26 April 2010

Teluk Chempedak... Lawa Gak.....

17 April 2010 yang lepas aku berpeluang ikut Day Trip N16.com.my ke Kuantan. Walaupun Dora orang Kuantan dan aku sendiri dah banyak kali lalu kat Teluk Chempedak, tapi tak pernah ambik peluang untuk menikmati keindahan sebenar Teluk Chempedak. Ghupanya cantik gak permandangan kat situ. Memang bebetul neglected oleh aku. Jalan kaki sikit melalui jambatan kayu menuju ke pantai berteluk di bahagian belakang tu mmg pengalaman yang aku sendiri tak sangka. Air hijau2 biru, langit biru ngan kepul2 awan, batu batan tersusun, pokok menghijau..... tak dilupakan ada gak awek yang tak tau malu pakai bikini (ahaksss..... seriuss......tapi tak leh ler post gambar awek bikini dalam ni....... huhuhuh)

Tengok ler gambar yang sempat aku amik. Memang kureng ler hasil gambar2 ni psal amik pakai kamera biasa bukan DSLR. Kalu korang datang shoot pkai DSLR mungkin lagi menyerlah hasilnya. Mahu plak datang lepas semayang subuh tunggu sunrise.... perrghghhh lagi mengancam kalbu rasanya......











Bekas Opis Aku....

Dah sebulan lebih aku tinggalkan opis lama aku setelah berkhidmat lebih kurang 3 tahun. Aku pun rasanya dah boleh biasakan diri dengan opis baru. Walaupun tension skit kat opis lama tu, tapi aku taknafikan banyak betul aku belajar. Pelajaran secara sengaja atau tak sengaja. sedikit sebanyak mencorak kehidupan akan datang aku. mekasih opismate-opismate lama aku.

Macam2 karakter yang ada. Kepayahan di opis tu sedikit sebanyak telah merapatkan lagi hubungan antara satu dengan yang lain. Aku sendiri pun banyak kali jadi bahan kecaman dan pengutukkan. Tapi aku redha jer lerr..... takder pekdah nak menongkah arus. Wat pening paler lagi ada.... baik aku wat bodo jer & settlekan keje aku (walaupun mmg takleh settle... huhuh....)

Mungkin keadaan menyebelahi aku, akhirnya aku "terpaksa" dipindahkan. Lepas aku keluar pun masih dengar lagi aku jadi bahan. Lantak ko laaa.... janji aku selamat.... ahaksss.....

Banyak kenangan kat opis lama nih..... Antara yang paling menarik adalah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan Bahagian pada 16 Januari 2010 yang lalu. Yang menariknya, 1st time aku menang banyak hadiah. Tak pernah2 menang hadiah banyak cam malam tu. Paling gempar plak tu aku dapat title King of The Nite. Samada aku mmg layak atau memember opis lain mmg tak amik pot mende ni dan datang pakai baju ala kadar jerr...... ahaksss...

Apa2 pun korang mmg rockss...!!!! mekasih atas segala kenangan.......

tema malam tu "hitam, merah & putih"

Dapat "takhta"

24 Mac 2010

current look of my N16




Gambar-gambar diambil pada 13 Mac 2010 yang lalu di Shah Alam.

21 Mac 2010

Nylea, New Hair Style

ahaksss.... dah lama tak update blog nih..... banyak gak yang berlaku ...... mungkin tu salah satu sebab tak sempat nak update blog. Ni salah satu event..... pencukuran rambut Nylea. Ambik yang wajib jer. Walaupun agak terlewat, tapi lebih baik dari tak buat langsung. Tarikh 13 Mac 2010.

Sebelum rambut dicukur


Lepas rambut dipotong. Kepala terasa sejuk kot.


Imej terbaru Nylea, tetap Cute!!

Timbang rambut tadi dinilaikan dengan nilai emas jatuh RM125.

20 Februari 2010

Makan Malam kat Intai-Intai

Pada 10 Februari 2010 yang lalu, set sesama adik beradik untuk makan malam bersama sempena lawatan Mak ke KL. Lokasi dicadangkan oleh Kak Nor. Tempat memang tersorok sikit, sampai Wan tersesat gak.... Tapi tempat best, psal tak sangka kat belakang deret kilang tu ada tasik, yang menaikkan lagi suasana romen-tik.

Makanan masakan ala-thai.... banyak gak Kak Nor order.... ada yang best ada yang kureng. Tapi secara overall OK lerr..... yang unik minuman kat situ, Wina & Nabil minum Banillo, campuran pisang dan milo. Tu contoh jerr.. banyak lagi minuman yang pelik-pelik. Aku pun tak ingat.

Timakasih kat Kak Nora yang difahamkan belanja malam tu. InsyaAllah makin murah rezeki Kak Nora.

Masa bergambar nak balik. Tapi mak dan abah tak mau plak bergambar masa ni. Mungkin dah letih sangat dan nak balik sesangat.

16 Februari 2010

RECARO Signo untuk Nylea

Baik betul Uncle Ijat Nylea nih, nak sponsor car seat untuk Nylea. Tak buang masa, terus pegi window shopping kat SOGO 7 February 2010. Kebetulan tengah sale. Banyak betul pilihan. MaxiCosi, Graco & Combi antara brand yang dibelek. Last2 pilih RECARO Signo.

