29 Oktober 2010

Aidilfitri Circa 1987

Tak pasti tarikh sebenar gambar ni dirakam. Yang pasti lokasinya di Port Dickson. Kalu nak ikutkan Wan (adik bongsu) lahir Feb. 1986. Anggaran masa gambar ni diamik, mungkin Wan umur dalam 1-2 tahun. Disamping tu semestinya gambar ni diambil masa raya. Ye ler, bila lagi masa nak amik gambar reramai selain raya. Tambahan plak Wan (kat depan skali) pegang sarung duit raya. Jadi aku agak, gambar ni ambil pada raya tahun 1987. E eh.... dah wujud ker sarung duit raya masa tu?

Betapa sempoi jer menyambut raya masa tu. Tak der nak sesibuk ikut tema warna.... Entah2 masa tu takda baju raya pun.... Pkai apa yang ada. Tengok ler Abg Zumi, pkai kain pelekat lusuh jerr...... huhuhuhuh

Kalau 1987, maknanya (ikut turutan dari atas ke bawah) Abg Zumi masa tu umor 20 tahun, Kak Nora Form 4, Kak Nonie Form 6 (eh... k.noni pegi form 6 ker?), arwah Kak Liza Form 2, Aku Darjah 6, Wati Darjah 4, Azlin Darjah 2, Cik 4 tahun & Wan 2 Tahun. Sekang, semua dah jadi makbapak orang dah. Cuma arwah Kak Liza jer tak sempat jadi mak orang (AlFatihah). Begitu cepat masa berlalu. Tak lama lagi semua ni jadi datuknenek orang plak. huhuhuhu. Entah macam mana keadaan masa tu?

Masa tu seingat aku, tak banyak mender yang dok pikir. Mungkin paling berat dok pikir, bila ler bole dapat basikal BMX. Masa tu tak terpikir langsung yang satu hari nanti lepas 23 tahun kehidupan aku macam sekang ni. Alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah. Tak terpikir gak selepas 23 tahun bermacam-macam perkara dok dalam palahotak ni. Macam-macam nak kena settlekan. Macam2 masalah yang tenggelam timbul. Lepas satu, satu.... tak selesai satu, timbul yang lain plak. Tak selesai, tangguh dulu. Tak selesai lagi, tangguh lagi.... tu yang berbuku2 dalam palahotak. Dalam banyak perkara, buntu tak tau camna nak buat. Hanya berserah pada Allah.... Tapi usahanya? takkan nak berserah ajer.... Maksudnya berserah kepada Allah untuk beri akal dan cara untuk selesaikannya.

Pada semua adik beradik, kalu korang baca blog ni (psal aku kureng skit ngan FB) walaupun nampak aku macam tak kesah..... tapi semenarnya aku kesah..... Cuma buntu.....

28 Oktober 2010

Another Nissan Silvia S15 _ Kentoys X-Tuner 1:55

Last Friday, coming back from Friday Solat, give SOGO a visit together with Lood & Cowboy75. Hoping for a new stock to be on rack especially HW. Disappointed. But after browsing through, found some Nissan TOMY and this for me to bring it back to the office.

Its my 2nd variant of Nissan Silvia S15, Kentoys X-Tuner 1:55. Similar but not the same as my 1st. Beside the colour, it have different set of wheels and different rear wing design. Let see the pics......

The box are bigger and the price are more expensive then the one i got from JUSCO.


Must be this capsule like casing that jack up the price.


The specs sheet of Silvia S15 at the back of the casing.


I dont like the stupid and cheap looking casing. Beside that, spot any silly thing from the pics above? hahahaha.... shame........


From the front. I cant just ignore those mistake.... still can be view from above pics.



DARNN!!!! its Nissan Silvia S15, NOT Nissan Fairlady 350Z!! Didn't notice it until back in the office..... dunno what to think......

27 Oktober 2010

Nissan TOMY Line Up


I've got quite numbers of Nissan from TOMY that never been update to this blog. Its actually a normal model, nothing great or rare about these line up. That's why I'm not eager to update..... so just show a glimpse of it...... If got time I'll try to arrange for their photo shoot and update.

