28 Februari 2011

Maisto Fresh Metal :: Nissan 370Z

Uissshhhh.... lama gak tak update toys nyer entry dalam blog ni. Bukan takder beli toys, tapi yang beli tu yang bebiasa nyer jer, takder special. Kalu masuk pun tak heran sangat. Tapi baru ni, 26 Februari 2011 yang lalu terjumpa 370Z ni kat JJ. Dapat hint dari blog Saruman. Memang puas hati. Die Cast dalam masa yang sama motorised, bole main tarik belakang luncur ke depan. huhuhuh.....

The box.


It's motorized.... pull back action!


Striking red paint!


Nice round ass..... ahaksss


Quite detail interior for such a small car.


Both door are operable.


The same standard rims design as full scale car.


Scale 1:37, Used Under License, Made In China

*picture snapped with chokia henpon

27 Februari 2011

I've Made It!! Thanks Castrol EDGE!!




Alhamdulillah, syukur! Aku berjaya meloloskan diri ke pusingan ke4 iaitu pusingan terakhir Castrol EDGE Experience Nurburgring yang akan berlangsung di Sepang International Circuit 4 Mac 2011 ni.


Hanya 16 dari 30 peserta pada pusingan ke3 telah dipilih untuk mengharungi 3 cabaran permanduan sebelum hanya seorang saja yang akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Hadiah utama adalah tanggungan perbelanjaan ke Nurburgring Jerman dan menghadiri kursus pemanduan sebelum membelasah BMW M3 di litar Nurburgring yang lagenda dan penuh sejarah.

Aku tak lah letakkan harapan yg tinggi untuk ke Jerman psal aku dpt maklumat, ada antara peserta tu memang race driver dan ada yg advance driving instructor. Nak bandingkan ngan aku yg hanya go-to-work driver. Huhuhu. Walaupun camtu, aku akan cuba yg terbaekkk dalam peluang ni dan timba sebanyak pengalaman yg bole di Sepang nanti.


Kalau nak tengok entry review produk Castrol EDGE peserta lain bole ke http://www.facebook.com/castrolmalaysia. Aku tgk orang lain nyer review, kebanyakkan nyer simple ajer. Rasa macam aku lelebih plak. Huhuhu. Ada gak yg gempak. Ada tu ukur kebisingan enjin guna application dlm henpon epal. Tak terpikir plak aku. Untuk melihat senarai penuh peserta yang layak ke pusingan ke 4 ni, bole lah ke http://www.castroledge.com.my/index.php?p=contest_current. Kemudian klik pada tab 'Winners List'.

Doakan yang terbaik untuk aku. Mekasih judge yg pilih aku. Mekasih Castrol EDGE! Mekasih semua!


26 Februari 2011

Nylea Mengorak Langkah


Dalam minggu lepas, Nylea dah brani dan yakin menghayun langkah. Satu persatu jejak diorak dgn penuh hati2 sambil senyuman sering terukir menampakkan barisan 6 batang gigi susunya. Pipi gebunya terangkat naik semasa senyuman dilontar. Gembira betul dengan pencapaian barunya tu. Kedua2 tangan terkapai-kapai paras dadanya sambil jemari halusnya dialun-alun. Mungkin tindakan refleks tangannya untuk berikan keyakinan atau hanya untuk dapatkan kestabilan.


Abis ceruk bucu rumah kecik ni diteroka Nylea. Sambil mulut melontarkan suara merdu lagi manja. Kngkadang bunyi 'aaaa.....aaaa', kalau bernasib baik kedengaran 'abbaaa....abbaaa', jarang2 'babbaaa....babbaaa', beruntung kalau dengar 'mammaa...mammaa'. Tak lupa jgak 'tattak...tattak'. Kalau sesapa lalu sebelahnya, tangan mulus nya dihulurkan seperti meminta untuk dipimpin. Kalau kedua belah tangan didepa, tandanya minta didukung dipeluk dicium manja. Walaupun sudah bole, tapi masih harapkan panduan dan belaian yg berpengalaman, supaya langkahnya teratur lebih yakin dan kemas.


