19 April 2014

Jenjalan Amsterdam - Canal Boat Cruise


Sambungan dari sini.

Lepas makan, disebabkan dah tak larat, Mama dan Papa nak balik ke Schiphol Airport untuk tunggu connecting flight ke Ireland pkul 8 malam nanti. BJ dan AB terpaksa ler ikut ke Centraal. Walhal masa tu dalam pukul 1 petang. Aku pikir, takkan nak lepaskan peluang yang ada dalam lebih kurang 5-6 jam kat Amsterdam gitu ajer? 


Beratur untuk naik boat canal cruise

Kebetulan kat area depan kitorang makan tu ada nampak signage canal cruise boat. So aku decide untuk layan canal cruise. Cruise 1 jam keliling Amsterdam. Kalau nak ikutkan, sebelum datang Europe ni, ada survey apa aktiviti yang bole buat kat amsterdam. Salah satu yang masuk dalam list adalah canal bus. Tapi psal kira2 macam mahal ler plak. Yg cruise ni murah berbanding canal bus. Psal cruise ni pusing jer tak benti. Kalu yg canal bus tu benti; bole turun naik kt memana tempat menarik. Jadi utk menjimatkn belanja naik cruise jerlah. 
Dalam boat... bukan selalu selfie.... ahaksss...

Menarik gak tengok Amsterdam dari canal. Sepanjang cruise ada commentary guide... Lalu kat memana dia citer lah alkisahnya. Antara yang diciterkan kat Amsterdam ni, tak cukup tanah. Ada yang jadikan boat sebagai tempat tinggal sepanjang canal.

Boat lain dok parking tepi canal... katanya ada orang tinggal dalam tu
Ni rumah terapung... ada yg ada permit utk parking tinggal situ, ada gak yang tinggal secara haram. Itu yang aku dapat info lah....
Bangunan-bangunan besar dan menara-menara jam pun banyak yang nampak dari cruise ni. Cuma aku secara jujurnya tatau nama dan significant bangunan tu sangat masa tu. Jadi layan tengok jer lah. Amik gambar mana2 yang sempat. Dah balik, nak update blog ni barulah search dan cari info. Nak amik gambar pun tak mudah sangat psal boat tengah bergerak.

Munttoren atau Mint Tower dapat nama psal dulu pernah diorang buat (mint) duit syiling kat sini.
Menara jam dan loceng South Church atau Zuiderkerk


Selain tu, bangunan-bangunan rumah atau canal house memang banyak sepanjang canal. Setiap darinya plak unik antara satu dengan yang lain. Terutama kat design gable end dan tingkap2. Macam2 saiz. Ada yang besar.... ada yang nipis .... ahaksss.... yer.... nipis. Hartanah kat sini dengarnya memang mahal, pasal tanah terhad. Banyak juga yang dulunya rumah, sekang dah jadi bangunan komersil, pejabat, muzium dll.





Beberapa lapisan gerbang jambatan
Captain yang mengemudi boat hari tu... tak ingat plak aku apa nama
Interesting detailed gable and hook from one of the canal houses

Antara ciri canal house ni, selain design gable end tu, diorang integrate sekali hook/cangkuk. Diorang guna cangkuk ni untuk angkat barang2 besar untuk masuk ke tingkat-tingkat atas melalui tingkap. Pasal tu jugak, tingkap2 diorang besar. Ada 1 yg menarik perhatian aku, ada umah 1 meter lebar kat amsterdam. Biar betul? Yep... 1 meter jer lebar. Camna yerk org idup dalam tu?... inilah yang kata rumah nipis tadi.... ahaksss....



Perasan tak, ada umah warna biru gelap 1 tingkap dok celah antara 2 umah yang besar?
The EYE - Contemporary Movie Culture Center... lalu ajer
River cruise ship that travel to a few destination across europe. Mahal wooo kalau nak naik cruie ni...
D.E Master Blenders 1753Amsterdam Public Library, Conservatorium van Amsterdam
Visitor Information Centre Centraal Station from the canal. Nak dapat maklumat pasal lawatan atau beli tiket2 kat Amsterdam bole dapat kat sini.
The end of the tour. Back to Damrak to dock.
Nia with Simon Elephant at Damrak Dock after the boat tour
Nak ikutkan banyak gak permandangan menarik bandar Amsterdam dari canal cruise ni. Tapi aku tak cukup terer nak amik gambar. Banyak bambar blur... ahaksss.... Secara amnya, cruise canal ni berbaloi gak ler untuk tour segera (1 jam jerr) untuk tengok Amsterdam secara keseluruhan. Tapi tang nak dapatkan feel yang lebih detail kat memana tempat yang menarik memang tak dapat melalui cruise ni. Kalau nak murah dan cepat, memang rekemen.

Sikit lagi kat Amsterdam ni.... pasni boleh sambung kat negara lain plak.... sabar yerk... ahaksss....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...