31 Julai 2010

Nabil At Sungai Chilling 22 May 2010

Berkaitan ngan posting psal Sg. Chilling Mei 2010 yg lpas.

Aku bawak skali Nabil ke ekspedisi nih untuk bagi dia pendedahan. Dia mmg excited. Psal nak pegi redah sungai, aku belikan dia safety jacket untuk langkah2 keselamatan. Bangga sampai tahap poyo plak dia bila bergaya pkai jaket tu hari tu. ahaksss.... bebudak......




Lepas makan & ekspedisi dah nak mula, aku lambat skit. Sebabkan dah terlalu excited Nabil dah tak tunggu aku. Dia jalan dulu ikut group depan aku kat belakang. Hanya masa nak rentas sungai jer aku nampak dia dah seberang sana sungai, aku baru nak lintas. Mcam biasa dia tak tunggu aku.



Hanya bila sampai ke air terjun jer baru aku dapat jumpa dia. Kat air terjun yang tinggi ni selain mandi, Nabil dapat pengalaman baru. Satu, bagi ikan kelah makan. Dua, terjun dari atas batu ke sungai. Ahaksss...... berani gak dia. Aku bagi dia terjun pun psal pkai jaket tu. Tak sia-sia beli.


On da way balik, aku jalan ngan dia. Belenggeng pkai swimming trunk dia ngan jaket tu. huhuhuh. Bila tanya dia kata mmg seronok, kalu boleh dia nak datang lagi..... InsyaAllah.....

My Nissan GTR R35s Collection So Far

The red triplets. Maisto, Burago & RASTAR.


The silver triplets. XQ rc, RASTAR & TAKARA TOMI


The grey & white from Fastlane


The blue from Fastlane


So far they are nine all together..... more to come!!

29 Julai 2010

Nylea Dah Merangkak

Balik dari kerja tadi, 1st time tengok Nylea merangkak....lebih dari 3 steps..... ahaksss..... dah besar dah baby girl Baba nih.....


4 RASTAR's Nissan

Terjumpa 3 lagi diecast Nissan dari RASTAR kat Penang baru ni. Jadikan collection 4 buah semuanya. Rasanya ada 1 lagi model, 370Z yang tak jumpa lagi. Sempoi.... janji NISSAN!!




28 Julai 2010

Maisto CustomShop::Dodge Challenger SRT-8

Salah sebuah kereta yang aku beli masa oustation ke Penang Isnin 26/7 baru ni. Kat Jusco Queensbay Mall. Beli psal 20% diskaun pastu aku minat kereta ni terutama sport rim dier.... pheehhhh... meleleh dibuatnya. Kalu nak ikutkan sport rim tu memang wujud in real life. Brand Billet Specialties model SLX45..... Enjin, interior, boot semua detail .....

Scale 1:24.

Mekasih sekali lagi kat Aliff JUSCO ....


Gambar diambil masa dok pikir lagi, nak beli ke tamau? huhuhu

27 Julai 2010

My 2nd Treasure Hunt ..... HaHaHaHa

Semalam aku pegi Penang atas urusan kerja. Balik hari. Flight balik ke KL lewat malam. Dah janji ngan Mizar NISMOCLUB Penang utk lepak sama, tapi aku nyer kerja terabis awal. Dia plak hanya bole layan aku lepas office hour. Mizar rekomen aku lepak Queensbay Mall. sementara tunggu dia balik kerja. Aku pun jenjalan situ pergi Jusco section toys..... Adoyai.... rambang mata aku. Banyak gak aku berkenan tapi terpaksa ditapis2, kalu dak abis duit nanti..... huhuhuh

TAPI, aku takleh ler tapis HotWheels Treasure Hunt Gangster Grin yang aku jumpa nih.... hahahahahaha....... mekasih kat Promoter Jusco tu yang "tolong" sepanjang aku dok belek toys...... Aliff..... jasa mu akan dikenang..... huhuhuhu


21 Julai 2010

Nenek Mengisi Masa

Inilah cara nenek mengisi masa lapangnya di kampung, menjahit kain perca untuk dijadikan selimut. Aktiviti ni semenarnya dah lama nenek buat, aku ingat masa aku kecik lagi nenek dah jahit kain perca ni. Cuma sekang ni macam dah jadi aktiviti utama dia plak untuk menjahit kain perca ni. Mungkin itu jer yang dia suka buat bagi mengisi masa. Sekurang2nya nampak gak hasil tangan sendiri. Gambar aku amik masa balik Kelantan 29 Mei 2010 yang lalu.

Masuk benang dalam lubang jarum, tiada masalah.....


Tekun



amboi... masam semacam jerr.... senyum skit Nek.....




Masa aku umur sama macam Nenek, agak2 apa yang aku buat aaa untuk isi masa? Atau, sempat ker aku sampai umur macam Nenek? Hanya Allah yang tahu.........

