13 Disember 2011

Hotel Sri Malaysia Lawas Sarawak_Part 2

Sambungan dari sini.

OK... kita masuk ke Bilik plak... sebelum tu kena check in dulu......

Check in.... ngan Bella.... awek iban... ahaksss.....



Kemudahan di mini bar serba lengkap dan memadai....

Biasa jer... cuma baru... dan bed runner special skit.....







Oh yaaa..... feature wall kat bedhead tu kira membantula sikit menceriakan sikit bilik....

Toilet menarik gak, walaupun kecik.... dinding vanity wall finishes ngan mosaic. Selain tu lampu dalam ni pun conceal di belakang siling.



inilah detail bedrunner.... ada corak seni tempatan.... errr.... pua kumbu? aku pun tak pasti.... huhuhu
posted from Bloggeroid

12 Disember 2011

Hotel Sri Malaysia Lawas Sarawak_Part 1


Hotel Sri Malaysia, sapa tak tau? rangkaian hotel baget sederhana byk cawangan seluruh Mesia. Tapi… apahal plak ada kat Lawas? Aku pun konpius. Nak kata bandar pelancongan pun tak jgak.

Lepas beborak ngan org2 Sarawak, aku dapat tau yang Lawas ni terletak antara perjalanan antara Kota Kinabalu ke Miri atau Kuching. Jadi aku rasa laa besar kemungkinan Lawas ni selalu dijadikan persinggahan tempat bermalam atau rehat bagi diorang yang travel guna jalan darat bagi destinasi antara Sabah & Sarawak.

Tambah plak kat Lawas tak byk hotel, jadi kemungkinan Hotel Malaysia nampak potensi dan hotel ni pun dibuka tahun ni gak. Dah hotel baru, Mestilah kelengkapan dan ID serta idea baru.

Bila aku smpai kat hotel ni, 1st impression aku, boleh tahan gak grand hotel ni nak dibandingkan lokasinya kat Lawas tu. Yang menarik lagi dan aku suka, hiasan dalaman dia menggarapkan elemen2 indegenous atau tempatan dari segi corak atau pattern atau pada hiasan2/dekorasi. Seperti yg sedia maklum, Sarawak kan banyak suku kaum… jadi pastinya kaya dengan seni budaya dan hasil kerja kraftangan. Kira penggunaan kesenian tempatan dalam rekacorak hiasan dalaman hotel ni, sangat sesuai dan menarik.



Hotel dari luar
Lobi utama berlatarkan kaunter utama
Apa ni? Dayung ker? errr... ngan bakul.... rasanya hasil kraftangan penduduk tempatan
Pintu masuk utama
Kaunter
Lobi utama dihiasi dengan art work painting & kraftangan tempatan
Repeatetion corak tempatan pada capital base di lobi. Best gak kalu dapat tau corak dari suku kaum apa, ye tak?
Restoren... ada tudung2 saji kat dinding sebagai hiasan.
Selain tu, perancangan perletakkan hotel pun aku suka. kedudukan lobi dan lobi2 lif di bahagian atasnya bebetul mengadap sungai. Permandangan chantek!... selain sungai ngan lengkok2 menarik, nampak perkampungan, nampak saujana mata memandang, nampak gunung ganang....elemen2 alam yang mendamaikan dan memang indah.... terutama masa sunrise.

Dari lobi lif
Permandangan sungai depan hotel diawal pagi
sebelah sana plak....

