31 Januari 2011

My N16 _ Pre Castrol EDGE


Ingat tak beberapa waktu yg lalu, enjin keta aku terpaksa full overhaul? Gegara terlalu ikut nafsu dan tak tahan godaan. Itu faktor utama ler. Tapi faktor lain, mungkin kurangnya ketahanan minyak enjin yang aku guna masa kejadian tu dengan asakkan/torture enjin masa tu. Jadi memang sekang aku tengah nak tetengokkan minyak enjin apa yang sesuai dengan enjin keta aku.

Sekadar hiasan.....

Walaupun keta aku dah siap overhaul agak lama, tapi keta aku masih menjalani peringkat berpantang. Pomen sarankan run in antara 1500 hingga 2000 km. Sekang ni baru 900++km (semalam jalan jauh, dah cecah 1000++km.... lagi 500km jerr). Yeler, keta ni aku wat pegi balik kerje jer. Jarang jalan jauh. Tu yang payah sikit nak abis tempoh berpantang.

Apa yg dipantangkan tu? Adakah pantang dipetik? Huhuhu..... Selama proses run in ni, enjin keta tu tak bole dipaksa bekerja keras. Tujuan nya nak kasi permukaan komponen dalaman enjin bole bergesel dan 'serasi' antara satu ngan lain. Dgn cara tu, prestasi optimum enjin boleh dikecapi dalam jangka masa yang panjang.

Lepas siap overhaul aritu, pomen hanya tune enjin sekadar ckup untuk proses run in ni. Air-Fuel Ratio (AFR) di tala sekali harung untuk seluruh map. Jadi sepanjang tempoh berpantang, enjin tak perfect dari segi kestabilan dan fuel efficiency. Memang pun..... semalam lepas abis satu tank petrol (dalam +-40 liter), jarak perjalanan yang dapat cover 308km sahaja. Bermakna fuel efficiency dalam anggaran 7.7km/liter. Memang tengah lahap petrol. Kalau sebelum overhaul dulu average distance covered per tank dalam 320km - 350km dan fuel efficiency dalam 8+km/liter. Pun lahap petrol gak.... huhuhuhu, tapi tak seteruk tengah pantang ni ler.

Faktor2 lain pun kena tengok gak, cuma dalam perbandingan ni terpaksa diabaikan. Contohnya jenis jalan yang dilalui, hiway atau city driving, jalan kesat atau licin, preassure tyre, beban yang dibawa dan yang paling penting cara memandu. Kalu selalu tarik pick up, high revving & late braking, memang menyumbang kepada penggunaan petrol yang tinggi sikit.

Sekadar hiasan.....

Selepas tempoh berpantang selesai, aku kena hantar balik kat pomen untuk buat fine tuning plak. Kali ni pomen akan tala AFR untuk setiap 500rpm kepada tahap yang paling optimum dan selamat untuk enjin. Kalu terlebih petrol, fuel efficiency akan terjejas, kalu terkurang petrol, membahayakan enjin ketika diasak. Alang2 hantar tuning, aku bercadang nak pasang balik ECU SR16VE yang membenarkan rev enjin sampai ke 8200RPM. Sekang ni pkai ECU SR20DET, revcut setakat 7000RPM saja. Nak pkai stand alone terpaksa ditangguhkan, psal dah berabis masa overhaul aritu.... takder rezeki lagi nampaknya. Harap2 lepas proses fine tuning ni, fuel efficiency dapat dipertingkatkan.

Selain dari tu, enjin aku sekang bila on enjin, bunyi agak kasar. Antara maklumat yang aku dapat, tu adalah bunyi shim yang mungkin gapnya agak jauh dari rocker arm. Tapi mender tak confirm, kena bukak head & check. Selain bunyi kasar, enjin juga vibrate. Aku berharap Castrol EDGE bole buat sesuatu bagi mengurangkan tahap bunyi kasar & vibrate pada enjin aku. Tapi camna nak tahu ada perbezaan?......

Untuk bandingkan tahap getaran enjin, aku gunakan air dalam glass goblet...... Shoot video dan akan bezakan antara sebelum dan selepas Castrol EDGE.

