29 Oktober 2010

Aidilfitri Circa 1987

Tak pasti tarikh sebenar gambar ni dirakam. Yang pasti lokasinya di Port Dickson. Kalu nak ikutkan Wan (adik bongsu) lahir Feb. 1986. Anggaran masa gambar ni diamik, mungkin Wan umur dalam 1-2 tahun. Disamping tu semestinya gambar ni diambil masa raya. Ye ler, bila lagi masa nak amik gambar reramai selain raya. Tambahan plak Wan (kat depan skali) pegang sarung duit raya. Jadi aku agak, gambar ni ambil pada raya tahun 1987. E eh.... dah wujud ker sarung duit raya masa tu?

Betapa sempoi jer menyambut raya masa tu. Tak der nak sesibuk ikut tema warna.... Entah2 masa tu takda baju raya pun.... Pkai apa yang ada. Tengok ler Abg Zumi, pkai kain pelekat lusuh jerr...... huhuhuhuh

Kalau 1987, maknanya (ikut turutan dari atas ke bawah) Abg Zumi masa tu umor 20 tahun, Kak Nora Form 4, Kak Nonie Form 6 (eh... k.noni pegi form 6 ker?), arwah Kak Liza Form 2, Aku Darjah 6, Wati Darjah 4, Azlin Darjah 2, Cik 4 tahun & Wan 2 Tahun. Sekang, semua dah jadi makbapak orang dah. Cuma arwah Kak Liza jer tak sempat jadi mak orang (AlFatihah). Begitu cepat masa berlalu. Tak lama lagi semua ni jadi datuknenek orang plak. huhuhuhu. Entah macam mana keadaan masa tu?

Masa tu seingat aku, tak banyak mender yang dok pikir. Mungkin paling berat dok pikir, bila ler bole dapat basikal BMX. Masa tu tak terpikir langsung yang satu hari nanti lepas 23 tahun kehidupan aku macam sekang ni. Alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah. Tak terpikir gak selepas 23 tahun bermacam-macam perkara dok dalam palahotak ni. Macam-macam nak kena settlekan. Macam2 masalah yang tenggelam timbul. Lepas satu, satu.... tak selesai satu, timbul yang lain plak. Tak selesai, tangguh dulu. Tak selesai lagi, tangguh lagi.... tu yang berbuku2 dalam palahotak. Dalam banyak perkara, buntu tak tau camna nak buat. Hanya berserah pada Allah.... Tapi usahanya? takkan nak berserah ajer.... Maksudnya berserah kepada Allah untuk beri akal dan cara untuk selesaikannya.

Pada semua adik beradik, kalu korang baca blog ni (psal aku kureng skit ngan FB) walaupun nampak aku macam tak kesah..... tapi semenarnya aku kesah..... Cuma buntu.....

2 ulasan:

  1. Hi Atai,

    Precious vintage moment of a warm family photo.

    You are number 5 start from bottom.Right ?

    Kin.

    BalasPadam
  2. yup... thats me... stuck in d middle. ahaksss....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...