Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

26 September 2014

Berkampung Di Cork :: University College Cork UCC


Dalam flight memang tido jer... Sedar2 dah smpai Cork. Masa smpai tu dah 9.30 malam dan hujan. Sejuk lain macam. Aku kena pkai glove. Kat sini ijat dah tunggu. Terus gi kat kaunter sewa keta yg kitorg dah bayar utk sewa 6 hari. Minah kat kaunter tu kata dia bg free upgrade. Asal kitorg book ford mender tah. Dia kasi Skoda Superb diesel manual transmission. Ok lah gak... Diesel jimat sikit. Tapi kena tambah plak bayar deposit n insurans apa semua, adeh... Lari bajet ni. Terpaksa swipe credit card. Aku ngan ijat selaku pemandu berdaftar gi parking lot utk amik 2 keta. Airport Cork masa tu da lengang.

Cerita psal Skoda Superb nanti aku post lain lah....

River Lee, sungai kat pintu masuk UCC dari Western Road

14 Mei 2014

Jenjalan Amsterdam :: Berakhir Sudah


Conservatorium van Amsterdam
Lepas explore ala kadar NEMO, kitorang pun turun n kluar... Jalan kaki balik ke Centraal dan naik train balik ke Schiphol. Walhal masa tu baru pkul 5pm. Bole lagi kalu nak explore Amsterdam. Tapi dah tak larat psal silap tektik awal2 tadi.

Hotel Doubletree by Hilton


30 April 2014

Jenjalan Amsterdam :: Science Center NEMO


Berhenti kat kedai beli aiskrim BenNJerry's kejap
Lalu depan Centraal
Lepas cruise target nak ke Nemo Science Center. Jalan pergi ke centraal balik. Kat situ ada papantanda yg tunjukkan cara2 untuk sampai ke satu2 tempat. Tengok ada beberapa mode transport... jalan sendiri, bas atau tram. Da tak larat semenarnyer jalan. Tanya lagi kt sorang pakcik matsalleh ni, gaya pakaian dia macam kerja kt situ. Dia kata paling senang nak ker Nemo jalan kaki. Adeh... Gagah jugak ler menapak dengan seret bag2 hand carry... strollet lagi... memang tak jauh sangat... tapi bersama beban dan budak2, terasa agak jauh plak.


19 April 2014

Jenjalan Amsterdam - Canal Boat Cruise


Sambungan dari sini.

Lepas makan, disebabkan dah tak larat, Mama dan Papa nak balik ke Schiphol Airport untuk tunggu connecting flight ke Ireland pkul 8 malam nanti. BJ dan AB terpaksa ler ikut ke Centraal. Walhal masa tu dalam pukul 1 petang. Aku pikir, takkan nak lepaskan peluang yang ada dalam lebih kurang 5-6 jam kat Amsterdam gitu ajer? 


Beratur untuk naik boat canal cruise

16 Mac 2014

Jenjalan Amsterdam - Makan Tengahari


Dah settle kat Niuewmarkt... aku dengan jenjalan tengok pasar tu, diorang plak da cukup rehat dari jalan kaki yang agak jauh tu... perut pun da lapar... time pun da sampai utk cari lunch. Lepas bincang, setuju untuk makan kat kedai kebab yang ada lalu pagi tadi kt Damrak. Perasan macam tak jauh sangat. Jadi sambunglah jalan kaki.


17 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Niuewmarkt

Sambungan dari Jenjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square.

Dari Dam Square, kitorang jalan menuju ke Niuewmarkt. Macam berbelit sikit kan nak nyebutnya. Psal tu bahasa dutch. Tapi semenarnya senang jer.... Dalam English maknanya "New Market" atau dalam bahasa kita, "Pasar Baru". Baru sangat ke pasar sini? Ahaksss.... Sejak tahun 1614 lagi... tak ler baru sangat. Ahaksss. Semenarnya lagi, kawasan ni adalah antara daerah yg tertua kat Amsterdam.