Bila dapat tahu psal peraduan Castrol EDGE Experience Nurburgring, aku berpeluang kenal psal specs minyak enjin dan ketahanannya. Bagus jgak ler, dikala aku tengah meraba2 mencari minyak enjin yg sesuai dgn enjin keta aku yg da rojak basi ni. Aku pun da lupa apa ramuan rojak dalam bonet tu. Rezeki aku memang baik bila layak ke pusingan ke-3 CEEN, aku berpeluang mencuba sendiri Castrol EDGE pada kereta aku dan aku bole tentukan sama ada ianya serasi atau tidak. Tujuan dan harapan utama aku mencari minyak enjin yang sesuai dengan enjin kereta aku, dapat memberikan enjin aku kestabilan, kelicinan dan mengoptimumkan penggunaan petrol. Bonus lagi aku bole buat review dan ada peluang untuk menang hadiah2 lumayan.


Video aku crusing dari toll Jalan Kuching DUKE ke toll Jalan Duta NKVE. Aku tak lenjan yang utamanya pasal menyalahi undang2 jalan raya ;p~~. Yang keduanya psal enjin tengah run in..... aku tak rev lebih 4K RPM. Video untuk tengok perbandingan selepas gunakan Castrol EDGE nanti. Memang video bosan pun.... mungkin suara awek tol memula tu jer yang best skit..... huhuhu

Aku cuba upload video lagi satu.....

30 Januari 2011

Mari Menggoreng Nasi!!

Apa khabar puan-puan....Selamat datang ke rancangaaaaan Mari Memasak Cincai Buncai khas bersama Chef Tai.... ya puan2.....Walaupun nama Chef Tai, tapi saya orang Mesia.... bukan orang Thai... Khap Kum Khap!! Put Thai Medaii....... huhuhuhuh

Kengkadang kalu beboring makan nasi lauk (selalunya bila lauk recycle... huhuhu), aku gorengkan ajer nasi sendiri. Goreng bebodo ikut mood & bahan yang tersedia ada kat dapur tu. Kengkadang ada ikan bilis, taruk ikan bilis..... kalu ada ikan masin, taruk ikan masin..... dan pelbagai lagi lerr... Jadi setiap kali aku goreng, akan terhasil nasi goreng yang berbeza dari segi ghupa, rasa, tema, warna, kepedasan dan sebagainya yer puan2.... e eh..... tak balik lagi chef tai nih!!

Tapi camna pun hasilnya nasi goreng tu, tak pernah ada lagi yang komplen!!!.... caya tak? ye lerr.... yang makan nyer pun aku sorang jerrr...... ahaksss......

Entah camna kali ni sempat plak aku amik gambar salah satu nasi goreng tu. Ok gak kali ni punya rasa. Tetaraf kedai tomyam tukang masak siam lerr..... huhuhuh. Tapi kalu suruh aku masak sekali lagi bagi rasa yang sama, sori..... tak tau dah...!! Tu ler unik nyer nasi2 goreng aku...... Teruskan chef tai......

Chef Tai: ya puan2, setelah dengar mamat poyo tu mencarut, ni bagi chef tai ajar camna nak goreng nasik. Kalu mencarut pun buat abiss air liur jer, tempias sana sini... baik goreng nasi, lapar boleh mencekik!!

Bebahannya ya pepuan.......

Bawang Merah hiris halus, Bawang Putih kenyek (bahasa kelantan) ngan pisau ..... errr.... Walaupun iman senipis kulit bawang tapi jangan ler lupa plak kupas kulit2 bawang tu yerk pepuan. Tetibaa.......

Cili padi segenggam bara api dipotong kekecik..... tujuan dier nak bagi pedas ler pepuan... kalu makan nasi goreng tak pedas, macam tak komplit ler..... makan kena ada air hidung meleleh, baru ada feel...... kalu memang suka pedas, pepuan bole tambah cili padi tu kepada segenggam bara api, biar sampai ke pangkal lengan yerk pepuan.......

Sesayuran nyer plak, kali ni chef tai pkai lobak merah yang warna oren dan kacang boncis.... sebut bebetul... boncissss, bukan boncit!! Boncit tu perut lepas kenyang makan nasi goreng nanti........ Dedua sayuran ni dipotong2 tanpa belas kasehan...... kalu kasehan, tak boleh nak makan plak yer pepuan.....

