Gambar Keris Tajung ini diambil pada 26 November 2008 semasa lawatan aku ke Besut atas jemputan En. Norhaiza Nordin. Hari tu adalah hari keris tu diserahkan oleh En. Norhaiza kepada Datin Waveney yang telah menampah keris tu dari En. Norhaiza agak sekian lama. Dengar ceritanya Datin Waveney telah pun membawa keris tersebut ke kampung halamannya di Isle of Man (sebuah pulau kecil di antara England & Ireland). Bersemadilah satu warisan orang melayu di Eropah. Begitu Mat2 Saleh ni mengkagumi warisan orang melayu, tapi orang melayu wat tak endah jerrr.....
Berbalik pada cerita.......Pada masa tulah aku mula tahu pasal keris tajung ni. Memang kagum. Sebab ukiran pada hulu keris tu sangat halus, detail dan padat hinggakan aku rasa kerja ukiran tu mungkin dibuat menggunakan jarum. Ikut cerita En. Norhaiza, tok guru ukir dia, Arwah Nik Rashideen pernah bagitau, " kaji dan fahamilah keris tajung ni, sebab keris tajung adalah kunci kepada semua rekabentuk dan senibina tamadun orang melayu" (lebih kurang gitu ler maksudnya). Bertapa besarnya peranan keris tajung ni dalam peradaban orang melayu.
Kalau nak dicerita pasal keris tajung ni, tahap-tahap buat thesis kedoktoran dah.... aku pun tau-tau gitu jer, hasil baca dalam internet gak. Kalau nak tahu lebih detail, search jer dalam internet. Yang diceritakan kepada aku dan kefahaman aku yang sangat nipis ni, keris tajung adalah senjata paling tinggi darjatnya semasa Empayar Langkasuka. Keris tajung wujud semasa orang melayu siam masih menganut hindu, disebabkan itu, pengaruh hindu pada bentuk hulu keris ni masih kelihatan. Namun semenjak kedatangan Islam dan Merong Mahawangsa menerima Islam, berlaku evolusi terhadap hulu keris ni dengan dimasukkan ukiran-ukiran yang berbentuk flora padanya.
Semasa kejatuhan Empayar Langkasuka ketangan kaum Sukothai, berlaku ethnic cleansing terhadap orang islam melayu siam dan melenyapkan terus sejarah tamadun yang berpusat di Pattani ni. Sehingga sekarang kekeliruan tentang identiti orang siam dengan orang thai di Thailand masih lagi berlaku. Mujurlah masih ada lagi orang melayu seperti En. Norhaiza Nordin di zaman cyber ni yang menyambung legasi seni pembuatan keris tajung dari terus ditelan zaman.
Aku tulis ni pun ikut sedap aku ajer... kalu ada fakta-fakta atau versi-versi cerita yang lain, bole ler dikongsikan. Masa mencari cerita pasal keris tajung ni, aku sampai ke blog ni http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ yang banyak ceritakan Empayar Siam Islam Negara Kedah yang aku rasa relate ngan cerita keris tajung di Pattani.
Perghhh ! Mak aih ! Broe, hulunya sahaja udah berapa ratus harganya tu broe ?
BalasPadamSekadar berkongsi informasi, kalau saya mahu mendapatkan khidmat pengukir dan pandai besi berbakat seperti ini, dimana agaknya tempat beliau berkarya ya broe ?..
Rasanya orang yang mempunyai kepandaian seperti ini sudah semakin lama semakin pupus dah di bumi M'sia..
Info please..
waaa..... macam excited jer ko.....
BalasPadammacam dinyatakan kat atas tu, hulu keris dihasilkan oleh En. Norhaiza Nordin dari Kg Raja, Besut, Terengganu. untuk maklumat lanjut bole ke tajuk yang berkaitan pada link ni.... http://naza-atai.blogspot.com/2010/01/ukiran-kayu-yang-mengagumkan.html
di situ ada link ke Desa Ukiran Kayu, Besut, yang mana En. Norhaiza Nordin merupakan salah seorang penggerak utama galeri tersebut.
harap dapat membantu.