Main jalan agak2 jer berpandukan map. Dah nama pun explore. Ni antara gambar2 yg sempat amik otw jalan menuju ke Niuewmarkt:




03 Februari 2014

Janjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square

Sambungan dari post Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol.

Centraal Amsterdam ni stesen keretapi paling penting untuk keluar masuk ke Amsterdam dan transit untuk ke destinasi2 lain seluruh Netherland. Selain tu ke destinasi2 europe yang lain. Memang sibuk giler lah Centraal ni. Platform2 keretapi dia takyah sebutler... memang banyak. Yang gempaknya, bangunan Centraal ni dibina pada tahun 1889.... gilerr tua bangunan ni. Antara feature utama bangunan Centraal ni adalah penggunaan red clay facing brick yang berikan warna merah kepada Centraal. Tapi kat tiang2 digunakan blok2 warna putih (aku tak pasti amender) untuk kasi kontras ngan warna merah clay brick tu. Selain tu banyak gak arches half round dan ornament sculpture kat dinding2 facade Centraal. 
Interior Centraal

02 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol

Sambungan dari post Amsterdam - Cork - London - Paris ni.

Kalu nak ikut plan nak post entry psal amsterdam dlm 1 post jer.... tpi bila pilih2 gambar... banyak ler plak nak share. jadi terpaksa ler pecah2 kan jugak. Kali ni citer kat Schiphol Airport.
Nia nampak happy ngan uncle BJ 

01 Disember 2013

Amsterdam - Cork - London - Paris


25 Oktober smpai 11 November yang lepas, family aku pegi vacation trip.

Trip ni banyak yg special sangat utk aku. Kalu bole aku senaraikan:
1. Trip melancong paling lama dlm hidup aku... Total 18hari
2. Trip melancong paling banyak negara yg akan dilawati... Holland, Ireland, United Kingdom dan France.
3. Trip melancong yg paling banyak belanja... Berapa RM? Byk lah... Abis simpanan seumur hidup... Huhu. Sibaik Dora byk support. Nk lagi lega, kat Ireland lodging kat umah ijat jer. Jimat banyak tu.
4. Trip melancong paling jauh seumur hidup.
5. Trip melancong pertama kat europe.
6. Trip melancong pertama aku drive sendiri... Kat Ireland.
7. Trip melancong paling jauh jalan kaki kot.
Banyak lagi yang special kot.... 

Hari pertama di Europe sampai di Schiphol Airport Amsterdam
Apa2 pun post psal vacation ni aku jangka akan banyak dan amik masa. Share sikit2 lah...

01 September 2013

Maraschino Cafe, Rantau Panjang, Kelantan

Hmmm.... agak lama tak post... sibuk raya? tak jugak... bebiasa jer.... Cuma bila ada kejadian2 umat Islam di Syria dan Mesir tidak ketinggalan Palestin diperlakukan, diserang, dibunuh, ditindas etc. dengan cara yang kurang ajar oleh kafir laknatullah, z io ni s dan golongan munafik menjadi2 bulan Syawal ni, aku takda mood plak nak share sesuatu dlm ni. Mau plak yg berkaitan keselesaan kita kat sini. Nak tulis sesuatu psal diorang pun, aku tak gheti dan kurang pengetahuan. Jadinya hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa bersama mereka, dikurniakan ketabahan dan keberanian untuk terus berjihad. Mohon juga dikurniakan Allah perlindungan kita dari kesesatan dan fitnah.

OK.... entry ni semenarnya berlaku masa cuti raya kat kelantan bebaru ni. Gambar dah lama masuk, tapi tak terpost jgak. Citernya plak memang dah ingat2 lupa. Apa2 pun pada sehari sebelum balik semula ke KL dari cuti raya, aku ngan Dora ke Rantau Panjang untuk jenjalan sambil beli barang sesikit. Yang memang target, beras siam lah. Item wajib kalu balik ke Kelantan. Tapi bila dah ke Rantau Panjang ada jer mender lain yang tersangkut sama. Antara yang aku ingat, tshirt untuk aku dan nabil, baju tido untuk wina dan nia, periuk besar utk senang masak sup kambing nanti, bekas ice cooler... errr.... apa lagi yerk.... oh yaa... ada gak barang2 yang mak kirim.

