22 Mei 2011

2009 _ Ekspidisi Bukit Tabuh - Part 1

Lanjutan dari entry aku psal bukit broga, ni aku postkan gambar masa aku naik bukit tabuh ngan gang2 tmpat keje. Nak lebih tepat lagi x-opis aku. Kebetulan kat opis tu ada sorang mamat ni aktif panjat gunung / bukit. jadi utk aktiviti rekreasi dia cadang ke bukit tabuh ni. Diorang setuju aja. Aku pun join sekaki. Lepas aktiviti selesai, baru kitorang dengar yang tmpat ni byk kali brlaku kejadian hilang, mati n terjatuh.... Huhuhu ngeri siut. Kalu dengar sblm naik, mau pikir 2-3 kali. Ahaksss....

Ekspedisi ni berlaku pada tahun 2009. Da lama jgak ler. Jadi detail2 dier mungkin aku tak brapa nak ingat sangat.

Mula awal pagi. warm up n baca doa. Pastu mulakan prjalanan rentas anak sungai yg ngalir keluar dr dam klang gate. Memula tu panjat bukit dlm hutang tebal ikut lorong2 denai sedia ada. kenkadang ada gak bahagian yg terlalu curam, terpaksa guna tali. Tali tu pun mmg dah sedia ada kat situ. 5-10 minit pertama tu dah ramai mcm nak give up psal letih sgt. Ada yg nak turun balik. Guide yang follow dok kata dekat jer lagi, jadi teruskan ler jgak.





Sampai ler kat zon yang mula pokok2 besar dah takder dan mula nampak view. Masa ni ni ler semua jadi excited & mula dah tak lupa keletihan. Belah sini view KL, belah sana view hutan, bukit & tasik dam klang gate. Memang view yang marbelos!!....



Kat sini ler mula terpecah 2 group. 1 group yang bersemangat nak teruskan perjalanan ke puncak dengan cepat. Diorang tak peduli sangat ngan view2 tu. 1 group lagi yang sibuk keluarkan DSLR memasing n amik gambar... posing sana posing sini view sana view sini. Diorang jalan 2-3 langkah stop amik gambar.... ahaksss..... Aku plak tetengah... nak amik gambar ye gak... nak jalan pun yer gak. Jadi aku terpisah dari group depan ngan group belakang.... jalan ler kebanyakkan nyer sengsorang.


 




Bila kat zon ni pokok bebesar dah takder sangat.... kebanyakkannya jalan atas batu. Ada 4-5 puncak sebelum sampai ke destinasi. Jadi ada turun naik. Kat puncak terakhir paling mencabar. Kena guna tali dan curam 90degree utk sampai ..... ahaksss...... masa ni tunggu ler paling lama nak lepaskan sorang2 naik.

Nampak gaya kena stop kat sini dulu... psal bnyak lagi gambar ghupanyer..... kita sambung part 2 plak laaa......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...