Menuju 10 malam terakhir Ramadan... Patutnya up post ni 2-3 minggu sebelum Ramadan... bole buat persiapan rohani dan mental. Well... better late then never. Aku up jugak lah... bole guna wat rujukan untuk hadapi Ramadan tahun depan plak.... Itu pun kalu masih diberi peluang dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan yang indah dan penuh rahmat ni tahun depan.
Semenarnya posting ni, adalah himpunan video-video peringatan berkaitan Ramadan yang dapat dari youtube. Jadi senang untuk dibuat rujukan lenkali. Aku bukan alim pun... lebih kepada rujukan aku sendiri jer ni... Tapi kalau ada orang lain yang bole amik pengajaran dari posting ni... kira Alhamdulillah....
Seperti yang kita semua patut tahu, (macam aku, sering terlupa... kena diingatkan selalu) Ramadan adalah bulan special penuh berkat, penuh rahmat, pelbagai ganjaran telah dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya, sekiranya hambaNya mencari berkat, rahmat dan ganjaran tu. Macam senang jer kan? Yep, senang kalau kita sedar kelebihan tu dan kita mau rebut peluang tu. Betapa pemurahnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Selama 11 bulan, kita bergelumang dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran, dugaan dan pancaroba (fuuuhhh.... pancaroba kau...), 1 bulan istimewa disediakan kepada kita untuk reset balik perbuatan kita selama 11 bulan tu... tengok balik, adakah perjalanan kehidupan kita selama tu, berlandaskan syariat yang telah ditentukan? Selama sebulan, Ramadan kita dituntut untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping ibadat-ibadat sampingan yang lain, untuk mencari keredhaan Allah SWT. Macam latihan kepada jasad dan jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Sedangkan dibulan Ramadan, kita tidak boleh membuat perkara yang halal iaitu makan/minum, keluar dari Ramadan takkan tak boleh halang diri dari membuat perkara yang haram? Keluar dari Ramadan, kita sepatutnya suci... Selain itu, Ramadan juga menyemarakkan semangat ambil berat dan memberi kepada orang lain dengan bersedekah.
Video kat atas ni antara lain nya menyatakan, pada Ramadhan, masa yang paling sesuai untuk kita berubah menjadi yang lebih baik. Tidak perlu perubahan yang besar dan mendadak. Seperti yang tertulis dalam ayat 7 Surah Zalzalah, kebaikan sebesar zarah pun akan diambil kira nanti. Perubahan bole berlaku dengan perkara2 dan langkah yang kecil. Buat benda baik sebanyak yang mungkin, walaupun perkara2 yang kecil macam senyum, berhubung silaturahim, tolong menolong, ingat mengingati. Perubahan yang berlaku pada kita, bukan untuk tunjuk pada orang. Tapi untuk menjaga hubungan dengan manusia dan yang paling penting adalah menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.
Malam yang lebih berharga dari 1000 bulan (yang bersamaan 83 tahun 4 bulan)
Malam Al-Quran didedahkan.
Malam yang aman, berkat, tenang dan rahmat yang turun bersama malaikat-malaikat.
Malam yang Allah SWT akan tunaikan segala doa, permintaan dan permohonan keampunan.
ITU LAH MALAM LAILATUL QADAR
Surah Al-Qadr:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Bila Malam Lailatul Qadar?
Dari Abu Hurairah ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti). Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Salim dari bapanya katanya :
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh. Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah dalam sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Apa yang perlu dibuat sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan?
Dari Muslim bin Ibrahim, katanya :
"Kami diberitahu oleh Hisyam katanya :"Kami diberitahu oleh Yahya dari Abu Salimah dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau, dan barang siapa yang mengerjakan (puasa) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."
Hadis sahih riwayat Bukhari
* Video2 di atas adalah video yang sama. Saja link kan semua, psal video sebelum ni dah di removekan. kira back up lah kalau mana2 video takda nanti.
Telah diriwayatkan daripada 'Aishah bahawa dia berkata:
"Wahai Rasulullah, apa yang perlu saya katakan dalam doa saya, jika saya datang kepada Laylatul-Qadr?"Beliau berkata: "Katakanlah:. 'Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī (Wahai Allah, Engkau adalah Maha Pengampun dan kasih pengampunan, maka ampunilah aku) '"
Hadis sahih Sunan Ibn Majah
Dalam video di atas ada diterangkan maksud “afuw” yang digunakan dalam doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ‘Aisyah RA dalam hadis di atas. Bukan semata-mata kemaafan, tetapi dipadamkan terus rekod dosa-dosa lampau kita. Subhanallah.
Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan sepenuhnya untuk mencari keredhaan Allah.... memang agak sukar utk kita tentukan bila, jangan ambil lewa, setiap malam dalam 10 malam terakhir ini kita anggapkan ianya adalah malam itu.... maka berdoalah dengan kusyu' dan ikhlas.....dan berulang kali.....
Harap masih belum terlambat untuk share video ni. Kebanyakkan dari kita dah tersasar pengertian dan konsep berpuasa di bulan Ramadhan. Video ni menerangkan konsep asas berpuasa tersebut.
Antara lain dinyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan berpuasa. Bermakna ianya bukan semata-mata pasal mentekedarah atau makan isi tengkolok sendiri. Sepatutnya kita kena lebih memberi penekanan untuk memberi makan kepada golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada mereka yang berpuasa, akan mendapat ganjaran puasa orang itu tanpa mengurangkan ganjaran puasa orang itu".
Definasi puasa yang dangkal adalah tak makan dan minum dari fajar hingga waktu matahari terbenam (maghrib)... Tapi yang sebenarnya lebih dari sekadar tak makan dan tak minum. Puasa adalah menahan diri, bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga perkara2 lain seperti menipu, berkata2 jahat, menyumpah seranah, mengumpat dan sebagainya. Dalam banyak perbuatan kita semasa berpuasa bersungguh2 untuk pastikan tiada yang masuk ke dalam, tapi tak kesah mender yang kita keluarkan. Sedangkan yang kita keluarkan lebih serius dari apa yang masuk ke dalam.
Dalam beribadah, salah satu tujuannya adalah untuk membentuk sahsiah diri dan mempertingkatkan adab kita. Semasa berpuasa, kita perlulah banyak bersabar dan mengawal diri. Oleh tu, kita kenalah berwaspada dengan tuturkata dan perbuatan kita, semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
hmmm.... serius sikit entry nih... bahkan sensitif... tapi aku nak guna gak kesempatan dan peluang yang aku ada untuk kongsi satu penulisan yang aku jumpa... sangat menarik dan aku sesangat bersetuju dari langitilahi.com. Kalau tak banyakpun sekurang2nya apa yang disampaikan dapat disebarkan... dapat diselami, dihayati & difahami...lets spread the love... lets spread the love of our holy prophet Muhammad S.A.W.....
sebelum pegi lebih jauh, aku nk mintak maaf awal2... psal yg pertama aku bukannyer pandai sangat nak menulis terutama bab2 serius & keagamaan macam ni. yang kedua aku mmg chetek ilmu... ilmu agama apa lah lagi... jadi apa yg aku tulis ni sekadar apa yang terlintas kat pemikiran rendah aku ni.
Semalam masa dok surf youtube ternampak plak Innocence of Muslim. Sempat ler bukak tengok, preview sesikit movie low budget yang tah hapa hapa bodonyer.... dengan pelakon yang kaku, dialog seketul-seketul.... movie melayu pun jauh lagi berkualiti. semenarnyer rasa serba salah utk concentrate tengok dan buat penilaian, atau tak payah layan sebabnya nanti wat sakit hati ajer. Jadi aku pun tutup dulu, dengan niat nak tengok lenkali time rileks utk concentrate. Pastu malam tadi masa berita bagitau kerajaan mesia suh google mesia block filem tu dari youtube. pagi tadi aku bukak, mmg da kena block pun. Memang dah takdir utk aku tak tengok movie bodo tu. Link ke movie tu yang aku amik dari history kat sini.