Yang dalam lesung batu (tradisional nyerr..... orang sekang pkai blender..... e eh..... kuno gak pkai blender, sekang ni orang pkai kiub jerrr......) ikan bilis. Walaupun chef tai banyak bela anak2 ikan, tapi chef tai pkai ikan bilis ori yerk.......ikan bilis chef tai selalunya ditumbuk dulu ngan lesung, bagi senang nak kunyah & telan bagi orang2 tua yang takder gigi. Selain tu, rasa ikan bilis tu lagi senang terserap kat nasi goreng & mengenakkan lagi masakan yerr pepuan........Tak tipu, yang ni chef wan yang ajar....... tak caya sudah!! tak yah tanya sesapa......

Sila abaikan bekas sudu garpu, bekas air & thermos dalam gambar kat atas tu..... hiasan jer tuh... nak cover bangkai2 lipas & cicak yang bersepah kat dapur tuh.... huhuhuhuhuhuh............ acah jer tauu.....

Sibaik dalam peti ais ni ada udang.... bole ler tambahkan kedalam nasi goreng ni yerk pepuan untuk tambah seri pengantin & keenakkan masakan kita yerk pepuan. Jangan lupa potong kekaki & misai udang2 tu yerk....... kerana udang2 ni tak pkai kasut masa dia idup dulu. Jadi kakinya kotor yer...... ieeee, mak geli lerrr.... e eh... terkeluar plak kenyahan chef tai nih. Tang misai tu plak kenapa nak kena potong..... takda sebab apa yerk pepuan.... cuma nak trim udang tu supaya lebih hensem........

Apalah nasi goreng tanpa nasi yerk pepuan. Ibarat mee goreng tanpa mee & meehun goreng tanpa meehun.... gitu ler perumpamaannyer yer pepuan. Takder maknanyerr...... Nasi ni chef tai akan gaul dulu ngan kicap manis, kicap masin, kengkadang kalu ada minyak bijan tambah sikit, sos ikan & serbuk knorr pasti sedap atau serbuk secukup rasa.... memang akan cukup rasa & pastinya sedap kalu pkai dedua serbuk magis nii...... itu ler semenarnya rahsianya......

Selain tu ada gak bebahan yang tak sempat nak make up utk fotoshoot macam telur, minyak masak, garam....e rrrr..... apa lagik yerrr..... .seingat chef tai itu jer lerrr.......

Campurgaulgorengkan semua bebahan di atas tadi dalam kuali yang secukup besar..... jangan lupa selawat masa acara goreng menggoreng tu....... dah sebati semua masukkan dalam pinggan dan dandan hiaskan pinggan tu bagi membangkitkan berahi selera.......

Ini lah hasilnyaaa.... selamat menjamu selera yer pepuan.... pasni tak jumpa dah kot, psal mesti kena pecat ngan stesen TV nih...... huhuhuhu

29 Januari 2011

Nylea Dah Stand Up & TakTeh

Seminggu dua lepas 1st birthday, Nylea dah mula berani takteh lebih dari dua langkah...... satu pencapaian yang sangat menggembirakan... baby girl baba dah besar. Tapi sampai sekang camtu jer ler..... takteh sesikit pastu down merangkak.... mungkin masih gayat lagi kot. Takper ler slow & steady yerk Nia......

Stand up!!!.... Takteh...... Takteh.......


e eh..... jejelir lidah plak....... eiiiii..... nak kena cubit pipi nih!! huhuhuhu


Tapi bila da letih takteh, duduk terjepuk jerr......


Dihari yang lain........
Memang trademark kot takteh kena kepakkan tangan.... untuk kestabilan kot. Huhuhuhu..... BTW, nice dress Nia!!

Perkembangan lain, Nylea sekang dah pandai "bersuara" .... tapi bunyi yang kuar dari mulut dia terhad ler. Kalau dia nak tegur atau panggil "aaaaa....aaaaa".... tak kira sapa, semua dia panggil yang sama. Kalau dia nak sesuatu yang dia tak dapat atau marah , dia akan menjerit....... kengkadang kalu dok layan2 keluar bunyi..."mmmm".... itu jer ler vocabulary dia sekang.... huhuhu...... banyakkan.....? Walaupun terhad, tapi aku bole paham... pelikkan? Komunikasi tanpa bahasa..... huhuhu

Offtopic skit.......
Abang Nabil tekun wat kerja umah...... target dia tahun ni dapat nomor 1..... dah 3 tahun tak berjaya lagi dapat nomor 1... huhuhuh. Semoga berjaya Nabil!! but no pressure!

