26 September 2014

Berkampung Di Cork :: University College Cork UCC


Dalam flight memang tido jer... Sedar2 dah smpai Cork. Masa smpai tu dah 9.30 malam dan hujan. Sejuk lain macam. Aku kena pkai glove. Kat sini ijat dah tunggu. Terus gi kat kaunter sewa keta yg kitorg dah bayar utk sewa 6 hari. Minah kat kaunter tu kata dia bg free upgrade. Asal kitorg book ford mender tah. Dia kasi Skoda Superb diesel manual transmission. Ok lah gak... Diesel jimat sikit. Tapi kena tambah plak bayar deposit n insurans apa semua, adeh... Lari bajet ni. Terpaksa swipe credit card. Aku ngan ijat selaku pemandu berdaftar gi parking lot utk amik 2 keta. Airport Cork masa tu da lengang.

Cerita psal Skoda Superb nanti aku post lain lah....

River Lee, sungai kat pintu masuk UCC dari Western Road


Dari airport Cork ke umah ijat kat Douglas tak jauh sangat. Jalan pun lengang jugak. Sesampai umah ijat, tunjuk bilik masing2, kemas apa yg patut, pastu tido.

Dalam pkul 5 pagi bole kata semua da bangun balik. Mungkin psal tido awal. Mungkin jugak jetlag.

Hari pertama kat Cork, first sekali Ijat bwak jalan ke University College Cork (UCC) uni kat mana ijat study dan grad medicine 10 tahun lepas. Tak besar mana UCC ni... Eh...ke besar? Cuma ijat tak bwak kat semua? Entah... Dalam tu ada combination, bangunan lama dan baru.

Lepas bukak website UCC, baru tau serba sedikit. UCC ni kira macam kampus dalam bandar Cork kat kawasan heritage. Ada beberapa kawasan, bukan setempat sahaja. Bangunan paling lama UCC ni dibina tahun 1810 lagi.... OMG!!! lamanyaaa.....

Layan gambar jer lah....

Pintu pagar masuk dari Western Road



Atas jambatan yang menyeberangi River Lee

Gate Lodge (Western Road)
Lewis Glucksman Gallery: tapi masa kitorang sampai, galeri ni tutup
zoom in detail timber strip Lewis Glucksman Gallery's walls




gambar beramai2 depan Áras na Mac Léinn / Student Centre
Áras na Mac Léinn / Student Centre
Dok jalan, aku ternampak nenek ni dok lepak... apa ler yang ditunggu?
Kulit kayu pokok ni....peegghhh
Last stop Aula Maxima, katanya main building utk UCC
Nia, Wina dan Dora depan Aula Maxima
Aula Maxima east wing
Aula Maxima ni C shape plan, jadi bahagian tetengah ada Main Quadrangle 
Merentasi Main Quadrangle
Dok borak2 kat Main Quadrangle plak... huhuhu
Aula Maxima Tower 




Zoom in bahagian bumbung Aula Maxima sikit
Pokok2 yang menjalar kat dinding... pastu warna-warni plak tu yg tambah keunikkan
Lepak kejap


Nabil nak jumpa President...






Jom... kita pegi tempat lain plak.....
Dah lepak kejap kat Aula Maxima tu, kitorang pun patah balik ke gate western road untuk ke lokasi seterusnya plak. Aku tengok balik map UCC, sebenarnya kitorang cover lebih kurang 1/10 jer dari saiz UCC sebenar. Patutlah aku rasa kecik.... huhuhu. 

Perasan tak, gambar kitorang takda orang lain. Kosong jer campus ni. Kenapa yerk?

... bersambung...

2 ulasan:

  1. Casino Games | Dr. DMC
    Casino 경산 출장마사지 Games 충청북도 출장샵 is a virtual reality casino that allows you to play games like slots and roulette online. Experience a variety of authentic gaming What are the best 과천 출장마사지 casino 안성 출장안마 games?How 경기도 출장안마 to get started?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...