Seingat-ingat aku memula hidup dalam dunia ni aku tinggal bersama Tok Ayah & Nenek Ma kat sebuah rumah kayu kat Kubang Kerian, Kelantan. Hidup dengan cara kampung. Kat belah depan ada ladang getah kecik & kat belah belakang ada sawah kecik. Tok Ayah sorang tukang gunting rambut. Tapi side income dia macam orang kampung lain ada bela lembu & ayam. Aku ingat lagi terbangun pepagi tengok diorang sibuk kat area perigi siapkan ayam yang disembelih untuk dijual kat pasar Kota Bharu. Yang lembu tu plak selalunya masa raya haji akan disembelih kat belakang rumah tu.
Kat rumah kayu ni jugak selalu jadi tumpuan orang kampung pada malam2 tertentu untuk tengok TV. Masa tu tak banyak rumah yang ada TV. Siaran pun ada RTM 1 & RTM 2 jerr....Antara siaran TV yang jadi tumpuan wrestling lerr...... pastu aku ingat ada cerita tajuk Greatest American Hero pun ramai datang layan.
Aku pun ingat masa pembinaan Hospital USM, aku selalu lepak kat platform atas pokok yang dibina oleh Pak Cu Leh. Selalu tengok progress diorang bina water tank bentuk UFO dari platform tu. Hutan dan semak memang jadi playground aku masa tu.
Lepas aku balik tinggal ngan Abah & Mak kat Port Dickson, tiap2 tahun balik raya memang rumah kayu ni ler port nyer. Memang akulah yang paling tak sabar kalu nak balik kampung psal aku paling rapat & lama dijaga oleh Tok Ayah & Nenek Ma.
Tok Ayah dah lama meninggal dunia.... tak silap tahun 1996. Lepas Tok Ayah meninggal, Nenek Ma tinggal kat umah ni lama gak, sampai dia uzur. Rumah tu ditinggalkan aku tak ingat tapi bertahun2 lama gak. Masa ditinggalkan tu, banyak gak cerita2 misteri yang timbul psal rumah tu. Tahun 2009, Nenek Ma plak dipanggil pulang ke rahmatullah. Jadi rumah tu dah diwariskan.
29 Mei 2010 yang lepas balik kelantan. dapat tahu rumah kayu ni tengah di"baiki" untuk jadikan rumah sewa. hmmm.... sedih plak rumah yang banyak kenangan ni tak akan jadi rumah yang sama lagi. Kak Nonie ajak pegi tengok sebelum semuanya hilang.
Gambar rumah tu sepenuhnya memang takda. Yang tinggal hanya kenangan dalam ingatan sahaja.

Tahun 2008, rumah dah ditinggalkan. Tapi kitorang berani datang utk jadi lokasi penggambaran perkahwinan Wan & perkahwinan Cik. Gambar atas berlatarbelakangkan perigi yang sempat dirakam. Ada gak cerita misteri yang berlaku kat gambar ni. Errr..... story lain kali lerr......
Gambar rumah tu sepenuhnya memang takda. Yang tinggal hanya kenangan dalam ingatan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan