Ni lah gambar Presage aku masa memula sampai ke showroom. Secara keseluruhannya ok laa.... cuma perlu sedikit body touch-up dan tayar kena ganti psal nampak dah agak2 botak. Tayar tu nanti aku cadang utk tukar rim 18" terus macam cerita post aku sebelum ni. Psal showroom ni ada hubungan rapat, aku amik kereta ni "as it is". Jadi kos repair, touch up, service etc aku tanggung sendiri.
Ahad baru ni (24 Jan. 2010) aku dah servis enjin keta ni dan dah diagnose guna CONSULT II. Tima kasih ManTC serviskan dan diagnose keta aku. Aku rasa pasni, aku servis ngan ko jer ler. Canggih gak alat CONSULT II tu...errr.... ke aku semenarnya yang gayat... ahaksss...... dengan alat tu selain dia bole tune enjin, dia jugak bole check airbag keta tu pernah letup ker idak, dia bole adjust ketinggian cahaya HID dan banyak lagi lerr..... mmg berbaloi-baloi. Aku abis RM139 utk minyak enjin semi-syn Idemitsu dan oil filter ori Nissan termasuk upah servis & diagnose. setakat yang aku bawak, ada sedikit smooth & idling tak tinggi lagi. Harap FC pun bole improve.
Pasni cadang nak antar kat AhPing Segambut utk touch up body plak. Ingat nak antar arini, tapi AhPing tak bagi psal dia kata w/shop dia penuh. Dia suruh anta lain minggu. Alang-alang nak antar kat AhPing aku cadang nak suruh AhPing spray warna hitam atas bumbung. Saja bagi stylo skit. Tiru Saga BLM special edition.... ahaksss....
Selain tu aku cadang nak pegi kedai aksesori utk masukkan booster radio FM. Almaklum radio ori dari jepun, frekuensinya tak lebih 90mhz. tak banyak pilihan radio yang boleh aku dengar.... Hari2 dengan Muzik FM pun bosan gak..... huhuhu. tukar head unit lain, bukan option, psal sayang ori NISSAN nyer. lagi pun multimedia tuh... iPOD pun bole guna.... cuma aku tak gheti jerr.... psal tulisan jepun. ahakss.....
Inilah rim 17" ori Autech yang akan jadi mangsa kalu rim 18" aku sampai nanti. Aku tak decide lagi apa nak buat dengan rim ni. Nak jual sayang. Mungkin simpan jer kot. Aku dah survey harga tayar 18" baru.... fuh paling murah utk 235/50/18 pun cecah RM500 gak sebijik... .botak ler pasnih.... huhuhuh. Dah ler dengar harga minyak utk keta lebih 2 liter takder subsidi.... lagi haru dibuatnya nanti....... Harap semuanya OK nanti.
Saya juga memandu kereta Japan Spec Mercedes C180.
BalasPadamBetul. FM Jepun memang bawa masalah. Ada booster tetapi aku tak dengar FM sangat. Aku selalu dengar lagu J-POP CD so aku tak perlu. Frekuensi FM Jepun 76-90 MHZ sahaja.
Komputer pun dalam bahasa Jepun tetapi fully in Katakana.
Satu lagi. Petrol di Jepun ialah RON 100 dan RON 97. Kalau tudung minyak tulis Premium. Isi V-Power Racing ber RON 100. RON paling rendah di Jepun ialah RON 97(Regular) dan RON 100(High Octane). Mercedes aku kena isi V-Power Racing sebab Premium petrol diperlukan.
BMW ayah aku local spec. RON BMW dibenarkan ialah 91-98. Maknanya RON 95 dan 92 boleh di isi tetapi aku selalu isi RON 97. Kalau isi V power Racing, takut tak mahu start sebab lagi sukar nak terbakar kalau RON tinggi.
Tujuan Jepun buat sebegitu sebab kereta Import dan elektronik Import sukar dijual di Jepun.
mekasih Toshio San, berkongsi pengalaman.
BalasPadamEncik Toshio ni orang Nippon kah? Begitu arif tentang jopun.....
Petrol saya terpaksa pkai RON95 jer utk Presage ni. Itu pun dah lebih RM100 utk full tank. Kalu taruk RON97 ikut harga terbaru, takut nanti kredit kad limit over cepat ..... huhhuh. Setakat ni ok jer pkai RON 95 tuuu......
Assalam bro...bley mencelah ke... Presage ni mmg cantek le...sebenarnya saya pun pakai presage gak year 2004... Mmg ada kesukaran sket bila nk servis dkt specialist Nissan jd skang say a anta kt shell dkt dgn ofis je la.. Jd kalo bro bley syer kt mana anto servis ok gak.. Panggil je saya mad...saya stay area shah alam u9...
BalasPadamwassalam
BalasPadamselamat berkenalan! teruja gak jumpa sedara sespisis nih ... huhuhuh
ko nyer presage 2004 version IMPUL ker?
kalau nak dapatkan khidmat "specialist", aku akan dptkan dari ManTC, member di Cheras. Kalau nak nomor henpon bgtau, aku bole email....
kalau setakat servis2 biasa, aku dapatkan dari Perisai Wira Auto, kat batu cave.
kalau kat area shah alam, aku selalu antar utk "servis" nissan sentra aku.... huhuhuhu
Mekasih bro Salam perkenalan diterima..
BalasPadamYupp mmg x salah lg..aku punyer mmg version IMPUL
Kalo nak bagi nomor hp lg bagus bro..mmg d alu2kan..kalo nak add fb pun boley cari kt email add tu..
Bro..Presage tune IMPUL dgn yang biasa banyak ke perbezaannyer.. Almaklum la x penah jupe sedara Kat mesia ni.. Rasanyer mmg nk kena jupe specialist gak IMPUL aku ni sb nak tengok ada penyakit ke x..hehe
Ni semalam aku g seremban ..adalah follow BMW M5 tu hehehe...last2 lampu airbag dh berkelip2... Adoyyai risau la plak aku..ni dh xtau nak wat camane nih..
Ok bro nanti kalo dh ada nomor hp bley kita cite2 lg sb banyak benda nak tanya n syer ni..
FB aku tak main sangat lerr.....
BalasPadambole aku email nomor henpon aku ke Madgreat69@yahoo.com?
IMPUL nyer version kalu tak silap aku selain bodikit, ECU dier uprated!!
specialist IMPUL... hmmm.... aku pun tak pasti. yg aku tau IMPUL kat Mesia ni sekang dipegang oleh TanChong gak.....
sambung kendian....
Dear all,
BalasPadamAkupun dah masuk spesis presage ni..pagi tadi, lepas reverse car..masuk gear drive..alamak gear x tangkap la..penik gak coz kat blakang kreta2 jiran dah bagi high beam..ni 1st time happened..soo nak minta tlg kengkawan yg sama spesis pressage dapatkan the right workshop. Can call/msg/whatsApp..hp 0124752203
Tq. All