27 April 2011

Touch Up Presage for FD

Family Day NISMOCLUB da tak lama. Nak pegi ngan Presage. Tapi keadaan Presage tengah selekeh ler. Jadi aku decide utk antar kat workshop utk touch up skit & polish satu bodi. Kat mana lagi kalu tak kat AhPing Segambut yg aku bole percaya, workmanship kemas & harga berpatutan. Da lama aku kenal Ah Ping... tak kurang 13 tahun. Jadi pengalaman dia tak bole dipertikaikan.


Keselekehan presage tu atas bbrapa sebab. Salah satunyer, minggu lpas langgar mender tah, sampai bumper depan rebeh skit dan bercalar. Itu tak per ler, yang utamanya keselekehan yg disebabkn oleh workshop sebelum ni yg aku antar utk respray satu keta ogos 2010 lpas. Memang teruk w/manship workshop tu. Ngan liquor leleh, kusam & tak rata. Walaupun w/shop tu kata bole antar balik utk dia touch up balik, tapi tak sanggup aku nak antar balik. Entah apa lagi problem yg diorang bagi nanti. Da laa jauh. Baiklaa aku antar kat Ah Ping, lagi terjamin. Biar pun tambah duit skit tapi hati tenang.  Walaupun aku da tamau ada apa2 ngan w/shop lama tu, tapi tak bermaksud aku nak halalkan kerja sampah diorang tu.


Chrome bar kat depan bumper dah terkopak keluar & calar kat belah bawah bumper


Dari sini nampak bumper dah terkeluar.... sikit jerrr.....

workmanship sampah workshop lama..... tak sampai setahun bole terkopek sendiri cat ni.... apercerrr...??


Presage tu aku antar AhPing 25April 2011.  Idak ler nak touch up 1 bodi walaupun yg defectnyer 1 bodi. Touch up yg kritikal jer, bumper depan dan sebahagian bonet belakang. 26April2011 aku gi tengok progres, ok.


Bumper depan ditanggalkan utk spray the whole bumper

Ah Ping tengah gosok bumper depan... prep untuk spray

Prep bahagian belakang... gosok jangan tak gosok.......
Petang tadi aku gi amik Presage tu dari Ah Ping. OK.... puas hati ngan hasil. Kalu banyak duit mau jer nak suruh Ah Ping touch up 1 bodi. Camna pun apa yang ada ni, da ok bole ler berfamilyday dengan bergaya... huhuhu

Selepas touch up....

 




Harap semuanyer berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah untuk Family Day NISMOCLUB ni. Tak sabar dah nak bergumbira. Jumaat ni amik cuti utk servis Presage .... kebetulan dah tiba masa.

26 April 2011

Cubaan Rekabentuk Geometri Pattern

Geometri Pattern bole aku tafsirkan sebagai bentuk2 geometri asas yang disusun berulang-ulang kali mengikut peraturan/order tertentu yang teratur membentuk corak. Pada skala yang besar corak ini boleh menghasilkan tekstur yang tersusun.

Geometrik pattern dengan menggunakan bentuk asas yg bersegi sering dikaitkn imej bangunan islam. kerana itu ianya meluas digunakan di masjid atau bangunan institusi keislaman. Sama ada sebagai penghias dinding penghadang, penghadang silau matahari, hiasan, wall paper, insert pada railing dan sebagainya.

Salah satu Geometri Pattern kat Masjid Negara Sebagai dinding fasad. Gambar diambil dari bahagian dalam masjid.

Penggunaan geometri pattern ni dah ada dari zaman dulu kala lagi. Sampai sekang, ianya masih digunakan. Masih relevan dan kontemporari. Tak lapuk dek zaman. Kat Mesia pun banyak bangunan lama yg ada geometri pattern ni. Contohnya kat Masjid Negara, Menara Dayabumi, Pejabat Pos Besar etc.


Dalam tugasan aku design surau dan masjid, aku cuba explore dan design geometri pattern ni. Psal geometri pattern yang ada dlm library ACAD kat opis ni sama jer dari memula aku masuk kerja sampai sekang. Bosan plak nengoknyer.