26 Oktober 2010

In The Shopping Bag _ V35 TOMY

Yesterday evening, got sms from Sharum (bigbosstoys) inform me about some 'merchandise' that might get me interested at SOGO. Hotworks 1:24 drift cars of R34 & 350Z with discounted price. Sounds tempted. So i decided to check it out during today's lunch hours.

Yup.... there are drift cars from Hotworks.... very nice & detailed. Infact to my surprise, there plenty more Hotworks item at SOGO. There are also the 1:64 MPVs including Nissan Elgrand i've featured before. Darn.... that MPVs are cheaper compared to the one i got in Langkawi.

Well..... to cut short, I didn't get the 1:24 drift cars. So what did i get? Just have a look below....

Taken out from the shopping bag.


In the plastic bag.


I present here my 2nd 2001 Nissan Skyline V35 in a form of a Safety Car. Extra decals included in the box. But i have no intention to stick it on the car.... just wanna make it clean.




Watch out for more Nissan's TOMY here..... stay tune....

Cubaan Reka Bentuk Corak Ukiran


Salah satu dari projek yang aku terlibat, cuba untuk menerapkan elemen ukiran sebagai komponen dekoratifnya. Bebaru ni kontraktor submit proposal contoh ukiran (atas GFRC ajer... bukan kayu) untuk kelulusan. Memandangkan aku pernah terlibat dengan projek yang menggunakan ukiran dan pengukir autentik tempatan, dan pernah diajar seayat dua oleh perekabentuk dari Kraftanngan Malaysia tentang asas rekabentuk ukiran melayu. Jadi apa yang aku tengok & nilai design proposal corak ukiran yang disubmit tu tak der ciri2 ukiran melayu yang biasa aku kenal dan tak sama dengan apa yang pernah perekabentuk Kraftangan tu bagitau aku.

Kalau nak suruh kontraktor buat proposal lain, takut tak sampai juga niat dan hasrat. Atas rasa tanggungjawab aku, tamau salah satu bakal mercutanda projek kerajaan dihiasi dengan corak ukiran yang tak tau asal usul, maka aku cuba untuk design corak ukiran tu sendiri. Errrr..... nak kata design tak sesuai kot... mungkin "tiru dan disesuaikan".... ahaksss.....

Untuk tu, aku selongkar balik gambar2 lama yang pernah aku amik masa terlibat dengan projek berkaitan ukiran autentik yang boleh dijadikan rujukan. Maka aku jumpa gambar ukiran kat atas ni. Ukiran tebuk tembus ni dibuat di Seni Ukir Bakawali Besut Terengganu dibawah pengawasan En. Norhaiza Nordin. Aku rasa sesuai atas sebab footprintnya berbentuk 4 segi sama, sama dengan footprint ukiran yang aku cuba buat.

Jadi aku guna ACAD lukis balik elemen-elemen ukiran yang ada pada ukiran rujukan tu dan susun balik lebih kurang sama dengan corak rujukan, cuma diringkaskan sedikit. Jadi ler macam kat bawah ni......

Aku tengok balik.... macam still complicated ler plak.... kang pening kontraktor nak buat..... Jadi aku ringkaskan lagi coraknya ke tahap yang aku rasa sesuai. Jadi ler macam kat bawah ni.....

Secara jujur aku pun tak pasti sama ada corak ukiran ni mematuhi peraturan dan bahasa rekacorak ukiran tempatan atau tak. Nama bunga dan corak pun aku tak kenal. Macam aku ckap tadi, "tiru dan sesuaikan". Sekurang2nya nampak ler skit ciri2 ukiran tempatan.