Keyakinan telah ada, tapi kengkadang kalau terlalu tinggi tak terkawal, jatuh terduduk juga. Takpa lah, Nylea bingkas bangkit semula selepas sejenak memikirkn dimana silap salah langkah tadi. Begitulah yg aku baca. Teruskanlah melangkah Nylea, memang adat manusia untuk belajar, amal dan berlatih berterusan untuk menguasai apa2 ilmu di dunia ini. Sekali sekala kesabaran kita diuji. Hari ini ilmu untuk melangkah. Esok lusa pelbagai kemungkinan ilmu lagi yang bole Nylea pelajari. Jangan risau. Ianya takkan habis walaupun sepanjang hidup hayat mu. Rugilah kalau tidak dicari dan pelajarinya, kerana ilmu dan amal mampu menaikkan kemuliaan darjat mu, perbaiki kelemahan diri. Dada jangan didabik, tunduk tak semestinya lemah. Hormati hak orang disekitar mu. Tak perlu menagih imbuhan material, sekadar jujur dan ikhlas, ganjarannya lebih besar walaupun tidak secara jelas.

Trip To Miri & Lawas Part II

Sambungan dari sini.

Flight balik KL dari Miri pagi keesokkannya, 25 Jan 2011. Tapi pagi tu lpas breakfast sempat lagi round carik apa2 yg patut dibeli sebagai buah tangan. Jejauh seberang laut, takkan tangan kosong, kan? Naik teksi ngan Ina & Cekpah minta ntar kat pasar.

Memula tu sampai psar ni, amender? Takkan nak beli sayur2an. Walaupun byk mender pelik2 jumpa kat sini tp tak sesuai utk dibawa balik.


Makau - sejenis pucuk paku.... memula ingat orang situ maki aku.... huhuhuh


Asam payak - kalu kat semenanjung panggil kelubi


Aku tak tau diorang panggil apa. Ikut citer guna untuk gonyoh badan masa mandi untuk buang daki. Ikut citer asalnya buah apa tah, dibiar kering sampai tinggal dier nyer fiber ajer.....


Pastu jalan kaki tuju pasar Tamu Muhibbah. Haaa.... Ni baru betul dan sesuai.

Walaupun macam pasar biasa gak, tapi ada bahagian jual kraftangan..... Tapi tak amik gambar plak yang bahagian kraftangan tu. Rugi.........kan?


Anak ayam..... aku tak pasti plak apa tujuan anak2 ayam ni dijual... untuk diternak hingga besar ker?


Bunga-bungaan yang colorfull


Ketam.... wat masak maggie ketam mesti best nih....!!


Gegemuk serai kat sini... pkai baja apa laaa.....?


Mender yg famous kat Miri, beras padi bukit. Diorang panggil beras bario, sempena nama tempat beras tu di tanam. Biji beras dia halus2 jer. Aku beli ler gak. Harga dlm RM10 utk 1kg++. Tak masak lagi tu, tak tau nak masak camna. Masa beli tu pun tak tanya camna nak masak. Huhuhu. Tapi yang ralat skit, masa beli tu main beli jer tak survey dulu. Ghupanya kat dalam sikit ada gerai yang jual bermacam2 jenis beras tempatan, bukan beras bario ajer. Pastu ada yang bewarna hitam atau kemerahan. Ada gak yang bau wangi..... tak tau ler kalu pakcik tu taruk perfume...... ahaksss...... Tapi psal dah terbeli, tak ler nak beli beras banyak sangat.... lenkali ler....

1 bag ni 3kg lebih.


Biji beras halus2


Jumpa plak kat gerai buah, buah mangga. Alaaa... Buah mangga pun nak heran? Ahakss.... Ni lain baii....buah mangga ni mutasi giant nyer. Besssaarr pnyerrr..... Kalu bole diumpamakan, macam Denise Milani punya. Terkejut aku memula tgk. Aku ingatkn buah lain yg ghupa macam mangga. Bila tanya nyonya tu dia ckap mangga, terus dia timbang. 2kg tuu sebiji. Dia kata dah tanya kena beli. Sekilo RM10, jadi sebiji jadi RM20. Kantoi.....

Bandingkan dengan tangan aku.


Nyonya ni tersenyum jual sebiji dapat RM20


Mendalah apa ni aku pun tak pasti. Yang jual tu cakap gamat. Orang Cina suka makan ni, wat sup katanya. Yang ni yang murahnya......