Excited cikit la sebab aku cukup berkenan ngan keris tajong tu. Aku tak minat sangat ngan keris2 Jawa walaupun hikayat keris kununnya berasal dari tanah Jawa dan keris Jawa itu cantik buatannya kerana faktor pamornya.
BalasPadamProud dengan hasil seni rakyat tempatan. Hasil seni peninggalan kerajaan Melayu Langkasuka. Unik dan punya nilai ekslusif yang tersendiri..
Kalau aku melawat muzium diraja Kedah di Alor Setar.. keris jenis ini sememangnya merupakan antara koleksi alat kebesaran Raja2 Melayu yang paling aku minati.
Ganas !
Setelah aku merayau-rayau di web, aku terjumpa site ini :
http://kerisarchipelago.150m.com/webpage/Tajong6.htm
Orang yang sama. Semuanya kerana terserempak dengan blog ini yang memudahkan pencarian aku menjejaki maklumat mengenai En. Norhaiza.
T.Q broe..
Broe... bukan nak memburukan sesiapa, kalau baca blog sejarahnegarakedah tu, baca boleh, nak percaya bulat2 tu toksah la..
BalasPadamAda sebab mengapa aku berpendapat begitu.. bagi meluaskan pengetahuan lu broe mengenai sejarah Melayu sejak sebelum kedatangan agama Islam (sewaktu era hindu-buddha-animisme).. anda boleh merujuk ke Blog ini bagi memperolehi maklumat dari sumber berbeza bagi tujuan untuk dibuat perbandingan fakta :
http://riwayatmelayu.blogspot.com/
Explore arkib (sejak mula-2010) bagi memperolehi kefahaman dan gambaran yang lebih menyeluruh..
Sekadar berkongsi maklumat alternatif.
mekasih bagi link tu... tapi aku tak sempat abis baca, da private for invitation only plak....
BalasPadamsempat sampai part7 jer kalu tak silap.... adeehhh...... camna nak masuk balik yerk?
e ehh..... da bole balik lerr.....
BalasPadamyahoooo...... bole layan baca lagi.....
Broe... jangan lupa singgah ke sini gak..
BalasPadamhttp://halamansrikandi.blogspot.com/
TQ.. kena cari masa utk membaca... huhuhu
BalasPadammacam mana nak berhubung dengan en.nor haiza nordin ni.
BalasPadamboleh search dalam google "seni ukir bakawali"
BalasPadamhasil search dapat http://www.eperolehandirektori.com.my/direktori/mof/mytab.php?query=KT0077387-V&submit=Start+Search
dlm tu ada alamat n nomor henpon
salam , geng ade tak maklumat2 atau info pasal seni pada seni tanjung?? saya amat perlukan maklumat ini untuk assignment saya.. segala maklum balas boleh emel kan saya maellambong977@gmail.com
BalasPadamsalam abang budiman, saya pelajar ijazah Pengajian Budaya Visual fakulti Senilukis dan Seni Reka dari UiTM Puncal Alam selangor, saya tengah buat thesis tentang hulu tajong sebagai thesis saya.. mcm mana nak contact En Haiza?
BalasPadamsalam abang budiman, saya pelajar Pengajian Budaya Visual fakulti Senilukis dan Seni Reka dari UiTM Puncak Alam selangor, saya tengah buat thesis tentang hulu tajong sebagai thesis saya.. mcm mana nak contact En Haiza?
BalasPadam3/2..jumpa adiguru norhaiza dan wan mustapa wan su..the legend carver d besut..menteri dtg..ke sama..bincang byk topik..sambil tengok ukiran..norhaiza..dejavuu79
BalasPadam3/2..jumpa adiguru norhaiza dan wan mustapa wan su..the legend carver d besut..menteri dtg..ke sama..bincang byk topik..sambil tengok ukiran..norhaiza..dejavuu79
BalasPadam