11 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014.

STREET CUB

Sekang ni street cub dah jadi trend dan diminati ramai. Idea untuk custom motor kapcai ni kira bernas jugak lah. Kat Mesia ni dah lama orang geram nak custom motor. Tapi kalau chopper/bobber atau HD mungkin belanjanyer besar. Untuk golongan kaya atau takda komitmen dan minat gila sanggup belanja besar mungkin takda masalah. Kalau golongan marhain yang saja suka2, bajet-bajet, kira sesuailah berkecimpung dalam custom motor kapcai ni, atau nama glamour sekang Street Cub (... eh... cub ker cup ker kap ker.... entah ler... lebih kurang ler tu). Dengan mengkastam (harap DBP tak ambik tindakan atas pencemaran bahasa ini), rakyat Mesia boleh mempamerkan kreativiti dan kehebatan mengolah mekanisma dan teknikal motor-motor lama ni. Dari jadi besi buruk, ada lah jugak guna dan penghargaan.


Midget dengan white wall tyre, shifter, raised handle bar, rigid frame


Dalam AOS2014 ni, giler banyak peserta Street Cub ni. Seingat aku tahun lepas takda langsung. Maknanya trend street cub kira masih baru dan segar berkembang. Aku dok tengok tahap kreativiti diorang pun gila-gila kira bleh diketengahkan lah. Kalau American Chopper, mungkin boleh buat rancangan TV "Malaysian Street Cub" plak. Konsep design diorang pun memacam style dan unik antara satu dengan yang lain. Aku rasa mesti diorang dah bagi nama style2 yang ada tu... aku taktau ler... agak jer ni... 

Nampak spesel kan street cub ni.... tapi kalu tengok yang lain, yang ni jadi macam biasa jerrr.... huhuhu
Tapi tetap smart.... dan praktikal
suspension adjustable ker?


Yang ni bukan street cub... tapi tengok lah frame dia extended giler
Seat kayu siap ada ukiran tradisional
Custom yang tipikal yang aku nampak:
1. handle bar asal buang, tukar ngan handle bar macam beskal;
2. letak lampu kecik, kat atas sikit dari tayar depan
3. buang mudguard depan
4. kontotkan mudguard belakang
5. jadikan single seater
6. tukar sportrim dan tayar yang lebar
7. kangkangkan sepit udang untuk masuk tayar lebar kat depan
8. lebarkan frame belakang untuk masuk tayar lebar kat belakang
uiksss.... banyak gak...
Tapi kalau yang sukakan lagi kelainan, ada gak modifikasi lain yang dibuat... macam handle bar tinggi, extend frame, tukar rigid frame pastu springed seat.... memacam lagi lah.... apa2 pun tepuk dada, tanya kreativiti. huhuhu....

Ini macam gaya sportster, ekzos racing
yang ni aku suka tang camna dia letak lampu belakang


yang ni memang extreme...
Tayar depan dan belakang motor ni tayar kereta tau?
seat kayu yang sempoi... siap ada lubang untuk isi petrol
Antena kat belakang ni untuk dengar radio kot


Midget lagi sekor... tengok ekzoss...
Street denim cub... tampal kain jean tu...


Yang ni sempoi gak.... lain dari yang lain dan paintjob yang berseni bagi aku. Rigid frame
bola billiard nomor 13 mana ler dikibaunyer... huhuhu
Rat style sikit yang ni... artwork pun macam bebudaknyer... hahaha


Yang ni pun lain jugak. Chopper style dengan handle bar tinggi
Extended frame, rigid frame dan springed seat
Seat custom dari kulit dengan corak tengkorak tenganga... mungkin sedang menghirup udara yang keluar dari bontot penunggang.




Wow... pink nyerrr.....
Tukar tank HD letak kat atas. Pelik plak nengok nyer... huhuhu
MOMOS pun cuba utk jadi street cub jugak
Yang ni paint job dan decal dia menyerlah
handle bar tinggi, shifter, springer fork, spring seat, rigid frame, white wall tyre, purple... banyak gak menarik kat sekor ni
kurus plak dari angle ni. Ada pinstripe ker?
Yang ni pun lebih kurang macam kat atas... yg pelik sikit tayar sotong... selalu street cub tukar tayar lebar 





Sempat lagi menampal yer bang?
yang ni style rat... monkey bar tinggi tu....

OK lah... layanlah gambar2 yang tak seberapa ni....

Nanti sambung jenis kenderaan lain plak kat AOSA2014....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...