28 Januari 2011

Shelter Home for Human Immunodeficiency Virus - Positive

13 Jan 2011 yang lalu, aku sertai rombongan case study untuk salah satu projek kat opis aku. Lokasi lawatan adalah 2 buah rumah perlindungan pesakit HIV lelaki di 2 lokasi berbeza. Kedua2nya milik NGO dan beroperasi atas dana sumbangan.

Rombongan sambil belajar kena ler naik bas.... jem ler plak.....

Pada lokasi pertama, rumah tu operate by mubaligh christian. Ada doktor dan jururawat volunteer sepenuh masa. Jururawat tu siap datang dari France lagi nak berkhidmat bakti kat mesia. Ikut pengurus tmpat tu, rakyat tempatan tak minat volunteer sebab ganjaran duit yg skit. Mata duitan ler katakan org2 mesia ni. Lagi pun aku rasa stigma masyarakat terhadap golongan ni pun salah satu sebab utk orang mesia takut volunteer kat tmpat2 mcm ni. Aku sendiri yg nak pegi lawat ni pun seram sejuk jer rasa, tak tau plak kenapa.



Aktiviti harian penghuni.... rutin.....


Bersenam.... menyihatkan badan.....


Katil hospital terpakai, katil yang digunakan saban malam

Walaupun rumah ni mmg kuat dengan ciri2 kristian (salib merata2, gambar2 dan kata2 kristian jadi hiasan setiap sudut), tapi masih ada bebrapa orang penghuninya adalah melayu. Majoriti nya memang cina ler. India pun ada. Bila ditanya yg melayu kenapa mereka kat situ, tak pergi rumah perlindungan lain yg berciri islam, jawab diorang layanan yg diorang terima kat situ sangat baik dan tidak dipandang serong. Entah ler. Walaupun ada disediakan bilik kecik, sbagai surau kat rumah tu, tapi tak pasti plak samada bilik tersebut digunakan atau tidak. Harapnya digunakanlah setiap waktu solat. Moga Allah melindungi mereka.

Surau


Sedikit cenderahati......


Di rumah kedua plak Alhamdulillah diuruskan oleh muslim dan penghuninya juga muslim. Bila ditanya, mereka gembira di rumah tersebut kerana makan, pakai, kesihatan malah amal ibadat dijaga. Alhamdulillah, walaupun pernah melalui jalam gelap, tapi sempat gak diorang kembali ke pangkal jalan yg lurus yang diredhai.


Ruang Solat yang digunakan setiap 5 waktu

Melalui maklumat yg dapat, secara demografinya di rumah2 perlindungan HIV lelaki ini, majoriti penghuni cina mendapat jangkitan HIV setelah melakukan hubungan seks dgn pelacur atau melawat Thailand. Manakala penghuni melayu dapat dari suntikan jarum dadah. Nauzubillah.


Kebanyakkan dari mereka sedar bahawa rumah perlindungan ni mungkin rumah tempat terakhir mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tapi memang fungsi rumah ni melindungi penghuninya terutama dari mengalami jangkitan penyakit lain. Penghidap HIV meninggal dunia selalunya disebabkan badan mereka tidak mempunyai imune utk melawan penyakit2 lain tu. Bukan disebabkan secara terus oleh virus HIV. Jadi tahap kebersihan kawasan rumah perlindungan ni memang diberi perhatian serius & sangat diutamakan. Aku pun kagum dengan tahap kebersihan kedua-dua rumah ni.

Garispanduan mengurus penghidap

Moga aku dan sesapa yang baca ni dapat pengajaran dari sini dan dilindungi dari segala musibah. Insyaallah. Apa2 pun, ajal maut ditangan Allah. Kalau sakit sekali pun, tapi kalu ajal blum tiba, orang yg sihat pun bole jalan dulu.