24 Oktober 2010

Taman Tasik Taiping

Indah mendamaikan. Secara ringkas untuk gambarkan suasana di Taman Tasik Taiping. Antara faktor yang mungkin menaikkan seri Taman Tasik Taiping ni adalah latarbelakangnya Bukit Larut. Taman tasik ni adalah taman tasik pertama di Malaysia yang diwujudkan pada tahun 1880. Jadi tak hairan lah kalau pokok-pokok disekitar taman tasik ini matang. Bila kata matang, memang pokok2 tu tua, unik, besar batangnya dan saliranya. Dahannya panjang membentuk gerbang menuju ke arah gigi air tasik merentasi jalan raya. Dahan2 pokok juga merebak secara abstrak membentuk teduhan bertekstur dibahagian atas permandangan. Batang pokoknya pula bewarna gelap berkulit kasar diliputi lumut hijau, disulami dengan pokok2 tumpang seperti pakupakis dan pokok langsuir. Memang mengagumkan kesan yang digubah secara semulajadi ciptaanNya.

Lawatan ke Taiping bebaru ni memberi peluang sekali lagi untuk aku mengagumi keunikan pokok2 di Taman Tasik Taiping ni. Tapi tak berhenti.... gambar diambil dalam kereta sambil dipandu. Jadi anglenyer agak terhad. Camna pun rasanya cukup untuk beri gambaran keunikkan pokok2 tu.





Warisan semulajadi di Taman Tasik Taiping ni perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang. Nak tunggu sesebatang pokok untuk jadi secantik macam ni, perlu mengambil masa beratus2 tahun. Tetapi untuk menebangnya hanya ambil masa beberapa minit jer. Oleh itu renungkan lah bila kita berniat untuk menebang memana pokok2. Ianya perlu dihargai bukan sehaja semata2 di taman tasik ni saja, malahan dimana jua kita berada.

23 Oktober 2010

Taiping.... Menarik...!! ...ker?

Lanjutan dari trip aku ke Taiping dan cerita Mee Udang Kuala Sepetang, nak kongsi antara perkara menarik aku jumpa sepanjang trip ni pada 13 Oktober 2010 lalu.

Taiping pernah jadi ibu negeri Perak. Start boom psal penemuan bijih timah oleh sorang mamat ni nama Long Jaafar. Pastu start aktiviti perlombongan timah dengan penglibatan pendatang China. Penjajah British pun berminat ngan Taiping psal sumber timah. Start situ lah, bandar Taiping pesat dibangunkan. Hingga kini kebanyakkan bangunan2 lama diwariskan di bandar Taiping. Tahu tak, Taiping bandar paling lembab di Malaysia? Bukan lembab perlahan atau bodo, tapi lembab kerana menerima taburan hujan paling tinggi. Tahu tak lagi, aku pernah sekolah menengah asrama situ 3 tahun. Kira banyak gak ler nostalgia ...... Tu antara fakta2 psal bandar Taiping.

Menara Jam Taiping. Majlis Pebandaran Taiping declare yang menara jam ni adalah menara jam yang pertama dalam Malaysia. Dibina pada tahun 1890. Aku rasa masa tu mungkin, menara ni bangunan tertinggi kat pusat bandar Taiping. Gambar kureng, amik atas kereta yang tengah bergerak. Semenar nyer ada 40 mender dideclare oleh MPT sebagai pertama di Malaysia kat Taiping. Kalu nak tahu senarai apa yang 40 tu, boleh carik kat wikipedia.


Ingatkan bangunan jer retro kat Taiping ni. Kereta pun retro gak...!! ahaksss.... Mercedes Benz W123 ni jumpa kat Taman Tasik Taiping masa minum petang lepas kerja siap. Chun, tiptop dan kemas. Pandai owner nyer jaga. Tak tau plak aku model apa. Kalu nak ikutkan kereta ni dikeluarkan antara tahun 1976 hingga 1985. Kira pada tahun2 ni kira setanding ngan S-Class sekang ler.


Baby ni aku amik gambar masa makan mee udang kat Kuala Sepetang. Selamberrr..... togel pkai lampin tak pkai baju main kat luar kaki ayam jerrr..... Tabik lerrr kat mak bapak diorang. Ahaksss.... Tak risau ker keselematan & kesihatan baby tu? Agak2 umur dalam 2 tahun kot. Mungkin perkara biasa kat area kampung. Tapi untuk aku pelik sikit ler... Aku doakan baby ni selamat membesar......

17 Oktober 2010

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang Part II

Sambungan dari sini.