Geometri asas yang aku olah dengan ukuran 500mm X 500mm

Bila geometri asas kat atas tu disusun dan diaplikasikan pada komponen bangunan, jadi terhasillah komponen2 macam kat bawah ni.....


Dinding penuh



Susurtangan


Susurtangan pada gerbang

Dinding penuh pada gerbang berkembar


Yang ni plak aku cuba kecikkan scale. Susunan 4 geometri asas kat atas tu membentuk komponen 500mm X 500mm.

25 April 2011

Sarawak & Kek Lapis

Aku bukan ler peminat/penggemar kek lapis sarawak sangat. kalu ada makan, kalu takder tak ler mencari.

Kengkadang kek lapis sarawak ni ada rasa rempah yang kuat antara lapisan2 kek tu, dan rasa dier kengkadang terlebih manis. Psal tu ler aku tak brapa ngan kek lapis. Harga dier pun bukan murah anak. Tapi psal dah sampai Kuching aritu, aku beli ler gak kek lapis ni sebagai buah tangan.

Lepas abis meeting, team kat Sarawak tu bawak ler beberapa tempat utk beli buah tangan. Salah satunyer kedai kek yang letak on the way ke airport Kuching. Kat area tu ada University private (tak ingat plak nama uni tu). 

Banyak betul jenis dan perasa kek lapis dalam kedai kek tu. Pening gak nak memilihnyer. Aku beli 3 jer psal takder hati sangat ngan kek lapis dan tamau bagi beg berat sangat nak carry hand luggage. Yang kagumnya, diorang siap ada kotak spesel utk pakaging.





Perkara yang kedua aku kagum RM10 jerrrr satu.....  Kalu beli kat semenanjung mau RM30!! gegiler mark up!!

Perkara yang ketiga aku kagum, bila sampai umah potong makan, hmmm..... sedap plak kek lapis ni. Kena ngan selera aku. rasa rempah dier tak kuat sangat dan tak terlebih manis. makan pun tak muak. kalu aku tau, dah beli 4 dah.... huhuhu

Sikit gambar dari dlm flight on the way balik KL


errr.... Gunung Santubong ker hujung sana tu?

24 April 2011

360 Hotel Kuching

11 April 2011 aku ke Kuching. Bukan ngempen pilihanraya. Ada meeting. Patut kat Lawas, tapi mungkin sibuk pilihanraya Sarawak, susah nak dpt tiket ke Lawas.

 

Hotel last minit minta tolong orang kat Kuching bookkan utk aku. Diorang book 360Hotel. Dari airport kuching aku amik cab. Driver cab tnya gak, 360Xpress atau 360Hotel? Ada 2 hotel berbeza ghupanya. Atas sebab trtentu, aku ckap 360Xpress. Sampai sana, suda salah hotel ler. Trpaksa amik cab lain utk ke 360Hotel.


360Hotel ni terpinggir skit dari waterfront. Walaupun podium ada shopping complex, tapi aku smpai situ dlm pkul 10 lebih. Semua kedai kawasan sekitar da tutup. Boring nyer...Kalu kat waterfront tu ada ler gak aktiviti....

Laluan ke bilik

360Hotel ada dua tower. Bilik aku kat tower A, baru siap. Yg semenarnya tak totally siap lagi. Mungkin diorg tengah wat kerja2 interior n touch up. Mungkin gak aku org pertama yg tido bilik tu. Bilik aku tingkat 11. Walaupun tak brapa siap lagi, tapi dapat tengok interior design dia ala-ala new wave funky style, boutique hotel. Design simple, informal dan bright and colourful. Tag phrase hotel ni pun urban resort. Sesuai ler....

Katil king saiz mmg rasa macam raja, tapi raja bujang ler masa tu. Yang best bantal empuk saiz dia panjang skit dari saiz bantal biasa dan ada 4 biji. Sampai puas bole tetukar bantal setiap beberapa minit. Tu tak campur bantal2 kecik. Selain utk hiasan, aku sokong gak ada bantal kecik2 ni, bole guna wat lapik bawah .... Dalam situasi tertentu.