.... errr.... rasa ada sambungan nii....
posted from Bloggeroid

07 Disember 2011

Lidah Lembu Masak Kicap…nyum nyum


Ha Haaaaaa....... ni nak perkenalkan makanan feberet aku.... Lidah Lembu!! huhuhu.... eksotik tak?..... bagi aku biasa jer... tapi bila aku ceghita kat orang, ramai yang wat mengerut macam jijik ler sangat. Walhal diorang tak tau lidah lembu ni bahagian lembu yang paling best kalu kena ngan gaya masak. Menaip ni pun da wat aku terliur... nyum nyum... slurrrpppp.... ahaksss

Lidah lembu ni pun kalu nak bermewah makan pun ada musim gak.... musim lepas raya korban ler. Psal masa raya korban ni senang nak dapat bekalan lidah. Aku dah ada pembekal setia member aku, Kori. Dah rasanya setiap tahun sejak 5-6 tahun ni aku dapat bekalan lidah dari Kori setiap kali lepas raya korban. Ceghitanyer, bapak dier tokan lembu femes kat kampung dier. Jadi setiap kali korban ada ler 3-4 ekor. Tu yang selamba bole dapat supply. Apa2 pun mekasih bebanyak kat Kori. Harap masih kekal dapat supply lidah untuk aku. huhuhuhu....

Ok. Ni nak ceghita sikit cara masak yang dibuat oleh bini kesayangan ku Dora. Sesambil dibantu oleh pembantu import dari Indonesia, Mawar. Tatau ler cara yang terbaik ke tak... belasah ajer. huhuhu.

Lepas dibasuh bersih sambil selawat, lidah tu seketul direbus sampai kulit luar dia lekang dari isi, senang nak siat buang kulit tinggal isi dia ajer. Kalu perlu rebus lagi sampai isi dia empuk. Lepas dah empuk, barulah dihiris. Selalunya bahagian hiris ni aku yang buat. Aku hiris tak nipis sangat, psal kalu nipis sangat tada feel nanti nak makan. Kalu tebal sangat takut liat plak.

Lepas rebus, ditoskan. Air rebusan jangan dibuang.....

Goreng lidah yang dah dihiris

Angkat  & tos 

bahan2 lain... bawang putih, halia, cili merah hidup & capsicum

bawang besar, kacang boncis & lobak merah

goreng halia ngan bawang putih sampai naik bau

campur cili boh

goreng sampai cili boh masak

masukkan lidah tadi

kacau hingga sebati

Masukkan lada merah & capsicum. Pastu cili sos, tomato sos & kicap manis

pastu bawang & kacang boncis. Tambah garam N gula sebagai seasoning.  Air rebusan tadi pun dicampur sekali.

kacau2....sampai agak2 tak berapa nak kering..... tadaaa...... suda siap!! nyum nyum......Bole laaa dihidangkan.....


posted from Bloggeroid

06 Disember 2011

Van Milo

Balik dari futsal tadi, surprise ada bungkusan. Wah… da dapat lagi lerr… hehehe

penantian yg sekian lama… Tapi itu pun tak abis lagi diorang antar. Ada lagi 6 biji lagi kot dok tunggu. Termasuklah yang mak punya tolong redeemkan.









Thank you Milo.

posted from Bloggeroid

02 Disember 2011

Hotel Premiere Bandar Bukit Tinggi Kelang

Sehari sblm ke Lawas, aku diarahkan utk pegi bengkel kat Kelang. Nak ikutkan bengkel tu 2 hari 1 malam. Penginapan disediakan. Tapi psal aku hanya bole join sehari ajer, psal esok tu kena gi Lawas, jadi aku da bgtau takyah sedia bilik utk aku. Tapi ntah camna organiser bagi gak bilik kat aku. Aku pun dah alang2 tu masuk gaklah… solat zohor masa lunch break.

Bole kata Ok laaa… hotel baru dlm 2 tahun gitu… simple, takda apa yg terlalu menonjol, cuma ada gak beberapa feature dlm bilik yg good idea. Antaranya conceal plug n switches & pillarless study table. Dlm toilet, dinding tepi washbasin recess in, jadi tmpt letak toilettries. Kemudahan dalam bilik pun banyak dan lengkap.
























Lobi lif floor bilik




View dari lif lobi

Bilik tu aku pas kat orang len dlm bengkel tu, katanya bawak family. Ok aaa… berguna ler jgak.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...