14 September 2014

Me'nate Steak House Ampang

Aritu ada event Merdekaraya NISMOCLUB kat Tapah Perak. Car pool dengan Benjy. Dalam perjalanan balik dok borak-borak. Antara yang dibincangkan atau lebih sesuai dikondemkan oleh benjy adalah BBQ kambing yang dihidangkan kat event tu. Huhuhu... Katanya kambing tu tak best lah.. manis sangatla....hangus lah... Tapi abis jer kambing BBQ tu tadi. huhuhu. Menurut beliau, BBQ tak sepatutnya gunakan madu atau gula sebagai perencah peram. OMG!!! biar betul...?? selama ni aku selalu guna madu. Katanya madu atau gula sebabkan BBQ tu senang hangus, kat luar hitam... dalam belum masak. Hmmmm..... ada benar juga kata2 beliau itu. Patutlah BBQ yang aku buat selama ni hangus...!!! ahaksss.....

Bahagian depan restoren
Dia pun ceghitalah camna kalu dia yang buat resepi BBQ tu. Aku layankan ajer, tamau ngantuk drive keta dier. Tak berapa ingat dah resepi2 yang dia kongsikan. Pastu keluar plak topik yang dia tau 1 tempat western food yang gempak... yang mesti dicuba. Masakan steak kat tempat ni adalah perfect kata benjy. Biar betull.....?? (berapa banyak biar betull dah...?)

Antara yang aku ingat dia kata tempat ni masak guna batu gunung berapi. biar betulll...?? pastu semua lembu dan kambing yang jual kat restoren ni diternak seniri oleh tokey. Lokasi ladang ternakan kat area Perak. Ternakan ni plak dok dalam aircond. biar betulll...?? Katanya lagi tokey ni dah berpuluh tahun dok kat Australia jadi tukang sembelih lembu. Jadi dia memang terer bab2 lembu ni. biar betull....?? Dia balik Mesia, tu yang bukak ladang ternak lembu. Katanya ladang tu jugak yang supply daging2 steak untuk restoren western famous kat Mesia ni... antaranya Victoria Station. biar betull...??

Disebabkan banyak sangat biar betull timbul dalam kepala otak aku, aku pun teringin lah nak tengok camna gaya ghupa restoren western yang benjy dok citer ni. Apa lagi... aku pun ajak lah dia pegi terus malam tu jugak!!!

Restoren ni terletak kat deret rumah kedai. Kawasan lokasi restoren ni jugak ada macam foodcourt. Kira pack jugak ler orang kat situ. Jadi seniri mau ingat, parking agak susah sikit. Masuk jer restoren, memang pack ngan orang. Bole kata fullhouse jugak ler. Walhal dengar citer makanan kat sini standard2 mewah gak. Kiranya macam petanda yang orang Mesia dah hidup senang, dapat makan makanan mewah selamba jerr... huhuhu

Suasana dalam restoren yang santai
Full house
Masuk jer restoren tu, benjy tunjuk kat aku tempat chiller, kat mana daging2 mentah yang ditawarkan kepada kastemer. Ceghitanyer, kastemer datang pastu pilih mana2 daging yang ada kat dalam chiller tu. Kat pakaging daging tu tertulis harga sesiap. Harga tu adalah harga yang kastemer kena bayar utk steak tu dimasak, termasuk side dish dan free flow drink. 

Chiller tempat daging2 mentah dipamerkan
Memacam jenis daging dan kambing ada. Kalu sekali tengok memang tak berapa nak paham. Yang aku tau daging Wagyu memang mahal dan sedap. Tapi aku sendiri tak pernah makan sebab tak sanggup nak bayar. huhuhu. Selain Wagyu, ada Black Angus, Grain Feed dan Grass Feed. Itu jenis lembu asal daging2 tu. Pastu ada plak bahagian2 pada lembu tu dari mana daging2 tu dipotong. Macam Tenderloin, Ribeye, Striploin dan lain2. Setiap jenis dan bahagian daging2 tu harga lain2. Kalau nak buat anggaran, yang Wagyu seperhidangan harga dalam RM120, Angus dalam RM60...Grass Feed yang paling murah, itu pun dalam RM30. Anggaran jer tau... psal harga sebenar memang ikut timbangan berat. Oh yaa.... daging2 ni, diorang tak freeze kan... hanya chill kan sahaja.


Pengunjung bole pilih sendiri daging2 yang nak dimakan
Untuk malam tu, aku pilih Black Angus Ribeye yang harga tulis dalam RM60 lebih. Tapi agak bertuah, psal masa aku pergi tu ada diskaun 20% utk daging yang aku pilih tu, jadi RM50 lebih utk 1 hidangan. Pastu dok tengok lagi... hmmm.... ada kambing lah. Aku ni dah ler antu kambing. Sejujurnya aku lagi prefer kambing dari lembu. Lembu nak rasa... Kambing pun mesti nak jgak rasa. Jadi ku amik Lamb Loin Bone yang harga dalam RM30 lebih. Pastu baru pegi duduk. Kat situ, waiter tanya nak masak camna. Lepas tanya benjy dan mintak rekemen waiter, utk angus ribeye tu aku mintak medium, yang lamb loin plak mintak medium well.