27 Januari 2011

Castrol EDGE Experience Nurburgring

Amender tuh? Bebelit kan lidah nak nyebut nyer.....? Bila dah berbelit gitu, semestinya best!! huhuhuh....Memang best!!

Semenar Castrol EDGE Experience Nurburgring ni peraduan yang dianjurkan oleh Castrol EDGE pengeluar dan jenama minyak enjin yang famous ... siapa yang tak pernah dengar Castrol aku rasa orang tu tak pernah ada kereta ler kot .......
Hadiah utama peraduan ni, akan dibawa ke litar lagenda Nurburgring di Jerman, diberi kursus permanduan dan peluang untuk memandu BMW M3 E92 berkuasa 414hp atas litar yang berjarak hampir 21km/pusingan (sebagai perbandingan Litar Sepang hanya 5.5km/pusingan) dan sejarahnya bermula sejak 1927 lagi..... WOW..!!! Memang peluang keemasan tulin (bukan Zhulian) untuk kaki kereta macam aku.

Jadi aku tak lepaskan peluang untuk mencuba nasib dalam peraduan ni. Dari takder akaun FB terpaksa create satu semata2 untuk join peraduan ni. Ada 4 pusingan semua sebelum pilih sorang jer menang hadiah utama, setakat ni aku dah lepas 2 pusingan. Sekang berada kat pusingan ke-3. Dalam pusingan ke-3 ni ada 30 jer peserta terpilih. Peserta kena tukar minyak enjin Castrol EDGE kat Castrol Auto Service secara PERCUMA (yahoooo.......!!) dan perlu buat review...... 14 peserta dengan review paling kreatif akan dipilih untuk pusingan ke-4 iaitu Cabaran Di Litar Sepang!! WOW...!! teruja nyer aku... dedoakan ler aku berjaya sampai ke pusingan ke-4 nih......

Selain ke Nurburgring, ada ler jugak hadiah2 sampingan lain macam i-phone & i-pad..... kalu dapat hadiah ni pun dah kira best giler....inikan pula kalu dapat ke Jerman!!

Untuk maklumat lanjut berkaitan Castrol EDGE dan peraduan ni, bole dapatkan di sini.

Aku cadang nak submit review pusingan ke-3 ni pun melalui blog ni..... tak lama lagi keluar ler review aku tuh..... nantikan!!


Layan video nih.....!!

1Jan2011_Birthday Pool Splash Party - PART IV

Sambungan dari sini.

GAMES
Untuk memeriahkan suasana party, kena ler anjurkan games. Walaupun bebudak ni semua dah occupied ngan mandi manda, kalu ada games baru ler lekat kenangan diorang ker party ni. Setakat mandi manda esok lusa luper ler diorang. Aku pun sediakan hadiah2 kecik jer sebagai token dan pendorong untuk diorang bersemangat main.... huhuhu

Buat kat pool ni mmg kelebihan dier bole buat games yang berkisarkan pool. Kebanyakkannya tak yah ada gadget2 tambahan. Contohnya:
1. Pool Race: Tak kira berenang ker, lari ker, janji sampai dulu seberang kolam.
2. Splash Jump: Lompatan ke dalam kolam yang paling banyak buat percikan air.
3. Star Jump: Lompatan ke dalam kolam yang paling bergaya. (Tapi kali ni aku tak buat.)
4. Ikan Paus: Sapa yang bole tahan nafas paling lama.
5. Marco Polo: Alaa... panjat belakang orang, pastu lawan sesama sendiri sapa yang bole bertahan tak jatuh.

Pool Race kat starting line


Splash Jump....... Champion mempamerkan kehebatan..... huhuhuhu


Ikan Paus, tahan nafas paling lama......pegang tangan reramai.....

Selaaammmm.............!!!


Games yang perlukan peralatan tambahan yang minimum. Contohnya:
1. Treasure Hunt Dive: Botol mineral berisi penuh air jadi treasure. Yang penting label tu ditanggalkan ler supaya lagi comouflage. Peserta kena dok luar kolam. Penganjur masuk kolam, lepaskan botol tu sesambil jalan dalam kolam tu. Pastu lepaskan ah peserta utk cari, sapa jumpa dulu menang ler.
2. Water Polo: Kena ada bola. Lawan antara 2 pasukan. Mungkin kerusi bole jadi gol. (Tapi aku tak buat ler kali ni.)
3. Water Bomb War: Yang ni leceh gak, nak kena siapkan awal2 belon isi dengan air. Sekang ni ada dijual, belon yang memang tujuan untuk jadi water bomb. Kalu belon yang tebal takut payah nak pecah nanti. Untuk party kali ni aku buat, tapi aku pun konpius camna nak tentukan pemenang.... huhuhuhu

Water Bomb War bermula..... serangggg............

