20 Januari 2010

Ukiran Kayu Yang Mengagumkan


Melalui projek yang aku terlibat, aku berpeluang untuk mengenali serba sedikit dunia ukiran kayu tradisional di Besut Terengganu dan bekerjasama dengan pengukir sohor En. Norhaiza Nordin. Penglibatan ini juga telah membawa aku untuk melawat rumah kediaman En. Norhaiza Nordin yang sangat unik dan Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut pada 26 November 2008.

Semasa lawatan tersebut, aku merasa kagum dengan hasil kerja tangan yang ada di sana. Selain hasil kerja tangan baru, ada juga kerja-kerja ukiran yang boleh diklasifikasikan sebagai artifak turut disimpan dengan baik.

Gambar diatas adalah hasil kerja ukiran salah seorang tokoh pengukir Allahyarham Y.M Tengku Ibrahim bin Tengku Wook atau lebih dikenali sebagai Ayoh Ku. Ukiran itulah yang paling membuat aku kagum antara artifak2 lain yang ada. Sungguh detail, unik dan "hidup". Ukiran motif bunga teratai pada kepala katil dibiarkan dengan warna dan permukaan semula jadi kayu tanpa diperkemaskan dengan bahan kimia. Daun dan bunga yang diukir penuh teliti sehingga nampak kelayuan, lipatan dan tindanan antara satu dengan lain yang membuatkan ukiran tu hidup (maaf, aku tak tau gak bahasa ukir nih, main hantam jerr).

Menurut En. Norhaiza Nordin, Ayoh Ku ni adalah salah seorang dari guru yang mengajar beliau mengukir. Ayoh Ku sebenarnya lebih menumpukan kerja ukirnya pada hulu keris, ukiran yang lebih halus. Kepala katil ini adalah satu-satunya hasil kerja ukir yang besar dapat disiapkan oleh Ayoh Ku memandangkan ukiran hanya dibuat dimasa lapang. Walaupun begitu, kepala katil ini tidak dapat disiapkan sebagai sebuah katil. Menurut En. Norhaiza lagi, kepala katil ini telah disiapkan oleh Ayoh Ku sebelum tahun 1982 lagi iaitu tahun semasa En. Norhaiza mula menuntut dengan Ayoh Ku. Kepala katil ini berjaya diselamatkan oleh En. Norhaiza dari dijual setelah Ayoh Ku meninggal dunia pada tahun 2000. Dengan terselamatnya kepala katil ini, maka dapatlah hasil kerja ukiran ini dipertontonkan kepada orang ramai dan nama Ayoh Ku tidak hilang begitu sahaja. Al Fatihah buat Ayoh Ku, moga roh mu dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Adakah akan ada pelapis pengukir yang mampu menghasilkan kerja ukiran yang sebegitu indah seperti yang telah dihasilkan ini, atau artifak ini sahaja yang tinggal untuk dipertontonkan sahaja?

5 ulasan:

  1. klassik... artifak ni kalau di simpan, lagi 100 thn akan jadi bahan sejarah...

    BalasPadam
  2. sekang pun dah konsider bahan sejarah... pengukir asal dah meninggal dunia.

    BalasPadam
  3. haruskah aku biarkan iklan tetiber tak diundang ini menempek di blog ini...??

    BalasPadam
  4. memg unik hasil ukiran org lame.... kamu hanye amek gmbr jeke...x try blajo mengukir....

    BalasPadam
  5. oh. saya takder bakat mengukir.... suka tengok jer hasil ukiran ;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...