Menu tahap masak dan harga setiap jenis daging yang diorang offer
Menu hidangan2 lain selain steak
Sambil tu tengok menu... oh... banyak lagi makanan lain selain dari daging2 yang terpamer kat dalam chiller tu. Sesambil tu jugak bole pegi amik minuman. macam dok citer tadi, air free flow.... suka2 hati nak amik berapa kali pun.... air plak bukan 1-2 jenis jer.... boleh tahan nak pilih. Dari yang panas, kopi, teh,.... yang sejuk, soft drinks.... memacam lah. 

Tak sempat nak bosan, hidangan angus ribeye pun sampai. uikss... kejap jer. yerlah... dah mintak medium... cepat lah.... kalu nak lagi cpat pilih rare tadi. huhuhu.

Angus Ribeye Medium
coleslaw dan mesh potatoes ni memang akan dapat sekali dengan steak
nampak tak ghupa daging tu belah dalam... sangat juicy
Memang perfect daging tu dimasak. Lembut, senang jer pisau membelah daging. Ternampak bahagian dalam yang pink, juice daging pun mengalir keluar... phheegghhhh... Masuk dalam mulut, terasa rasa manis daging. Kalau nak "kaya" kan lagi rasa boleh cicah brown souce yang datang sekali dengan setiap steak tu. Aku tak amik plak gambar brown souce tu. Coleslaw dan mesh potato pun secukup rasa dan kuantiti. 

Tak sempat Angus ribeye abis, Lamb Loin pun sampai. hmm.... aroma kambing menusuk lobang idung walaupun ditapisi bulu2 idung. Nampak gya macam garing sikit... almaklum memang mintak medium well. Tamau tunggu lama, makan jugak lamb loin ni selang2 dengan angus ribeye. Takut kang makan lambat sejuk tak best plak.

Lamb Loin Bone Medium Well

Samagak... coleslaw dan mesh potatoes included

berkilat tu bukan minyak... tapi juice lamb tu
Memang betul, kulit luar dia agak rangup.... tapi isi dalam masak sekata dan lembut. Potong ngan pisau pun senang gak... Rasa kambing dia marvelous dengan bahagian dalam daging kambing yang basah dengan juice jgak. Macam aku kata tadi.... aku lagi minat kambing berbanding lembu. Buatkan aku lagi suka lamb loin ni dari angus ribeye.

bahagian dalam lamb loin
Kesimpulannya, memang puas hati makan kat sini. Cuma modal agak kasar ler kena sediakan. Tapi apa salahnya sekalisekala. kalu ada special occasion  nak celebrate secara santai, sesuai lah datang sini.

Selain daging, ada gak sausages dan cheese

Alamat restoren ni 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang Jaya, Selangor. Nomor tepon plak bole dapat dalam gambar menu kat atas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam aku revisit Me'nate dengan famili. Tujuan utk celebrate Wina dan Nabil. Banyak pembetulan dan tambahan maklumat berbanding posting aku sebelum ni. Pasal kebetulan terjumpa member belajar sekali kat U kat restoren tu. Borak dengan husband dia, ghupanyer banyak maklumat aku sebelum ni tak betul... huhuhu. Ikut sejarahnya diaorang dah mula datang makan kat restoren ni dari mula2 dibuka lagi. Wow...!! Katanya sejak anak dia masih baby sampai sekang umur dah 6 tahun. Kira macam pelanggan setia lah tu.

OK... tuan punya atau pun tokey ni adalah orang kelantan. Jadi nama kedai Me'nate memang bersempena binatang dalam loghat kelantan lah. Dia dulu pernah jadi butcher dan chef kat istana Buckingham, served Queen Elizabeth, bukan butcher kat Australia macam aku citer sebelum ni.

Selain tu, restoren ni ada cawangan kat Wangsa Maju dengan nama Meat U Here Steak House. Ikut citernya, restoren2 ni diuruskan oleh anak2 tokey. Tokey plak kengkadang datang tetengok. Yang kat Ampang, abang yang manage... yang kat Wangsa Maju adik yang manage. Dan maklumat yang aku dapat, diorang ada plan untuk bukak lagi satu cawangan kat Danau Kota opposite KLFestival. Katanya dalam November tahun ni. YESSSssss...... dekat dah ngan umah aku!! Macam lah boleh pegi selalu. huhuhu....

Aku berkesempatan juga berborak dengan tokey yang kebetulan datang kat restoren tu malam tu. Member tadi yang perkenalkan kat aku. Humble jer orangnya. Pastu sambung borak kejap dengan anak dia plak.

Antara maklumat lain yang aku dapat, lembu2 diorang ternak kat Perlis bagi wagyu, grain feed dan grass feed. Yang wagyu tu diorang import direct dari Australia melalui KLIA.

errr..... apa lagi yerk....? itu jer lah kot maklumat tambahan. Gambar tambahan ada jugak.... nanti lah update. huhuhu




3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...