 
 
Aku suka gak cara perletakan study table dn study lamp. Sesambil dok kat kerusi study tu, bole tengok tv sekali. 
 
Lazy chair sebelah katil pun aku suka psal design dia unik dan unconventional. High back, high arm rest dan selesa.




 
 
  
Kemudahan dlm bilik banyak. Safety box, iron, ironing board, internet cable, mini fridge, hair dryer, kettle, kemudahan bancuh air, air mineral, lcd tv ngan beberapa channel astro terpilih etc. 




 
 Dlm bilik air ada sabun, shampoo, shower bath, cotton bud dan shower cap. Shower dia pun besar puas hati mandi. Tambah2 kalu mandi wajib.... Kejap jer bole settle. Huhuhu.

Yang menarik, vanity mirror dia bentuk bulat. Ada gak cermin muka yg boleh enlarge imej. Ngeri gak aku tengok dlm cermin ni bila nampak jelas dan membesar abis semua jerawat, white head, black head kat muka ni. Ahakss...

 
 Suis2 dalam bilik pun stylish.....

Sebabkan tower tempat aku stay tu tak siap lagi, jadi breakfast terpaksa kat tower lagi satu. Tempat makan tu kat tingkat 18 overview bandar Kuching ke arah sungai. Buffet breakfast dia small scale n bebiasa jer. Tada yg spesel.

 view dari tower hotel

  
view dari bilik aku

Aku memang suka bilik kat hotel ni. Mungkin sebab hotel ni baru, jadi semuanya segar dan menarik. Frust skit psal takleh spend masa lebih skit. Awal pagi aku dah check out utk ke meeting. Dah ler check in lambat.

23 April 2011

Restoran Tarbush... yummy!!

3 April 2011 lepas Dora nak belanja Aunty Deb & Uncle Ard makan lunch. Hutang janji lama semenarnyer sebab Aunty Deb tolong rekomen kerja untuk Dora dulu. Aunty Deb pilih Restoren Tarbush kat Ampang Point untuk makan2 tu. OK gak... psal da lama tak makan sini. Seingat aku, pernah ler sekali makan kat sini. Harga mesti ler mahal skit, jadi untuk occasion tertentu ok ler... kalu daily basis, mau kopak. Camna pun memang berbaloi dengan harga yang dibayar.

wow... bukan saja seksi ayam ni, malahan sedap.....Nasi Beryani Ayam... aku nyer



Nasi Berani (mati) Kambing - doranyer....


Limau asam boi.... masam2 manis.... best..!!


papadom pelengkap semua.....


lepas semua kenyang perut... suka hati.......


Nylea yang tak makan apa2 pun happy.... huhuhu


Kalu nak ikutkan aku lagi prefer rasa makanan kat Tarbush ni berbanding Saba. Saba lebih plain, sebabkan tak muak makan, walaupun pada portion yang banyak. Tarbush plak rasa lebih "strong" tapi cepat kenyang. Dora prefer Saba.

Banyak lagi makanan yang diorder hari tu, tapi tak amik gambar sangat..... sibuk nak makan..... ahaksss....

21 April 2011

Volkswagen Beetle...

Aku bukanlah peminat fanatik kereta Volkswagen yang orang dok panggil Beetle, walaupun kereta ni legend dan banyak sejarah. Kalu aku fanatik, mesti aku da ada sebijik...!

19 Mac 2011 yang lalu aku ke rumah kaknora kat selayang. Anak buah aku, Yan, bersemangat nak tunjukkan workshop2 kat sekitar umah dia. Aku pun ikut ler gendong motor. Ada workshop motosikal custom... kira ala2 american chopper... tapi workshop biasa ler tak ler segempak Paul sr. nyer workshop. Yang aku tau diorang bole custom modified motor dan restore motor2 classic. Ada banyak gak motor pelik2 dan olskool dalam workshop tu, tapi workshop tu masa aku pegi gelap jer..... nak amik gambar pun rasa macam tak cukup cahaya. Kalu amik gambar pun takat pkai henpon chokia nak nampak apa? Lagi pun tuan kedai takder masa tu, tak sedap ati plak nak amik gambar cecuri gitu.

