15 April 2011

T Shirt Family Day NISMOCLUB 2011

Family Day NISMOCLUB 2011 akan masuk edisi yang ke-7 tahun ni. Acara akan berlangsung dari 30 April 2011 hingga 2 Mei 2011 kat Marina Cove, Teluk Batik Perak. Macam tahun-tahun sebelum ni, aku gak yang diberi tanggung jawab untuk design t-shirt keluaran khas Family Day ni. Nak kata design t shirt aku best sangat pun idak ler, psal pernah gak ada t design shirt family day 2008 kena kutuk macam design tshirt sambutan merdeka. Tapi dah takda yang sanggup, last2 aku gak amik tanggungjawab tu.

Untuk tahun ni design atas tshirt warna kuning, sempena warna yang sinonim ngan negeri perak. Dah kelab kereta Nissan, maka gambar kereta Nissan memang takleh lari. Kereta pilihan aku GTR R35 & Fairlady 370Z bergandingan bersama. Kalu nak dimetaforakan, GTR tu macam laki, yang 370Z tu macam pompuan... tengah dating tepi pantai. errr.... tapi ada ikatan perkahwinan ler... kang kata promo maksiat plak. huhuhuh......Aku buat latar kat tepi pantai masa matahari terbenam untuk bagi effect dramatik. Pokok kelapa aku letak untuk perkukuhkan latar tepi pantai ni. Kenapa pantai? Psal Teluk Batik tu tepi pantai.....

Design asal..... full colour, mungkin harga mahal......

Ada gak yang soalkan, mana ada ahli kelab pkai kereta GTR & 370Z? letak ler gambar kereta2 yang ada dalam kelab. Alahaiii...... berapa banyak jenis kereta dalam nismoclub? takkan nak taruk semua? kalu baju besar cadar bole ler taruk semua. GTR & 370Z tu dipilih psal kedua2 kereta tu kereta flagship keluaran Nissan yang terkini. Ok aperr...?

Design yang dah ditone downkan untuk kurangkan kos print 


 Design belakang. Nombor 1 besar tu pun ada yang pertikaikan. Fanatik betul diorang ni. Bukan nak tunjukkan sokongan kat mana2 pihak, tapi maksud slogan "Nissan 1 Family" yang sepatutnya dihayati.

T shirt ni akan dijual masa Familyday nanti. Harap dapat abis jual semua yang ditempah.....

2 ulasan:

  1. Hi Atai ,

    Great T-shirt design & striking yellow colour.

    How much per piece ?

    Kin.

    BalasPadam
  2. thanks kin....
    plan to sell it not more RM20/pc. If buy during Familyday event more discount...
    why? interested? ahaksss.....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...