Alang-alang dah datang dari jauh, aku order Mee Udang Banjir yang paling premium, RM12/mangkok!! Ikut cerita, yang RM6 tu udang kolam, yang RM10 udang laut tapi kecik, yang RM12 udang laut besar. Bila sampai, tak nampak sangat udang2 tu, bila selak bawah.... tu diaaa..... 5 ekor udang besar sedia untuk dicerna perut.....

Baca doa makan dluuu.......

Memang best. Kuah nyer cukup rasa, ada pedas skit tapi ok utk aku. Kalu nak ada jeruk cili disediakan. Udang nyer plak fresh, kenyal dan manis. Nak makan udang ni, tak leh protokol sangat.... ye ler payah gak nak kupas kulit tu kalu protokol.... Dah abis makan, kuah lebih2 tu hirup sampai kering, baru berbaloi RM12/mangkok!!

Rekomen untuk sesapa yang tak kesah suasana kampung & gerai. Kalu dah seafood ni, mmg jadi tarikan lalat jgak. Jadi kat kedai ni banyak gak lalat. Tapi masih terkawal. Yang pelik, masa tengah makan tu tak plak lelalat ni ganggu.... dah abis baru diorang datang....


Inilah juadah tengahari tu..... air suam jerrr......


Udang memalu tersorok bawah bawang goreng.....


Timbulkan udang2 tu.....


Settled!!

Aku siap order tapau 1 bungkus, utk kongsi ngan Dora kat umah. Abis makan, bayar terus shoot ke Taiping... ngam2 sampai sana pkul 2 ptg utk appointment & kerja.

16 Oktober 2010

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang Part I

13 Oktober 2010 yang lalu aku ada urusan kerja kat Taiping. Naik kereta pejabat bertolak dari opis dalam pkul 10. Keluar tol Changkat Jering dah pkul 12 lebih. Dah masuk waktu tuk makan t/hari...... janji ngan orang site pkul 2 ptg, sempat lagi ni. Tapi mana nak makan? Tengah dok pikir2 mana nak makan, terlintas....... MEE UDANG BANJIR KUALA SEPETANG.......!! Dan dan tu gak ada tulis Kuala Sepetang kat signboard jalan.... Apa lagiii.... follow that signboard....... main redah jerrr......

Sepanjang jalan tu lalu jalan kampung & banyak gak gerai tulis kat signboard mee udang.... tapi semua lengang jerr kedai..... betul ker gerai2 ni? Aku pun bukak GPS kat henpon Chokia.... waaahhhh.... ader ler dlm GPS. "Drive 1.4 kilometers ahead and u'll arrived at you destination at your left", awek dalam GPS tu bagitau...... huhuhuh...... Mee udang, here we come...!!!

Jalan depan kedai tu..... lengang jerrr..... bawak motor pun selamber tak pakai helmet.


Kedainya......


Signboard


Keratan2 sokabar lama psal kedai ni yang diframekan


Ini adalah menu2 dia..... Siap harga RM6 atau RM10 atau RM12 ikut gred udang yang nak.

15 Oktober 2010

Open House Rumah Wan Kat Melaka

26 September 2010 yang lalu kitorang pegi open house paling jauh, semata-mata untuk open house tu jerr...... Open house yang aku maksudkan kat umah Wan (adik paling bongsu) kat Melaka. Sibaik ada Presage, jadi diorang tak kesah travel jauh. Lepas makan terus balik KL. Pegi open house lain plak kat umah MamaYoh kat Setiawangsa KL. ahaksss.....

Apa yang best nyer kat umah Wan, 1st time aku makan ketupat ori (bukan segeranyer....) ngan kuah kacang, yang dalam kuah kacang tu ada daging cincang...... Daging tu plak memula tak perasan ada dalam kuah tu, bila makan baru rasa & konpius.... Mengikut kata Wan, memang style kat Melaka camgitu. Lerrr..... tak tau plak aku..... apa2 pun memang best ketupat + kuah kacang daging tu... Tak sempat plak nak amik gambar. Mekasih Wan jemput.

Lai, Mikael, Wan, Wina, Nylea, Dora & Nabil..... depan umah Wan.


