12 Januari 2010

my cars

Minat aku, kereta & motorsport atau yang ada bau2 bacang ngan kereta & motorsport.

Entah macam mana, mungkin takdir aku terbeli Nissan Sentra SE 1.5M kira-kira 9 tahun dulu (masa Nabil baru lahir). Dari situ ler aku terjadi fanatik Nissan. Dengan Nissan Sentra ni ler aku join NISMOCLUB (Nissan Motoring Club), kelab kereta Nissan yang sempoi. Ramai dapat kenal kawan dari seluruh pelusuk Malaysia dan macam2 ragam. Dari kelab ni jugak ler, aku belajar selok belok kereta dan perabih masa dan wang ringgit kat kereta aku jadi macam gambar kat bawah ni.

Nissan Sentra N16

Kalu nak tahu sejarah dan cerita lanjut Nissan Sentra N16 ni boleh ler tengok episod 1 dan episod ke-2 nya kat forum NISMOCLUB.

Anak dah masuk 3 orang. Jadi aku terpikir, tiba masanya utk dapatkan kereta yang lebih sesuai untuk family. Sebab dah fanatik Nissan, kena ler carik Nissan gak. Antara pilihan yang ada, Kalu CKD Serena C24 atau Livina .... kalu nak fully imported CBU boleh pilih Elgrand, Serena C25 atau Presage. Lepas pikir2 akhirnya aku pilih Presage. Sebabnya senang jerr..... psal aku suka sesuatu yang unik. Presage kat Malaysia ni mmg jarang2 kelihatan. Lelebih lagi kalu yang facelift version. Dipendekkan citer, bebaru ni Alhamdulillah selepas pelbagai rintangan akhirnya dapat register on the road Presage dalam gambar kat bawah ni. Gambar tu masa dia dok kat Jepun lagi sebelum bertolak ke Malaysia..... huhuhuhu

Nissan Presage U31 - Autech Rider S


5 ulasan:

  1. aku dgr bleh tgk avatar 3D dlm presage ko ni... dah macam wayang je sound dia... hehe

    BalasPadam
  2. tak pernah cuba lagi tengok avatar 3D dlm presage ni.... tengok citer lain yang 3D pernah lerr.... huhuhuh

    BalasPadam
  3. Zero Friction Technology with Nano Technology. High performance motorsport and heavy duty engine oil. SAVE 10% - 20% petrol/diesel, maintenance rm60 - rm100, mileage up to 15,000 km. Alamat ; Ijok, Selangor. Diskaun ; 15% - 30% No. telefon ; 013-5214303 (amran)

    BalasPadam
  4. bang, body skirt n16 mana u buat

    BalasPadam
  5. bang, body skirt n16 mana u buat

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...