Yang ni yang mahalnya......Tengok ler saiz dier.......... dengarnyer beratus2 ringgit sekilo.... biar betuuulllll......?


Selain tu, ikan turbo... E eh... Ikan terubok masin, semestinya wajib bila sampai kat Serawak ni. Lagi pun terubok masin ni feberet mak. Beli pun utk wat balik bagi kat mak raya cina nanti. Tips kalu nak beli, beli yg besar terus. Kalu yg kecik, terlebih masin. Sebelum goreng kena rendam air bagi masin nyer ala kadar, baru best. Masa raya cina tu, kebetulan abah pun ada, masa makan tu abah siap tambah 6-7kali penangan terubok masin ni... Huhuhu

Aku pun ada beli senduk yang dibuat dari batang nibong. Yang bestnyer senduk2 ni, jenis dan bentuk setiap satu unik psal hand made.

Agak2 masa suntuk & banyak da beli ngan pantas dan gegas, balik hotel naik teksi. Mahal yerk teksi kat Miri ni? Sampai hotel, sumbat masuk barang2 yg beli dlm beg sampai terbonjol2. Turun check out, terus panggil teksi pergi airport. Sibaik sempat naik flight, ahaksss. Kali ni flight besar, tak ngeri. Huhuhu

*gambar by henpon chokia

23 Februari 2011

Ah Meng's Cefiro A31

Semenarnya ni stock gambar lama....tahun lepas lagi da upload gambar ni, tapi tak terpost. Post gak ler.... saja kasi banyak sikit post.... huhuhu

Ni keta milik AhMeng. Orang lama dalam NISMOCLUB tapi sekang ni jengjarang dia join aktiviti NISMOCLUB. Aku takda background sangat psal keta ni. Yang pasti ni Nissan Cefiro A31, engine tak pasti plak, kemungkinan RB20DET atau RB25DET....errr..... ker RB26DETT.... entah.... ahaksss..... statement yang takder makna. Yang pasti aku minat gak kat custom bodikit keta ni terutama bahagian belakang & extended flare arches.

Depan. Kalu kat bawah tu ada splitter, best gak.


Sisi. Hmmm..... rim standard Skyline R32 16". Kalu kasi tarok rim besar bibir lebar stepped lips polished.... lagi meleleh.....huhuhuh


Bumper belakang yang chun.....

Semenarnya design bumper belakang Ahmeng sebelum ni lain sikit. Gambar bawah yang aku amik lagi lama lagi dari gambar kat atas. Depan tak da beza. Cuma sport rim, side skirt & bumper belakang jer yang beza.

Depan dedulu.



Sisi dedulu.


Belakang dedulu.


Perubahan yang positif untuk bumper belakang. Dah lama gak tak jumpa Ahmeng, Jadi aku tak tau sama ada keta ni masih lagi ghupa macam ni, atau dah berubah ghupa. Kalu berubah sekali pun, aku rasa Ahmeng ada taste yang tak merisaukan bahawa keta ni akan tetap chun. Keep it up Ahmeng!!

22 Februari 2011

Trip To Miri & Lawas Part I

24 Jan 2011 yg lalu aku berpeluang untuk ke Lawas, Sarawak atas urusan kerja. Satu pengalaman yang unik. Aku brani bet potong rambut, mesti ramai yang takder idea kat mana lokasi Lawas ni kan? Aku pun tak tahu hingga aku sampai kat Lawas baru aku tau. Walhal dah involve ngan projek ni berbulan2. Ye ler monitor dr semenanjung jer.... Huhuhu.



Ok, nak citer skit kat mana Lawas nih. Kita start dr Kota Kinabalu Sabah kat utara Borneo, turun selatan melepasi smpadan Sabah ke negeri Sarawak, akan lalu Lawas dulu. Ke selatan Lawas akan lalu sebahagian dari Brunei. Melintasi Brunei akan jumpa plak Limbang. Pastu lintas Brunei balik, akan jumpa Miri. Miri takkan takpernah dengar...? Alaaa... Sesusah jer aku citer, nah tgk map jer ler... Huhuhu


Dari KL, amik flight awal pagi ke Miri. Amik masa 2 jam lebih skit. Lebih kurang sejam lebih lepas landing kat Miri, amik flight ke Lawas plak. Haaa.... Ni ler pengalaman lain nyer.... Aku naik flight MasWing. 1st time utk aku naik flight kecik gini. Ngeri n berdebar woo... Suspensi!