Cubaan serangan jarak jauh dari wan...... tengok belon pink tu!! huhuhu......


Ini dah melalut.... Marco Polo lawan Water Bomb War


Sesambil tu, tetamu yang tak basah tak jugak dilupakan. Aku buat game untuk diorang dalam bentuk cabutan bertuah. Sapa cabut bertuah dapat main game, kalu berjaya main game tu, baru dapat hadiah. Game dia aku dapat idea dari cerita "Anda Ada 60 Saat" yang Nabil Raja Lawak hoskan tu. Kotak tisu, isi 6 biji bola pingpong, ikat kat pinggang pastu kena goyang untuk keluarkan bola pingpong tu dari kotak. Kalu nak ikut spec kotak tisu tu, memang payah nak keluarkan bola pingpong tu.... kena goyang tahap gelek gerudi Inul atau gelek gergaji. Takat gelek M.Daud Kilau tak jadi nyer...... huhuhuhu. Psal kesian kat tetamu, aku pun besarkan lubang kotak tisu tu..... Tapi tersenang giler laaa plak....... huhuhuhu
Cabutan bertuah... mak pun kena cabut.... huhuhu


Kak Nonie bertuah.....

Kak Nonie gelek cute.... huhuhuhu

Akhirnya dapat hadiah.....


Cikti pun brtuah. Bersemangat orang pertama main....

Berbaloi dapat hadiah.


Aiks.... kaknor tak gelek pun dapat hadiah?... memang bertuah......


Hadiah2 untuk pemenang cabutan bertuah & Games. Kat hujung sana hadiah yang tetamu bagi kat bebudak nih... mekasih.....


Hadiah Pintu....? huhuhu.... Door Gift untuk bebudak yang datang. Isi makanan sampah AKA junk food.... huhuhuhu.... tak healthy betull......


Konsepp.... huhuhu, apa yang akil dok buat tuh?

HADIAH

Timakasih kat semua tetamu yang sudi hadir majlis ala kadar ni. Harap semua puashati dengan layanan, buah tangan & makanan yang dihidangkan. Hadiah2 birthday untuk bebudak tu pun sesangat timakasih. Happy gak diorang dapat hadiah2 tu. Aku sendiri pun tak beli apa2 untuk diorang. Last2 aku declare ikan paus tu hadiah untuk Wina.... happy giler Wina. Nabil plak aku bagi hotwheels aku yang terbeli lebih. Ahaksss..... dia yang mintak. Aku pun bagi kat Nabil TH pink caddy yang huduh lagi buduh tu...... huhuhu. Nylea jer aku tak bagi apa2 lagi. Dier pun bukan paham apa lagi. Takpa ler, aku declare bola inflatable dua bijik tu hadiah Nylea..... bole?

Kalu nak tengok gambar2 lain party ni boleh ke http://muhaifiq.blogspot.com/. Mekasih Haiqal jadi tukang amik gambar sepanjang event tu. Mekasih gak kat Hakim, Haziq & Hilmi selain Haiqal sendiri yang tolong set kat lokasi tu sebelum event & tolong kemas balik lepas event.

fuh.. panjang tul entry nih......

23 Januari 2011

7Jan2011_ Nabil's10th Anniversary Birthday

Walaupun dah buat party besar2an 1Jan2011 yang lepas, tapi kesian ler plak kalu hari birthday tu bebetul takder apa2. Sebabkan agak kepokaian dari buat party pool tu, maka pada hari birthday Nabil 7Jan2011 beli kek yang paling cute... huhuhu. Sekadar cukupkan syarat.


Pejam celik Nabil dah 10 tahun sekang.... kang pejam celik lagi dah 20 tahun..... .pejam celik nanti dah ada cucu aku... .huhuhuh cepat tul......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...