Balik Kelantan baru-baru ni sempena PRU13... nak dapatkan tiket yang berpatutan, terpaksa ler extend cuti sampai 2 hari. Bukan aku sorang... Abg Zumi, Kak Nonie dan CikTi pun sama. So kitorang cuba ler isi masa ngan apa2 aktiviti yang patut. Satu hari lepas PRU13 tu, Cik ajak gi makan kat 1 tempat special ni....Selain tu Mak, Mek Nah, Pok Cik Mat Yusop dan Ayah Pa pun ikut sekali. Oh yer... Baby Raja Riad pun ada. Apa yang special tempat ni?.... haaa..... serbaserbi special.
Yang pertamanya... lokasi warung ni special sikit.... ke dalam sikit dari jalan besar. Terpaksa masuk dalam kampung. Yang specialnya psal kalu dalam keadaan biasa memang mustahil nak jumpa warung ni. Sibaik kitorang pergi ni dengan Cik. Ikut citernyer Cik dan geng2 bikers dia selalu lepak makan kat warung ni. Secara jujurnya, aku sendiri pun tak pernah tau ada nama tempat Pulau Pisang. Kira ni 1st time aku jejak kaki kat sini. Untuk makluman awal, Pulau Pisang ni terletak pada perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi) dari Kota Bharu.
Yang keduanya... keadaan warung ni.... memang simple seperti common warung yang ada kat kampung-kampung. Mungkin warna oren pada dinding bole jadi warung ni punya special feature. Selain dari tu memang tipikal.
Ini lah depan Warung Pak Mat Pulau Pisang |
Hmm.... so apa yang special? Bagi aku yang specialnya psal dengan lokasi & keadaan warung yang sebegitu low profile, boleh menghidangkan makanan dan minuman yang tarafnya terlalu tinggi dari segi kualiti dan kekayaan rasanya... memang marbeles!!
Warung Pak Mat Pulau Pisang ni tak perlukan menu yang bermuka-muka surat. Hanya cukup 1 specialty untuk makanan Sup Kepala Ikan dan 1 specialty untuk minuman Teh Tarik Madu, dah cukup untuk menambat hati aku. Ikut citer Cik, Pak Mat juga boleh sediakan masakan2 lain yang tak kurang hebatnya. Tapi untuk kali ni kitorang cuba specialty Pak Mat.
Teh Tarik Madu |
Teh Tarik Madu Ais |
Kak Nonie menikmati Teh Tarik Madu Ais |
Selalunya teh tarik dihidang panas. Tapi kat Warung Pak Mat, teh tarik boleh ada ais. Kedua-dua teh tarik madu ada buih yang banyak dan agak kasar.... sampai melimpah-limpah keluar. Dari segi rasa, Teh Tarik Madu Ais kurang sikit manis dan sangat refreshing. Teh Tarik Madu plak dihidang suam-suam, rasanya lebih manis. Tapi dua-dua rasanya tetap "kaya", lemak dan sedap. Aku bukan peminat teh tarik... tapi Teh Tarik Madu Pak Mat ni menukar persepsi aku.
Untuk Sup Kepala Ikan, Pak Mat gunakan kepala Ikan Senangin Kuning. Kata Pak Mat, kepala ikan senangin kuning memang sedap dan sesuai untuk buat sup. Ikut citernya gak, kepala ikan yang dihidangkan kat warungnya bertukar2 ikut stok kepala ikan yang ada. Untuk kitorang aritu, 2 kepala ikan dihidangkan... memang ngam-ngam cukup. Sari segi rasa, sedap sungguh. Dah ler ikannya fresh.... rempah ratus supnya plak memang secukup rasa. Supnya rasa kearah masam-masam manis pedas gitu. Sup dihidangkan dengan nasi putih, timun dan sambal belacan. Makan memang tak puas.....
Sup Kepala Ikan Senangin Kuning |
Nasi yang dihidang atas kertas minyak dengan sambal dan timun |
Semua kusyuk menikmati makanan masing-masing |
Lepas makan tu, tah camna Mek Nah ringan mulut tanya kat Pak Mat, camna cara nak masak sup kepala ikan ni. Katanya Cik Ti nak try masak untuk Raja bulan puasa nanti. ahaksss..... Pak Mat dengan selamba dan tak lokek.... terus cerita dan bagi tips cara2 masak sup kepala ikan tu. Aku tak gheti sangat masak ni, dengar separuh jalan dah lupa dan takleh masuk.... huhuhuhu....
Untuk makluman, Warung Pak Mat ni dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 8pg hingga 3ptg, bergantung kepada stok lauk yang ada. Yang kitorang aritu bernasib baik Pak Mat sudi terima kunjungan. Kalau nak ikutkan dah nak tutup. Tapi pasal Pak Mat kenal dengan Cik, jadi dia pun tamau menghampakan pelanggan nya... lelebih lagi kitorang yang datang dari jauh. Terima Kasih bebanyak Pak Mat atas layanan dan masakan yang cukup hebat. Moga dipanjangkan umur untuk aku berkunjung lagi dan menikmati masakan Pak Mat.
Kalu nak berkunjung ke Warung Pak Mat ni, cer try guna coordinate ni... 6.187153,102.242415.
Kalau tak pun dalam browser pegi ke http://goo.gl/maps/0VM7Y
Tiada ulasan:
Catat Ulasan