MASWing Tengah Parking kat Airport Miri


Jalan menuju ke kapal terbang..... berdebar masa nih....


Taxi to run away for take off. Kalu naik ATR ni bole tahan jgak.


Baru take off



Flight tu guna kapal terbang twin otter, enjin propelar. Body k/terbang tu lebar 2+1 seater. Ada lorong sempit antara seat 2 dan 1 tu. Seat tu punya ler kecik smpai ada mamat tu badan besar skit, duduk kat seat single tu, sebelah bontot kat seat, sebelah lagi terapung kat laluan. Huhuhu. Nak sandar kepala jangan harap ler. Lupa plak aku nak kira brapa seat semua sekali, tapi rasa nya tak lebih 20seat. Siling dia plak mmg rendah, nak lalu kena jalan terbongkok2. Sibaik flight tak penuh. Kalu dak mesti clusterphobia.


Dari tempat duduk aku

Da laa terbang tinggi gak. Gayat dibuatnya. Pastu yg uniknya lagi, passenger bole tengok dlm cockpit psal dia mmg terbuka. Bole nampak kesibukan (atau buat2 sibuk taktau ler....) pilot dlm cockpit terutama masa nak takeoff & landing. Kapal terbang kecik camni pun byk meter, punat, suis, lever, tombol dan memacam lagi ler. Kalu k/terbang besar tak tau ler aku. Semua tempat dipicit, sentuh, pulas dek pilot.




Pilot memang open gini jerr.....


Banyak nyer meter.....




View2 dari atas....

Perjalanan amik masa 45 minit melalui lanskap pendalaman Sarawak. Kebanyakkannya hutan belantara dan banyak juga sungai yang panjang dan berliku2. Selain tu kediaman penduduk setempat yang jarang2.





Bandar Lawas. Hampir mendarat.

Airport kat Lawas memang chomel. Dua tiga langkah dah sampai ke terminal. Pekerja yang angkat luggage, kaunter dll kat airport tu sempoi jer. Pkai t-shirt, suar pendek & ada yg pkai selipar saja.

Pekerja yang selamba kampung .... ahakss.....


Airport Lawas dari arrival


Dalam Airport Lawas.


Mesin timbang olskool.....


errr..... menarreeekkkk........ rakyat tempatan..... ahaksss....


Perjalanan pergi, ok ler, lancar psal cuaca baik. 

Tapi perjalanan balik..... Ya Allah.... Mimpi ngeri! Hujan, lebat plak atas tu. Masuk dlm awan, tak nampak apa dah kat luar. K/terbang plak terhoyong hayang, ke atas ke bawah. Belt & butang sluar aku dah bukak dah bagi perut lega skit. Kalu dak mau terburai isi perut aku dlm kpal terbang tu... Sick bag pun da stand by. Malu beb kalu termuntah! Pilot pun masa tu sibuk abisss.... Bersilang2 tangan 2 orang pilot tu nak tekan punat. Jangan tekan punat eject sudaaa.....


Sebelum berlepas balik.... hujan renyai.....


Pilot balik.....



Sampai kat Miri, dengan keadaan mabuk pergi check in hotel. Malam tu hujan. Nak carik makan pun agak susah psal nak elak ujan. Terround hotel tu, baru perasan, bnyak tul pusat urut 'kaki'. Sibaik 'kaki' aku tak sakit, perut aku jer mual psal mabuk, kalu dak nak gak gi urut.... Huhuhu. Last2 makan kat kdai mkn depan hotel jer.

Makanan famous kat sana Nasi Lelapan. Tak plak aku amik gambar nasi lelapan tu. Lebih kurang adik beradik ngan nasi ayam penyek ler, cuma lelapan ni lauk dia tak semestinya ayam, dan tak plak dipenyek. Yg lain semua lebih kurang jer. Ada ulam2, ada sambal, ada tauhu & tempe goreng.



Sambung lain kali.... dah panjang giler nih......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...