalah ikut jer lah dia carik... Masa tu dah lewat sangat. aku tamau amik risiko lagi... heri menonong jer drive tah pegi mana. Aku stop tanya brader atas motor tepi jalan. Brader tu kata kena patah balik, tadi salah amik simpang. huh... apa la heri ni... aku call heri suh patah balik. Aku pun tuju ikut arahan brader tadi...Akhirnya sampai kt trek tu... dalam pukul 11 lebih sikit.



heri amik gambar bontot keta aku nak masuk trek
Lepas register, wat turun barang2 yang wat berat keta... call angah snfd, dia pun cakap beratur jer utk acara drag lambak. hahaha.... diorang dah berapa round tah... psal start dari pkul 9am.... aku plak join dlm pukul 11am. Abis plak dalam pukul 1pm. Banyak aku kena kejar ni. Caranya pilih jer lawan kita, pastu drag dalam 250m jer... pastu menang dapat chop menang, kalah dapat chop kalah. Beratur balik dan ulang-ulang. Sapa dapat chop paling banyak kira menang.

Suasana sekitar trek
Tengah beratur tunggu turn untuk drag lambak


Panjang plak citer ni.... terpaksa buat part II. Gambar aku tak dapat amik banyak ler... psal tak bwak kamera... henpon plak tah camna caj tak masuk dalam powerbank.... Ada gambar2 ni yang heri punya... aku curik dalam FB dia... huhhuhu. Camna pun timakasih kat heri kasi tumpang tido malam tu.

...bersambung.....

21 Julai 2012

I'm Back!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!!!

Fuuuhhhhhh....... laaaaammmmmaaaaaaaaaa nyer aku menyepi dari dunia blog ni. Ahaksss.....

Ada komitmen lain yang perlukan aku bagi tumpuan sepenuhnya.... Alhamdulillah komitmen tu dah lepas 14 Julai 2012 baru ni. Walaupun da lepas tapi tatau lagi results camna.... kena tunggu November 2012, baru dapat results. Walaupun tak berapa yakin ngan apa aku buat, tapi aku doa dan sangat berharap luluslah kedua2 paper..... bukan apa, kalu nak repeat balik tahun depan, kang sunyi balik blog nih.... ahakssss......

Sepanjang menyepikan diri semenarnya byk gak perkara yang dilalui.... kalu ada masa aku updatelah.

Hari ni pun 1st day Ramadhan kat Malaysia..... jadi nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa & ibadat2 lain. Harap peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh kita utk mendapat keredhaan dan rahmat Illahi. Insya Allah.....

Apa2 pun ucapan recycle tahun lepas bole guna...kat sini.

errrr...... kena letak gambar ni.... kang tak berseri plak post nih.......



Gambar kejadian Januari tahun ni.... trip ke Mulu.... nantilah kongsi gambar n ceghita......

ok.... nak keluar beli barang nak masak utk bukak posa kang..... arini bukak posa reramai adik beradik kat putrajaya.....


17 November 2011

1 Oktober 2011::Bukit Saga Cheras Part II

Sambungan dari sini.

Ahaksss...... da basi ceghita nih.....tapi update gak ler dlm blog nih...walhal weekend baru ni dah gi ekspedisi lain.....

Masa sampai kat airterjun ni, kamera aku abis bateri.... dang!! sibaik ada henpon... jadi gambar2 aku maik pkai henpon jerr.....

bersiram

sambil pekena maggie. Camna ler ada hanger kuning sesat kat belakang tu

gang2 taiko otai... dengar citer tiap2 minggu datang mandi air terjun ni.....

group remaja mana tah... diorang wat BBQ....

lepak kat air terjun tu lebih kurang 1jam 45minit... pastu gerak balik.....

pokok yang tak berapa nak besar....

Adeh... krem kaki plak......

curam gak....

selamba gendong anak... steady laaahhh......

baru bangun dik...? huhuu. Kat background tu, kelab minum teh atas bukit hujung minggu....

Yeaaahhh.... dah nampak ketemadunan.....

tunggu tengok gang2 lain yang tak sampai lagi.....


Group foto.... takda dalam gamba... aku lerrr......

eh... jauh lagi ghupanyer nak menapak ke kreta.....

kat kaki dah clear.... pasni naik umah ler kot.....

Lepaskan penat & tambah balik lemak & kalori ngan cendol & rojak mamak.....


The End

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...