Aku semenarnyer tak heran bila movie bodo camni bole wujud dari orang2 bodo yang dah buta hati, tak buat kajian mendalam, sekadar menyebarkan kebencian kepada Rasulullah SAW secara khususnya dan Islam secara amnya. perkara ni dah berulang2 kali terjadi, contohnya dulu sibodo pelukis2 kartun pun lukis mender ngarut memburuk2kan baginda rasulullah SAW... dan muslim diseluruh dunia plak mengambil tindakan aggresive seolah2 mengiyakan dakwaan musuh2 Islam tu. Bila reda sikit, sibodo2 tu buat lagi.... sekali lagi muslim seluruh dunia bertindak agresif... smpai bila nak berulang camni? kalu surf tengok dalam youtube, banyak lagi video2 anti islam, penghinaan islam, penipuan tentang islam tersebar luas. kengkadang kena tengok dengan berhati2, psal ada yang nampak macam nak sokong walhal dalam diam dok wat propaganda tersembunyi. Persoalannya, macam mana kita sebagai seorang muslim, sebagai umat Rasulullah SAW, sebagai pewaris jalan yang satu-satunya benar nak bereaksi dengan situasi ini? Bagaimana agaknya reaksi yang Rasulullah SAW akan berikan jika menghadapi situasi ni?
tanpa berlengah lagi, sila lah ke penulisan yang aku sebut tadi. harap dapat memberi manfaat kepada kita... Insyaallah....
Posa tahun ni overallnyer sederhana dan bole kata agak sibuk.
Setakat ni, most of the time berbuka di rumah dengan makanan yg dimasak sendiri (mawar ler yg masak). Pegi pasar ramadhan bole kira ngan jari sebelah tangan. Kalu pegi pasar ramadhan pun utk beli air tebu/air kelapa (feberet nih) & kueh2. Ye ler, takkan nk gi perah tebu sendiri atau panjat petik kelapa sendiri. Mcm biasa masih ada awek2 yg dedah2 mengeringkan terus pahala posa aku. Kalu lawa berbaloi ler gak.....Huhuhu
Puasa ke-7. Dari kanan bawah Lemak Kuning Ketam, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Madu, Home made Lasagnia & Ketam Ball
Selain tu, Berbuka kat restoren 1 kali atas permintaan Nabil. Berbuka kt hotel skali atas jemputan opis abah. Itu pun lpas dpt panggilan terus dari bigboss suruh datang gak walhal da konpem seblm tu tamau pegi. Berbuka kt umah dgn beli makanan dr kedai 2 kali. Dedua nasi lemak & kuetiaw Mali. Dora suka. Aritu bukak posa kat cyberjaya psal gi lcct jemput ijat, adik dora yg landing pkul 7 lebih. Keesokkannya buka posa kat mcD atas permintaan Nabil & Wina. oh yaa… pernah skali bukak posa berdua ngan dora kat ikea, masa nak gi beli wardrobe utk ghumah 'baru'. Errr... Nylea pun time orang bukak posa time tu ler dia pun sibuk macam dia posa sekali. Berebut nak amik kurma masa orang azan. tapi tak makan pun takat pegang ajerrr......
Restoren Chiang Rai Danau Kota
Rumah. Nylea pun "sibuk" sekali.......
Yang paling best stakat ni berbuka kt umah abg zumi sesama adik beradik. Makanan bawa secara potluck dan semuanya superb. Ayam & ikan percik, mee hailam, lopez, popia goreng, cendul, abc, sup kambing, memacam lagi dan paling meleles sambal sotong kaknor. Walaupun tak cukup 3 kluarga adik beradik, 5 keluarga yang datang da ckup meriah.
Bahagian Luar, Starter......
Roti Jon Siakap Melaka & Mee Hailam Sg Buaya
Lopez
Popia Goreng
Rambutan & Pulasan
Bahagian dalam, nasi & lauk pauk
Ikan Kembung Percik & Ayam Percik Ala Kelate
Sup Kambing Mawar
Sambal Sotong Kak Nor Terbaek..!!
Yang citer psal sibuk tu psal berpindah ghumah. 20 Ogos Lpas adalah mlm pertama tido kat ghumah 'baru'. Walaupun jarak antara bekas ghumah ngan ghumah sekang ni dalam 3km, tapi banyak masa diperlukan untuk mengemas & pack barang. Pastu nak ngangkut barang2 pun 1 hal. Tak masuk preparation kat ghumah baru tu. rasa nya dah start dalam 2 bulan yang lepas. Memang letih dibuatnya. Keringat dan poket abis diperah. Persiapan raya pun tergendala. Tapi apa2 pun syukur perkara yg besar2 dan penting da settle. Yg kecik2 ada lagi. Sambung lpas raya la plak.
