04 Januari 2011

Nombor......

hmmm.... camna nak start nih.....

Aku kalu tang nombor agak fail terutama kalu nak ingat satu siri nombor macam nomor tepon, tarikh birthday, nomor akaun etc. Entah camna otak aku takleh nak ingat, da ler otak tak brapa nak cekap, nomor pun payah nak ingat. Takper ler, janji aku masih waras. huhuhu

Tapi semenarnya aku minat ngan nombor. Terutama kalau ianya wujud secara susunan teratur atau pada perkadaran yang berpolar (betul ke istilah aku pkai nih?... hantam saja laaa .....). Ditambah plak bila nombor tu wujud secara natural seperti tarikh, waktu, nombor siri etc.

Kalu tang tarikh tu, kalau nomor tarikh tu cantek, ramai yang berusaha untuk abadikan sebagai tarikh2 bersejarah tertentu. Macam tarikh kawin ker atau tarikh bertunang ker. Mungkin utk mudahkan ingat peristiwa tu. Tapi lagi thrill & best kalu tarikh tu dapat diluar kawalan kita contohnya tarikh kelahiran.

Sempena tahun baru bebaru ni, dengan tahun 2011, dah pasti tarikh macam 11 November 2011 atau 20 November 2011 akan jadi pilihan ramai. Kalu macam aku, dah takder peristiwa besar bole aku rancang sangat, jadi abis2 kuat pun snap gambar apa2 yang patut yang berkaitan ngan tarikh2 tu pun dah ckup kot utk aku. Jadi pada 1 Januari 2011 yang lepas aku tunggu ke detik masa jam 1.11am utk screenshot henpon chokia aku. Kalu jam kat henpon tu ada siap saat, nak jer aku screenshot time 1.11.11.... ahaksss......


Tapi yang frust skit, aku bole lupa nak screenshot pkul 11.11pagi..... kan dah melepasss......

Satu lagi, aku suka tengok nombor siri pada belakang duit kertas yang aku dapat atau nak gunakan. Kalu nomor tu menarik aku akan sedaya upaya untuk simpan. Kalu terdesak, aku pkai ler jgak, pilih koleksi nomor yang paling tak menarik. Banyak gak dah "terkorban"... huhuhu

Koleksi duit kertas RM50 aku dengan nomor siri menarik


Yang paling feberet KP1199999 lerr.......

Tapi dah lama gak aku tak dapat/jumpa note RM50 dengan nomor menarik..... takperler, sekurang2nya duit tu aku bole pkai terus, tak yah ler aku simpan macam koleksi kat atas ni.... kalu belanjakan wat modified keta pun best gak nih.... huhuhuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...