06 Julai 2010

JUJUR



Aku rasa spesis manusia yg jujur atas muka bumi da hampir pupus. Aku mula berpendapat camni masa aku hilang henpon aku beberapa bulan lpas. Mmg akui, kecuaian aku jgak yg tertinggal dlm toilet. Tapi utk org lain jumpa dan anggap 'rezeki' dia jumpa henpon tu sangat tidak jujur. Setiap mender mesti ada tuan atau empunya yg berhak atas mender tu. Jadi kalau jumpa pun, mender tu bukan hak korang utk jadikanya harta mender korg. Lpas aku sedar henpon aku tercicir, trus call pkai henpon bini aku, tapi dah di offkan. Apa motif offkan henpon tu? tak bole ker biar n tunggu orang call atau call sesapa dr phone book henpon tu utk pulangkan balik. Henpon hilang mmg ralat, tapi ralat lagi info n contact yg ilang skali.

Cerita lain plak, sekali tu, dlm pjalanan pegi opis aku dengar radio? Topic dier, mender pelik yg pernah jumpa dlm makanan. Sorang akak ni call, dier citer satu hari tu dier beli daging dr pasar malam. Balik rumah dia jumpa duit rm100 dlm plastik daging tu. Dari gaya mcm gembira dan excited jer dier jumpa duit tu. Dia kata dia pakai duit tu utk beli barang utk anak2 dia. What the....? Hoi akak...Tu bukan duit ko ler. Bole sgt kalau ada kejujuran, duit tu dipulangkan balik kat gerai yg jual daging tu. Ngan tk rasa bdosa plak bole beli brg utk anak2 dia. Tak heran ler kalu anak2 dia nanti besar jadi tak jujur mcm mak dia jgak. Nak buat aku lagi terkilan, dj pompuan radio tu bole support n sama2 gembira akak tu 'makan' duit haram tu. Ish... Ish....

Bebaru ni pun ada dengar dlm radio, pemanggil tu cerita, dia beli 2biji burger, bayar utk 2biji burger. Tp bila balik, ada 5biji burger. Dah tu boleh plak dia kata dia jual burger yg lebih tu. Da sah dapat free, paling busuk kalau tanak antar balik, bg jer ler sedekah kat orang.

Ini tak masuk kejujuran tahap yg lebih tinggi macam kerja hari2 kat pejabat. Sejauh mana masa kita di pejabat dihabiskan? Utk kerja & t/jawab pejabat 100% atau ada unsur peribadi? Sejauh mana peralatan macam telepon, alatulis, komputer dll digunakan? Yg ni aku pun kantoi gak.... Huhuhu. Aku pernah dengar sorang pemimpin famous kat pantai timur mesia ni, takmau guna pen utk menulis bagi tujuan peribadi. Hebat. Pen pun tamau guna. Betapa jujur. Patut jadikan tauladan.

Aku citer pumpampumpam ni bukannya aku jujur sgt. Aku harap aku bole kawal diri aku dari godaan tidak jujur ni. Harap dgn tulisan ni sekurang2nya bg peringatan kat aku utk jujur seboleh yg mungkin. Sekurang2nya aku tau, sengkek macam mana pun kalu jumpa barangan bharga orang lain, aku akan cuba usaha utk cari tuan punya dan pulangkan. Kalau jumpa duit yg tak da tanda sapa tuan dia, paling kurang sedekahkn ajer.

Dunia akan lebih aman kalau semua orang JUJUR......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...