Ceghita psal Semayang terawikh, kesempatan setahun sekali ajer. Takkan nak dilepaskan gitu ajer. Rugi sesangat kalu aku tak ambil peduli langsung psal semayang terawikh ni. Betapa besar ganjaran yg bakal diterima untuk amalan yg dibuat sepanjang ramadhan. Mau2 plak 10 hari terakhir ni. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan, 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka. Aku sesangat tak yakin telah merdeka, aku perlukan peluang keemasan ini. Harap amalan kita diterima Allah SWT.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Mungkin macam pelik, nak sambut Ramadhan, mintak maaf zahir batin plak. Selalu masa raya Aidilfitri jer. Ada alkisahnya....ni pun dapat dari internet . tak pasti sahih atau tak, tapi no harm mintak maaf pun.
“Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Shalat Jum’at (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali.
Ketika selesai shalat Jum’at, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: “ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah Amin-kan do’a ku ini,”
jawab Rasullullah.
Do’a Malaikat Jibril itu adalah:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "
Oleh yg demikian sy nak mohon maaf dari semua Yg lalu lalang kat blog ni sempena bermulanya bulan mulia ramadhan ni. Moga ibadah kita diberkati dan diterima olehNya.
Setahun cuma sebulan saja, tempoh yang dijanjikan oleh Allah bahawa setiap amalan dan ibadah kita akan dilipatgandakan rahmat dan ganjaran. Rugilah kalau kita tak ambil kesempatan ini. Sebab Ramadhan depan belum tentu lg kita diberi peluang. Elakkan pembaziran dan banyakkan bersedekah. Peringatan kepada diri sendiri......
Selamat berpuasa. Selamat beribadah. Selamat beramal. Salam Ramadhan Al Mubarak.
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Selamat Menyambut Aidiladha. Sambutan umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anak baginda Nabi Ismail A.S dalam memenuhi dan menunaikan perintah Allah SWT. Sambutan bukanlah bermaksud perayaan semata2 atau rileks sebab ada cuti. Semasa sambutan ini umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah2 tertentu. Dimulakan dengan bertakbir memuji kebesaran yang Esa. Diikuti dengan sembahyang sunat 2 rakaat berjemaah dan disusuli dengan khutbah seterusnya menjalani ibadah korban.
Korban ni plak bukan ler semata2 sembelih lembu & dapat makan daging dan bekalan daging seminggu. Erti disebalik ibadah korban yang aku perlu bebetul fahami. Apakah erti pengorbanan? Apa yang pernah aku korbankan untuk agama, bangsa dan negara aku? Adakah memadai? Atau aku hanya redha untuk berkorban untuk diri sendiri atau keluarga terdekat sahaja? Bagaimana pengorbanan aku kepada saudara seislam aku yang lain. Yang lebih memerlukan...... Adakah aku mampu berkorban seperti mana Nabi Ibrahim A.S & Nabi Ismail A.S sekiranya dituntut?
Selain tu sudah tentu Aidiladha ni dikaitkan dengan ibadah Haji. Rukun Islam Ke-5. Memang ada simpan harapan untuk sampai ke Mekah bagi menjalankan ibadah ni. Cuma urusan serius ke arah tu belum dimulakan lagi. Asyik tertangguh jer….. Harap dapat hidayah kearah itu. InsyaAllah. Tahun ni Abah kat Mekah sekali lagi. Alhamdulillah rezeki dia dapat pergi banyak kali… tak pasti plak aku berapa kali. Aku doakan dia selamat pergi dan selamat kembali dan berjaya menjalani ibadah haji di sana dengan sempurna. Moga pulang dari sana nanti ada perubahan yang positif.
Tahun ni tak balik kelantan. Beraya kat KL ajer.....
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al Baqarah: 183)
”
Salam Ramadan kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Selain menahan lapar dan dahaga, kenalah jugak tahan dari perkara-perkara yang tak baik. Ya Allah! berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dan rasa syukur. InsyaAllah kita akan berada dalam golongan yang mendapat keberkatan dan kemuliaan Ramadan.