Mikael jadi tuan rumah yang baik utk Nylea & Wina.... share toys.....


bam bam baba


Ayunyer...... ni kat umah MamaYoh plak.....

13 Oktober 2010

Polish Sport Rim Presage - Part 3

Sambungan dari Part 1 dan Part 2 tajuk yang sama......


Rim depan yang berjaya dipolish sepenuhnya (90%. Lagi 10% kat bahagian nut keliling tu malas plak nak polish)

Close up sikit.... baru macam cermin... nampak reflection keta mak mertua tu.....


Bibir kilat, stim tengok, macam nak comolot jerr......


Kat batang pun nampak berair jer kilat dier.....


Yang ni plak rim belakang yang berjaya dipolish.


Bibir kilat ngalahkan Angelina Jolie nyer bibir... slurrrpppp......

3 hari aku amik masa untuk polish semua 4 biji rim2 ni. Sibaik buat bawah anjung. Cuma kena tebal telinga dengar bapak mertua dok perli...."kilat kereta... kilat kereta...." berulang-ulang..... aku wat bodo jer gonyoh autosol tu ngan tak mandi ...... ahaksss....

Nylea Bertudung

alaaa laaa laaaa laaaaaaa..... kiut nyer dier bertudung....... camniler my little princess....... membesar menjadi solehah.... InsyaAllah.......

Rindu Kat Sentra N16 Aku

Lama tak update psal Sentra N16. Sekang ni ada kat workshop, ada ler nak psang mender skit. Terasa gak rindu nak bawak keta N16 ni....... Belek2, jumpa video lama ni.....



Video diambil pada tahun 2003. Masa ni N16 tu baru umor 2 tahun. Enjin standard QG15DE lagi. Masa ni pkai rim 18" ngan tayar 215/35. Bodi pun togel, takda bodikit.

Lokasi.... Batu 3 Shah Alam. Sekang tempat ni dah takda lagi. Jadi rumah kos mewah. Yang masuk track main ni pun masa tu dalam proses untuk kerja2 roboh bangunan pit. Aku ngan Jasman (sekang Doktor Jasman) cecuri masuk dan belasah main track. Masa tu first time masuk track, bawak pun ikut suka hati racing line entah kemana. Errrr...... sekang ni pun macam ler masuk track lagi..... huhuhu..... Jasman masa tu bawak Satria 1.3 ajer. (yang warna putih memula dok depan tu)... sekang dalam proses nak beli 1.3 gak..... RX-8! Moga berjaya ngan cita2 hang, man.

Nak ikutkan video tu panjang gak. bila tengok balik, rasa macam poyo ler plak..... bebudak lagi ler katakan masa tu.

Sempat ler 2-3 kali masuk Batu 3 tu sebelum, track tu dilubang2kan. Gambar2 yang sempat disnap masa kat Batu 3 tu...... Nostalgia......


Entah bila la bole enjoy macam ni lagi, belasah bawak keta free dalam track.... kalu nak masuk Sepang mau kena RM3-4ratus........sigh.....

12 Oktober 2010

Polish Sport Rim Presage - Part 2

Sambungan dari sini.

Step 1: Basuh dulu rim tu. Pastikan hanya kurap2 degil jer yang tinggal.

Step 2: Calitkan sikit Autosol kat jari telunjuk. Sapukan dan ratakan pada kawasan kecil rim yang berkurap tu.

Step 3: Gonyohkan autosol tu pada permukaan rim tu sampai permukaan tu jadi licin. Akan rasa memula tu kesat dan sedikit berpasir.... bila dah gonyoh lelama akan jadi licin & autosol tu bertukar dari warna cerah jadi kotor, kengkadang sampai hitam.

Step 4: Pastu amik kain bersih, lapkan autosol tu sampai bersih.
Step 5: Ulangi mender yang sama utk spot2 yang lain plak sampai satu rim berjaya dipolish. Lepas satu rim, kena plak polish rim2 yang lain plak sampai semua 1set rim berjaya dipolish.... huhuhu

Hasilnya:
Sebelum

Selepas

...bersambung.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...