Target asalnya nak kluar umah awal.... tapi terlewat sikit gak. Jadi jalan agak jem lah nak sampai ke Rantau Panjang tu, terutama kat sebelum jambatan seberang sungai kelantan tu. Kat Rantau Panjang sendiri pun jem.... nak cari parking dedekat memang takda lah. Jadi parking jauh sikit. Memang penat sikitlah berjalan, mau plak bila takda tujuan sangat.

Bila dah agak lapar, kitorang ke kafe Maraschino yang direkemen oleh fardia malam sebelum tu. Katanya kek2 kat situ sedap. Jadi kitorang pun amik kesempatan untuk cuba. Kalau tk cuba, payah gak nak dapat peluang cuba balik... jawabnya kena tunggu paling kurang setahun plak.

Bahagian fasad luar bangunan kafe ni pun dah nampak kelainan dari deretan kedai2 yang lain. Design signboard pun spesel. Bila melangkah ke dalam kedai plak, ID nya agak tersusun, menarik dan suasana tenang. Agak unik jgak bila kafe ni berada kat pekan Rantau Panjang. Kira taraf2 kafe yang sepatutnya berada pada kawasan bandar2 besar. Lebih respek lagi bila bilangan pengunjung tidak mengecewakan.
Dari luar... kete banyak2 tu bukan parking tau.... tu namanya traffic jam.... ahaksss

kat kaunter buat air
Dari segi makanan dan minuman yang disediakan, lebih kepada hidangan fusion antara western dan local... kalau selera local, boleh makan sini... kalau selera western pun boleh makan sini. Apa2 pun specialty yg aku dibagitau adalah kek. Untuk hari tu, kitorang order minuman, chocolate ice utk dora dan passion fruit utk aku. Makan plak kitorang order nasi goreng apatah kongsi makan sama... diet katanya. Sambil2 tu gak kitorang order 2 jenis kek.

Menu... pepandai lah teleng muka tu kalu nak baca... huhuhu

kaunter dengan backdrop mosaic yang style

Boston Cream Pie

Air Sejuk pun style jer dalam botol

Cheese Chocolate Cake

Nasi goreng yang kitorang order.... hmmm... lupa plak nama apa.... huhuhu

Nasi Goreng close up kat udang dan sotong

passion fruit dan chocolate ice

Deco kat sudut depan kedai.... ada board game n buku.... tatau sekadar hiasan atau bole guna


Dari segi rasa makanan2 yang kitorang makan memang sangat berbaloi dan sedap. Tak puas makan cheese cake tu terutamanya. Nasi gooreng dia gak best dan kaya dengan rasa. seafood yang diorang guna pun fresh. Tapi bab air passion fruit tu aku tak gemar sikit.... mungkin tak kena ngan selera. Camna pun Chocolate ice dia plak rich dan sedap. Memang kalau nak rekemen, jangan ketinggalan rasa kek dia... memang sedap.

Untuk apa yang kitorang makan, kena dalam RM30 kalu tak silap. Agak mahal lah untuk makan kat Rantau Panjang, yang banyak gerai2 makan murah. Kalu RM30 tu da boleh makan 3 orang. Tapi dari segi kualiti makanan dan suasana dalam cafe tu rasanya ok lah tu.




21 Jun 2013

18 Mac 2013 _ Universal Studio Singapore Part IV

Sambungan dari sini.

Citer da agak lama.... makin lama makin lupa apa citer.... huhuhu

Settle ride kat Jurassic Park, kitorang proceed kat Far Far Away... tema utk cerita Shrek.




Lepas bebincang disebabkan perut da lapar, terpaksa g cari makan. Dlm map yg amik kat pintu masuk tadi ada tulis tmpt mkn yg halal. Kitorg decide makan kat fastfood Goldilock yg ada kat Far Far Away. Order burger n fries. Sesambil tu beli gak aiskrim n milk shake. Best gak ler milk shake tu. Cuma burger tu tah camna payah plak aku nk abiskan. 






