26 Oktober 2010

Cubaan Reka Bentuk Corak Ukiran


Salah satu dari projek yang aku terlibat, cuba untuk menerapkan elemen ukiran sebagai komponen dekoratifnya. Bebaru ni kontraktor submit proposal contoh ukiran (atas GFRC ajer... bukan kayu) untuk kelulusan. Memandangkan aku pernah terlibat dengan projek yang menggunakan ukiran dan pengukir autentik tempatan, dan pernah diajar seayat dua oleh perekabentuk dari Kraftanngan Malaysia tentang asas rekabentuk ukiran melayu. Jadi apa yang aku tengok & nilai design proposal corak ukiran yang disubmit tu tak der ciri2 ukiran melayu yang biasa aku kenal dan tak sama dengan apa yang pernah perekabentuk Kraftangan tu bagitau aku.

Kalau nak suruh kontraktor buat proposal lain, takut tak sampai juga niat dan hasrat. Atas rasa tanggungjawab aku, tamau salah satu bakal mercutanda projek kerajaan dihiasi dengan corak ukiran yang tak tau asal usul, maka aku cuba untuk design corak ukiran tu sendiri. Errrr..... nak kata design tak sesuai kot... mungkin "tiru dan disesuaikan".... ahaksss.....

Untuk tu, aku selongkar balik gambar2 lama yang pernah aku amik masa terlibat dengan projek berkaitan ukiran autentik yang boleh dijadikan rujukan. Maka aku jumpa gambar ukiran kat atas ni. Ukiran tebuk tembus ni dibuat di Seni Ukir Bakawali Besut Terengganu dibawah pengawasan En. Norhaiza Nordin. Aku rasa sesuai atas sebab footprintnya berbentuk 4 segi sama, sama dengan footprint ukiran yang aku cuba buat.

Jadi aku guna ACAD lukis balik elemen-elemen ukiran yang ada pada ukiran rujukan tu dan susun balik lebih kurang sama dengan corak rujukan, cuma diringkaskan sedikit. Jadi ler macam kat bawah ni......

Aku tengok balik.... macam still complicated ler plak.... kang pening kontraktor nak buat..... Jadi aku ringkaskan lagi coraknya ke tahap yang aku rasa sesuai. Jadi ler macam kat bawah ni.....

Secara jujur aku pun tak pasti sama ada corak ukiran ni mematuhi peraturan dan bahasa rekacorak ukiran tempatan atau tak. Nama bunga dan corak pun aku tak kenal. Macam aku ckap tadi, "tiru dan sesuaikan". Sekurang2nya nampak ler skit ciri2 ukiran tempatan.

12 ulasan:

  1. Hi Atai,

    Sculpture is also an art form which arouse my interest but it just that i really don't have the luxury of space to put it at the moment.
    Next time when me & my family move to landed property then i will think about it.

    Is an honour to get involved in this prestigious project.

    Lucky you.

    Kin.

    BalasPadam
  2. thanks kin....

    felt lucky if the project run smoothly and completed as expected.... but felt unlucky if the project got problems... headache to settle the probs.....

    can u consider ur self as an artist? i mean to create a sculpture, its not an easy task.... at least not easy for me. i just admire something that is beautiful.... not really somebody who can create it.

    BalasPadam
  3. Hi Atai ,

    I'm sure you can achieve it.You must tell yourself "YES I CAN" then it will be more easy to build& confident in you.

    "Strong determination & patient is the key to any accomplishment".

    Good luck.

    Kin.

    BalasPadam
  4. atai..
    lagi corak2 len ade x?

    hehe
    i pnyer thesis on malay culture...

    BalasPadam
  5. corak2 lain? yg saya design atau dari ukiran pengukir?
    malay culture yg berkaitan ukiran ker?

    BalasPadam
  6. apakah nama motif ukiran pilihan B tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama
      Kedua2 pilihan A dan B tu saya olah sendiri. Jadi takda nama khas. Kalau gambar corak dalam gambar paling atas tu mungkin ada nama... cuma saya tak tau apa namanya. ahaksss..... maaf kalau tak membantu.

      Padam
  7. assalam atai. design awak tu, kalau saya pinjam buat reference boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Abil M
      Reference untuk apa?
      Dipersilakan... cuma pinjam at your own risk. Psal design tu main belasah jer... tak da reference yg sahih.

      Padam
  8. Salam, kami sedang pengukir aluminium untuk sculpture. Jika berminat, sila berikan email dan kami akan berikan lakaran design sculpture yg dikehendaki, Terima kasih,
    Kuala Lumpur

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow... menarik tu... ada link mana2 website utnuk tengok contoh hasil kerja rashidah?

      Padam
    2. tak ada. nanti saya berikan email. saya tak dapat berikan design pada awam. hak peribadi syarikat.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...