02 Ogos 2011

Masquerade Dinner DMG_1 July 2011

1st time pegi dinner dengan konsep masquerade. Event company family. aku semenarnyer hanya sebagai jemputan sebab aku tak terlibat secara langsung dengan diorang ni. Camna pun dah ditentukan konsep masquerade dengan warna hitam, oren atau gold, jadi mau tak mau terpaksa gak ler shopping sesikit untuk pastikan memenuhi tema malam tu. Sibaik sebagai tetamu, topeng disediakan penganjur. takyah ler sesibuk aku nak gi cari topeng plak.


memang kekok skit datang dinner orang ni. tambahan plak semua orang pakai topeng, lagi ler payah aku nak kenal orang. psal tu aku tak der gambar sangat yang nak dikongsikan. segan nak gi ngamik gambar. 

ok lerr..... ni ada 2 kepin gambar orang kat dinner tu. itu pun adik aku azlin & suaminya ayie. kebetulan dia dok satu meja ngan aku dan dia menang tempat kedua lady of the night. jadi aku amik gak ler gambar dia. Tahniah!!

ayie & azlin

tempat ke-3, 1st & kedua
apa2 pun memang meriah dan unik. hadiah cabutan bertuah pun banyak dan lumayan. penghibur jemputan penyanyi haiza, alaaa.... penyanyi dangdut tu lerr.... pengacara shamsul ghau ghau pun ok, time wat lawak bole layan gak ler..... Cuma aku expect makanan style western da alang2 konsep meskuret (malas tul nak eja bebetul... bebelit tangan aku nak menaipnyer...).

Tahniah DMG dan tahniah j/kuasa penganjur. harap dapat jemputan tahun2 depan.... dan kalu bole bukak ler peluang menang cabutan bertuah utk tetamu gak.... huhuhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...