Kenapa RECARO Signo?
1. Range berat baby/child yang boleh guna, dari baby sampai umur 8 tahun;
2. Fabric microfibre dier lembut dan selesa;
3. Head rest dia adjustable pkai knob;
4. Warna;
5. Brand(?);
6. Design;
Dan lain-lain.... huhuhuh

Tapi kat SOGO masa tu ada stok warna kelabu (Cobalt) sahaja .... Antara warna yang jadi pilihan pink (Blush) dan hitam (Midnight Dessert)... tapi kalu pink, nanti nak wariskan kena kat baby girl ajer. Pastu rasa elok amik warna hitam. Tambahan pula bole matchingkan warna tu ngan interior Presage. Jadi terpaksa tunggu stok.

11 Februari 2010, pegi lagi sekali ke SOGO lepas tahu ada stok warna hitam. Lepas bayar semua, angkut nak wat masuk dalam Sentra (Kebetulan masa tu bawak Sentra).... huhuhuh tahu tak? Tak muat kotak seat tu nak masuk Sentra. Jadi buat appointment lain utk amik seat tu keesokannya....... terpaksa bawak Presage gak.......

Dalam Kotak kat SOGO

Sampai umah, Nylea terus cuba.... nampak selesa!!

Perjalanan pertama Nylea atas RECARO Signo dari KL ke Kuantan 14 Februari 2010. Lena tidur.....

Di Kuantan 15 Februari 2010

Tima kasih bebanyak Uncle Ijat. Jasa mu InsyaAllah Nylea akan kenang..... huhuhuhuh

13 Februari 2010

Rim 18" utk Presage dah sampai!!

Setelah lebih 50 hari, akhirnya rim yang aku auction melalui easybid dah sampai. Cerita asal kat sini http://naza-atai.blogspot.com/2010/01/sport-rim-untuk-presage-aku.html. Semalam aku pegi amik pkul 11.30pg .... dengan cara mengular ke kepong. huhuhuhu

Sumbat rim dalam Presage

Rim ni datang ngan good condition tyres. Tayar depan 205/40/18 brand Nankang keluaran tahun 2008. Tayar belakang plak 225/40/18 brand Hankook Ventus keluaran tahun 2009. dari segi saiznya tak sesuai untuk MPV psal terlalu low profile. Nampak gaya kena carik tayar lain. Cadangnya nak letak 225/50/18 kat depan & 235/50/18 kat belakang. Entah ler, ada budget entah idak nak cari tayar2 tu.

Rim dah dihantar dengan chargass nyer ke kedai kat segambut utk kerja2 repair & polish bibir dier psal banyak gak calar. 1 minggu lepas raya cina bole siap. Tapi utk kerja polish bibir ni, terpaksa korbankan sticker cute "Victrix Graicy" yang tertampal kat setiap bibir rims tu. Kalu ada peluang, mungkin bole replicate sticker tu.

Acu rim 18" kat Presage

Nampak gaya mungkin bulan Mac baru bole masuk rim ni kat Presage. Itu pun bergantung kepada budget yang ada untuk beli tayar.

Nenek & Mak

Peluang untuk jumpa mak dengan nenek semakin lama semakin nipis. Mak ok ler jgak psal ada juga datang lawat KL. Nenek rasa macam dah lama tak jumpa. Last sekali rasa nya Raya baru ni. Setakat ni Alhamdulillah, tak dengar plak sebarang masalah kesihatan kat Nenek. Harap Nenek kekal segar......

Wina & Nabil dengan Tok Nenek (Nenek) raya 2009

Mak baru jer balik ke Kelantan pagi tadi. Sepanjang kedatangan dia ke KL baru ni, nampak OK sikit. Walaupun luka hatinya aku tahu masih tak sembuh tapi rasanya dia boleh menerima keadaan, cuma perlukan masa dan sokongan anak2. Aku hanya boleh berdoa agar dia tabah menghadapi hari-hari mendatang dan hatinya terbuka untuk menerima kenyataan.

Nabil & Wina dengan Mak Tok (Mak) raya 2009

Gambar bawah ni diambik masa kitorang tengah punggah barang masuk kereta, bersedia untuk balik ke KL lpas abis raya. Senyuman Nenek cute jer.... tapi tak tau apa sebenarnya dalam hati dia. Mak plak nampak kekosongan lpas semua anak dah tinggalkan rumah Kubang Kerian tu. Mungkin dia tertanya, bila la plak rumah ni nak kembali riuh hiruk pikuk cucu2?

Mak & Nenek raya 2009


Maaf berbanyak Mak & Nenek, raya cina ni rasa macam tak sempat nak balik ke kelantan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.....

12 Februari 2010

Perodua Kelisa SE

Tak sempat lagi cerita pasal Kelisa ni dalam blog. Beli kat kedai 2nd hand Jalan Pahang. Sekang kdai tu pun dah takda, jadi showroom Iktikadraya. Lebih kurang 2 tahun lepas untuk mudahkan Dora hantar & amik bebudak dari aktiviti2 kelas hujung minggu. Sambil tu untuk back up memandangkan Sentra N16 tu selalu sangat keluar masuk workshop. Memang sangat berjasa. Dah ler minyak jimat.

Hari terakhir bersama

Lepas beli Presage, terpaksa lepaskan Kelisa ni psal nak gunakan installment kelisa ni utk top up installment Presage tu. Let go kat sepupu Dora yang baru abis belajar. Moga Kelisa ni bahagia dengan tuan baru. Mekasih atas jasa mu.

Standard jerrr.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...