21 Ogos 2010

My Super Cars.... HW of coz!

Lamborghini Reventon Roadster


Lamborghini Gallardo Superleggera


Ferrari 458 Italia

More & More Nissan

HW Nissan yang aku beli semalam kat Jalan TAR. Dua GTR R35 & satu 370Z.

Show me your sexy arse!! Awesome.... I like it especially the wide & curvy arse of the Fairlady. huhuhu


The 11th/12th R35 to the collection. Loose Speed Machine GTR Spec V.


The 11th/12th R35 to the collection. 2010 line up that still not in the "conventional" market yet. Manufacture code C31.


The sexy and fair lady, 370Z. New variant colour. Also not in conventional market yet. Manufacture code C32.


Parked with the other Nissan.

20 Ogos 2010

Super Cars, I Just Bought......

Balik semayang jumaat tadi, dapat info dari Dora ada booth jual HW kat Jalan TAR. So aku pegi check it out.

Kebanyakkannyer loose. Yang carded memahal punyer and special.... bukan local market nyer lerr.... Aku tanya, brader tu kata dia biasa jual kat Amcorp Mall. No wonder.

Walaupun loose, tapi memacam ada. Biasa nyer ada, SM ada, TH ada, Super TH ada, Larry's pun ada. Tapi yang tak tahan model 2010 yg tak start jual lagi kat kedai pun dah ada.

Cam biasa aku target Nissan. Carik nyer carik, yang loose tu aku jumpa 370Z variant biru. Pastu jumpa R35 hitam. Pastu jumpa R35 V-Spec SM. Aku pun bayar ler utk 3 nih. Pastu brader tu bukak cerita psal Gallardo Superlegera, Ferrari 458 Italia & Renventon Roadster. Dia kata tak da dlm market lagi. Bila keluar nanti mesti jadi rebutan. Aku pun memang geram dari tadi tapi hajatnya nak control budget. Last2 aku pun terbeli gak ler 3 unit tu. huhuhuhuhu......

The Front

The Rear

Up, close and personal pics of each beauty will be uploaded soon..... stay tune!

19 Ogos 2010

'Surprise' Birthday Celebration for Mimi

Gambar 19 Julai 2010 lalu, masa birthday Dora. Bila dah tetua ni macam tak excited sangat nak celebrate birthday. Yang excited nyer bebudak. Jadi, pada hari tu, setkan dengan Dora untuk celebrate birthday secara "surprise". Kononnya pakat dengan Wina & Nabil untuk buat surprise untuk Dora/Mimi. Tapi semenarnya Mimi tahu, cuma buat2 tak tahu.

Kebetulan malam tu. Nabil ada kelas tuition. Jadi lpas hantar Nabil, aku ngan Wina pegi beli kek & hadiah2 untuk Mimi. Payah gak nak cari hadiah memalam gini, kedai da tutup. Tapi akhirnya dapat ler gak hadiah yang sesuai tapi tetap murah...... huhuhuhuu. The tought that counts........

Lepas amik Nabil, balik umah, masa ni ler Dora bebuat tak tahu. Yang bebudak ni bersemangat giler nak pastikan Mimi tak dapat tahu kek & hadiah dibawak selinap masuk umah. Kelakar pun ada tengok gelagat diorang. Buat2 natural, tapi nampak belakon. Aku pun tumpang sekaki belakon kononnya tengah nak wat surprise. Simpan kek dalam bilik tengah. Pastu tutup pintu. Dalam bilik cakap bisik2 sambil tulis ucapan kat hadiah. Yang Mimi kat luar konon buat tak tahu sambil layan Baby Nia. Sesambil tu sibuk dok intai2 dari dalam bilik nak tengok, Mimi wat apa. Mimi dah "tahu" ke belum?......Bila diorang ready, Nyalakan lilin pastu keluar ...." surrppriisseeeee.........!!" huhuhuhuh. Mimi pun bebuat ler terkejut. ahaksss...... Seghonok betul bebudak tu berjaya buat surprise birthday untuk Mimi.

Nampak macam Baby Nia plak yg surprise...... huhuhu


Kek & Hadiah2.... huhuhuhu


Nyum... nyum.....

15 Ogos 2010

My 3rd & 4th Treasure Hunt

Tak excited sangat psal TH ke-3 & ke-4 ni. Psal beli dari Sharum, bukan jumpa sendiri kat rack. Takper ler, janji dapat tambah collection TH.

Chevy Camaro Concept


Ratbomb

More Nissan To The Collection

Nissan Skyline V35 from Takara Tomy. Come together with cute policeman.


The GTRs! R34 & R35 from HotWheels. Thanks to Sharum for selling these to me.
Nissan Skyline GTR R34. Cant wait for the variant colour.

Nissan GTR R35. The 10th GTR R35 to my collection.


The Top Secret's tune Nissan Fairlady 350Z from HotWheels. Credit to Sharum again.


The twin Nissan Fairlady 350Z from Fast Lane.


The Datsun Truck 620 from Maisto Custom Shop Fifty 5's. Classic truck with a little trick out mods. Love the paint scheme & wide rear wheels.


12 Ogos 2010

Apa Nak Makan Untuk Berbuka ....?

Disclaimer: Awas. Tengok gambar kat bawah di siang hari bulan posa ni mampu menggugat iman. Tanggung sendirik!! huhuhuhu

Sempena bulan posa ni terkenang plak makanan-makanan yang jadi feberet aku. Kalau ler bole bukak posa ngan makanan2 ni.... pheehhhh....... mesti best. Kechur dah air liur aku nih..... Ops!.... dah nak dekat berbuka dah ni......


Nasi Kandar lauk ayam kapitan & sotong kat Restoren Kapitan Lebuh Chulia, Penang. Mekasih Mizar rekomen tempat ni. Kalu ada rezeki nak rasa plak Nasi Kandar Beratur!!


Nasi Kandar kepala sotong, telur dadar & ayam kat Shariff Nasi Kandar Gelugor Penang
Mekasih kat Chekli bagi gambar ni dapat melepas rindu.... huhuhuh


Lamb Khabsa served with rice dari Saba Restaurant. Kat Cyberjaya & Jelatek, KL.

10 Ogos 2010

Salam Ramadan

Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al Baqarah: 183)

Salam Ramadan kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Selain menahan lapar dan dahaga, kenalah jugak tahan dari perkara-perkara yang tak baik. Ya Allah! berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dan rasa syukur. InsyaAllah kita akan berada dalam golongan yang mendapat keberkatan dan kemuliaan Ramadan.

01 Ogos 2010

Finally... The Presage Is Done.

Baru jer balik dari amik Presage. Akhirnya siap gak. 5 minggu, lama btul untuk hanya kerja mengecat untuk luar body saja. Takpa ler, janji semuanya dah selamat. Walaupun camtu aku ni cerewet & detail skit. Jadi banyak gak defect kecik yang aku jumpa. Harap pasni bole antar balik & rectify defect2 tu.

Pasni rileks ler skit aku, Dora dah bole antar amik bebudak nak pegi memana. Pastu bole ler aku antar Sentra aku untuk servis apa2 yang patut.



Takda beza sangat pun, cuma bumbung jer tukar warna. Yang lain pkai warna asal balik. Itu pun workshop tu kata diorang tambah lebih gold dust utk bagi effect lebih skit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...