Keluar dari tmpat makan terus masuk show 4D shrek. Memula tu beratur panjang... Pastu masuk dalam 1 dewan. Ada intro... apa mendetah ada dalam tong2 tergantung dok bercakap2... konon tengah bercerita lerr...Lama gak. Lenguh berdiri. Lepas tu masuk dlm macam theater, baru leh duduk. Pakai spek 3D. Cerita shrek nk selamatkan princess fiona dari antu org jahat. Yg best, selain 3D, ada efek2 percikan air, kerusi goyang2. Ada gak mender geletek2 kaki bila shrek lepaskan labah2 dlm citer tu. Terkojut gak aku. Sibaik tak melatah jer. Utk shrek ni aku bg 4star.

Keluar dari show Shrek 4D, ternampak ferris wheel kecik nama Magic Potion Spin... Nia dan Wina nak naik.... kasi layan. ahaksss




Kat Far Far Away ni ada show Donkey Live.... tapi tah camna, kitorang macam tak bernafsu plak nak tengok show tu. Pasal dia ada show time.... malas plak nak tunggu. Lagi 1 ada roller coaster kecik nama Enchanted Airways... Aku, Nabil & Wina naik ride ni.... tapi tak ingat masa bila naik.... bole ler roaller coaster ni nak isi masa.... ahaksss..... bagi 3 bintang jer.

Lepas dari tu, aku suh Dora patah balik ke Sci Fi City gi try naik Transformer.... psal tadi dia kena tunggu Nia kat luar. Kali ni suh dia bawak Wina ke Transformer. Aku plak yang akan tunggu Nia bersama Nabil. Kali ni aku terpaksa patah balik ke park Ancient Egypt yg tadi kitorang skip psal nak kejar show Water World.

Kat Encient Egypt kitorg beratur panjang untuk naik Treasure Hunters. Ride ni macam kita bawak kereta jeep.... pusing2 kat tempat excavation... tetengah tu ada kluar menatang2 mesin.... burung ler... ular ler... buaya ler... pastu ada sekali macam lalu kat jambatan nak runtuh....konon nak kasi takut ler semua tu... tapi tak takut pun. ahaksss..... kesimpulannya mmg tak best langsung ride ni.... aku tamau kasi bintang langsung.... errr.... kejap.... bagi ler 1 bintang psal sekurang2nya Nia bole ada ride yang dia bole naik. huhuhuh.....


Masa beratur nak naik Treasure Hunters



Lepas naik ride Treasure Hunters tu, Nia dah mula tunjukkan tanda2 ngantuk. Aku biarkan dia tido dalam stroller. Masa ni aku suh Nabil pegi naik roller coaster indoor kat Ancient Egypt ni nama Revenge of The Mummy sementara aku tunggu Nia tido kat luar.

..... alamak.... memang lost track dah apa citer..... lupa.....



Nampak keletihan dah.....

Pintu masuk ke Revenge of The Mummy


.... tapi apa2 pun aku united balik ngan dora kat Ancient Egypt ni. Masa ni Aku, Nabil & Wina naik Revenge of The Mummy ada dekat 3-4 kali. Pasal takder orang beratur pun utk naik ride ni.... pastu best giler plak ride ni.... ride ni roller coaster konon mcam masuk dalam tempat penggalian mummy... tetiba mummy tu ngamuk.... kita cuba lari dari mummy tu. yang best nyer psal gelap dalam tu... tatau mana roller coaster tu bawak. Ada gak roller coaster tu bergerak kebelakang... ahaksss....memang best..... nak citer pun payah.... kena try. Utk ride ni aku bagi 5 star.


14 Mei 2013

18 Mac 2013 _ Universal Studio Singapore Part III

Sambungan dari sini.

Lepas abis show Water World kitorang proceed kat lost world nyer ride. Dora teman nia naik dyno soarin. Mainan bbudak pusing2 pastu ke atas ke bawah. 