Ada plak dedekat situ workshop yang khusus utk VW beetle. Tak ingat plak aku nama workshop... tapi ada nama bukit2 gitu lerr.... Banyak gak Beetle kat luar dok parking.... ada yang tersadai, ada yang da siap buat, ada gak yang aku kagum.

 ni yang aku kagum.... aku suka white side wall tire, rim besi warna merah yang kepak hippari & rustic colour scheme. aku tak pasti plak rustic colour scheme tu disengajakan atau tak sengaja... tapi bagi aku colour scheme ni memang artistic.....

 Yang ni pun ok gak. aku suka tyre & wheel dia dan kekemasan kerja. Clean ori style.

Aku pun tak amik banyak sangat gambar, psal amik pun cecuri gitu jer.

18 April 2011

Hotel Impian Pantai Morib Banting

Bagus gak yerk kalu aku wat review hotel2 yg aku tido secara layman. Yeler, kalu nak ikut sejak aku masuk ke alam pekerjaan, memacam hotel aku da tido. Samada sebab kursus, outstation atau meeting. Tak masuk atas percutian sendiri. Sekurang2nya ada kenangan utk aku dan panduan masa akan datang.

Untuk entry pertama review hotel ni, aku masukkan Hotel Impian Morib, Banting. Aku pergi atas jemputan bengkel. Jadi semua penganjur yg settlekan dari segi booking dan bayaran. Jadi aku tak pasti plak jenis bilik dan rate bilik yg aku nginap. Usahkan itu, latar blkg hotel ni pun aku tak tau. Seingat aku, dah 2-3kali aku nginap kat hotel ni suatu ketika dahulu.


Semenarnya aku konpius gak naper ada hotel camgini kat banting ni. Kalu nk ikutkan pantai morib brhampiran idakler menyelerakan sgt utk dikunjungi. Aku sendiri ler yg tak selera, tak tau org lain. Tapi bila pikir balik, tmpt ni strategik untuk buat kursus atau mesyuarat secara terpencil, tak jauh sgt dari KL/Putrajaya tapi peserta masih takleh ponteng.


Takder apa sgt yg nak review psal bangunan. Cuma kat bahagian blkg hotel sebelum laut (takda pantai) ada unit kediaman ala chalet2, nampak macam baru siap. Menarik gak kalu dpt jenguk ghupa dlmnya.

Bilik yg aku dapat kira besar gak. Ada devider kayu ukir tebuk tembus kat tgh bilik. Devider tu pisahkan antara ruang tv sette ngan katil. Walaupun devider ni nampak grand ngan full height, tapi aku tak brapa gemar. Psal kalu nak tengok tv kena dok kat sette, kalu nak baring kat katil, takleh tengok tv. Selalunya sambil baring2 nak tunggu lelap layan tv dlu, setkan timer auto off.

TV pun olskool CRT lagiii.......



Kemasan lantai homogeneus tile. Selalunya hotel kemasan karpet. Mungkin utk senang n murah maintanance.

Walaupun kerusi imej resort... tapi sakit badan duduk..... huhuhu

Aircond split unit ajerrr



 
 Kemudahan lain macam cerek air elektrik, kemudahan bancuh air, mini fridge, safety box, ironing board, tafsir Quran, siaran ASTRO terpilih
Tapi tengok ler ironing board ni... Tak bole blah, koyak rabak macam mangsa rogol yg melecur. hahaha
Toilet dia pun boring gak, walaupun besar bole muat 15 orang. Shower dia jenis pasang kemudian, ngan wayar nyer conduit exposed. Sama ngan shower kat umah aku jer.

 
 sabun, shampoo


Katil ada dua, queen size and super single. Mungkin bilik family kot.

Tunggukan review tak pro aku untuk hotel2 yang lain plak...... banyak lagi nii.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...