Gate masuk Jurassic Park

Dora dan Nia naik Dyno Soarin
Aku plak bwak wina naik canopy flyers. Lama gak beratur. Aku ingatkan nek mender slow2... Ghupanyer bole tahan laju gak. Ride ni macam nak kata roller coaster tak jugak. Duduk kaki tergantung pastu dia pusing-pusing ikut rail belah atas... tinggi gak. Tapi kejap jer ride ni. Rasanya utk bebudak sesuailah. Aku bagi 3 bintang.



Canopy Flyer... pandangan dari seat aku

Abis tu nabil n wina ajak naik Rapids Adventure plak. Nia nak repeat dyno soarin. Trpaksa lah dora melayan. Aku bwak nabil n wina. Fuh... Waiting time estimate 40minit tu... Lenguh kaki beratur. Perut pun da lapar nih. Ride ni kalu single rider bole potong que. Nabil siap kluar line nak nek sorg. Ride ni lagi 1 nyer akan basah. Aku kononnya dah sediakan baju hujan lah. 


Amik ko.... beratur bukn main panjang
Siap ada vending machine jual baju hujan



Ride ni konon macam nek boat utk tengok dinasour yg dibiogenetic utk idup smula dlm Jurasic Park. Alaa... Konon mcm citer jurasic park tu la. Memula tenang jer. Ada ler 2-3 dinasour gerak2. Masa ni kalu nk amik gamba bole lagi. Pastu dia buat effect mcm kononnyer ada masalah kat jurasic park tu. Masa tu start keluar dinasour2 yg jejahat. Velociraptor. Pastu masuk dlm bangunan... Ada trex plak. 

Last sekali trex tu dok atas kepala konon macam nk ngap. Last2 sekali boat tu free fall.... Haaaa.... Masa ni lah... jatuh atas air terpercik...kuyup abis. Walaupun aku pkai windbreaker yg da std by, tapi seluar tak cover. Basah kuyup smpai ke spender. Kekal basah smpai ke penghujung trip kat USS ni... Hahaha. Aku bagi 4 bintang. Mungkin pasal lenguh beratur.... huhuhuh

Keluar dari rapid adventure jurasic park ngan kuyup2 tu. Nabil siap salin baju. Ada alat pengering... Tapi kena caj $5. Tak payah ler. 

Basah kuyup.... ahaksss....

13 Mei 2013

Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Balik Kelantan baru-baru ni sempena PRU13... nak dapatkan tiket yang berpatutan, terpaksa ler extend cuti sampai 2 hari. Bukan aku sorang... Abg Zumi, Kak Nonie dan CikTi pun sama. So kitorang cuba ler isi masa ngan apa2 aktiviti yang patut. Satu hari lepas PRU13 tu, Cik ajak gi makan kat 1 tempat special ni....Selain tu Mak, Mek Nah, Pok Cik Mat Yusop dan Ayah Pa pun ikut sekali. Oh yer... Baby Raja Riad pun ada. Apa yang special tempat ni?.... haaa..... serbaserbi special.

Yang pertamanya... lokasi warung ni special sikit.... ke dalam sikit dari jalan besar. Terpaksa masuk dalam kampung. Yang specialnya psal kalu dalam keadaan biasa memang mustahil nak jumpa warung ni. Sibaik kitorang pergi ni dengan Cik. Ikut citernyer Cik dan geng2 bikers dia selalu lepak makan kat warung ni. Secara jujurnya, aku sendiri pun tak pernah tau ada nama tempat Pulau Pisang. Kira ni 1st time aku jejak kaki kat sini. Untuk makluman awal, Pulau Pisang ni terletak pada perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi) dari Kota Bharu.

Yang keduanya... keadaan warung ni.... memang simple seperti common warung yang ada kat kampung-kampung. Mungkin warna oren pada dinding bole jadi warung ni punya special feature. Selain dari tu memang tipikal.

Ini lah depan Warung Pak Mat Pulau Pisang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...