20 Julai 2010

4th Week Without Our Presage

Minggu ke-4 tanpa Presage.... adoyaiii.... letih gak dibuatnya. Sentra tu dah ler macam bagi tanda2 nak demam. Asyik sipi2 jer nak overheat. Tarik lelebih skit temperature nak takat didih dah. Dah ler kipas pusing lambat.... 95degree C baru on. Bila bawak doa jer ler harap tak breakdown. Abang workshop...... tolong ler siapkan Presage bagi cepat tapi chantek..... Boleh ler Sentra tu masuk spital check apa prob...... huhuhuhu

Gambar2 kat bawah ni yang sempat dirakamkan 17 Julai 2010, Sabtu yang lepas. Bumbung dah finish, tapi belum polish. Bodi lain dah undercoat. Boot & bumper belakang jer belum undercoat. Harap semuanya berjalan lancar.......







19 Julai 2010

Happy Birthday My Dear Dora

Happy Birthday My Beloved Wife......!!

18 Julai 2010

In Memory

Seingat-ingat aku memula hidup dalam dunia ni aku tinggal bersama Tok Ayah & Nenek Ma kat sebuah rumah kayu kat Kubang Kerian, Kelantan. Hidup dengan cara kampung. Kat belah depan ada ladang getah kecik & kat belah belakang ada sawah kecik. Tok Ayah sorang tukang gunting rambut. Tapi side income dia macam orang kampung lain ada bela lembu & ayam. Aku ingat lagi terbangun pepagi tengok diorang sibuk kat area perigi siapkan ayam yang disembelih untuk dijual kat pasar Kota Bharu. Yang lembu tu plak selalunya masa raya haji akan disembelih kat belakang rumah tu.

Kat rumah kayu ni jugak selalu jadi tumpuan orang kampung pada malam2 tertentu untuk tengok TV. Masa tu tak banyak rumah yang ada TV. Siaran pun ada RTM 1 & RTM 2 jerr....Antara siaran TV yang jadi tumpuan wrestling lerr...... pastu aku ingat ada cerita tajuk Greatest American Hero pun ramai datang layan.

Aku pun ingat masa pembinaan Hospital USM, aku selalu lepak kat platform atas pokok yang dibina oleh Pak Cu Leh. Selalu tengok progress diorang bina water tank bentuk UFO dari platform tu. Hutan dan semak memang jadi playground aku masa tu.

Lepas aku balik tinggal ngan Abah & Mak kat Port Dickson, tiap2 tahun balik raya memang rumah kayu ni ler port nyer. Memang akulah yang paling tak sabar kalu nak balik kampung psal aku paling rapat & lama dijaga oleh Tok Ayah & Nenek Ma.

Tok Ayah dah lama meninggal dunia.... tak silap tahun 1996. Lepas Tok Ayah meninggal, Nenek Ma tinggal kat umah ni lama gak, sampai dia uzur. Rumah tu ditinggalkan aku tak ingat tapi bertahun2 lama gak. Masa ditinggalkan tu, banyak gak cerita2 misteri yang timbul psal rumah tu. Tahun 2009, Nenek Ma plak dipanggil pulang ke rahmatullah. Jadi rumah tu dah diwariskan.

29 Mei 2010 yang lepas balik kelantan. dapat tahu rumah kayu ni tengah di"baiki" untuk jadikan rumah sewa. hmmm.... sedih plak rumah yang banyak kenangan ni tak akan jadi rumah yang sama lagi. Kak Nonie ajak pegi tengok sebelum semuanya hilang.

Kak Nonie berlatarbelakangkan 'serpihan' rumah tinggalan Arwah Tok Ayah & Nenek Ma


Tahun 2008, rumah dah ditinggalkan. Tapi kitorang berani datang utk jadi lokasi penggambaran perkahwinan Wan & perkahwinan Cik. Gambar atas berlatarbelakangkan perigi yang sempat dirakam. Ada gak cerita misteri yang berlaku kat gambar ni. Errr..... story lain kali lerr......


Keadaan perigi 29 Mei 2010 yang lalu dah jadi camni.

Gambar rumah tu sepenuhnya memang takda. Yang tinggal hanya kenangan dalam ingatan sahaja.

17 Julai 2010

RC Tuned & Cute BMW MIC (Made In China)

Semalam masa tunggu kelas bebudak ni abis, pusing kat area OTK Gombak tu tuk cari tshirt pagoda. Kat kdai baju tu, ada plak jual mainan. Ternampak RC ni, tuned & cute plak tu. Harga pun kira OK la.... Kotak pun smart macam display box siap platform. Yang ada BMW & Mercedes. Aku pilih BMW, tapi tak pasti plak aku BMW model apa nih... Kemungkinan besar M3 E46 ler kot.... huhuhuh


whole set termasuk remote controller


Detail gak.... siap ada sunroof, speaker, meters & bucketseat


untuk charge kereta cucuk remote kat ekzos....


nampak macam X6 plak dari angle ni...


kalu sport rim besar & loward lagi mesti marriii......


full function siap lampu luar dalam

16 Julai 2010

3 Weeks Without Our Presage

hmmmmm...... Nak marah pun ada. Tapi dah nak dekat posa ni, baik control. Latih utk posa tak lama lagi. Dah dekat 3 minggu dah hantar Presage ni ke workshop utk touch up & spray satu body. Masa hantar dah tanya bole ker hantar. katanya OK..... Jangka dalam 2 minggu bole siap. Tapi last week aku pegi w/shop, cheh.... baru nak start buat.... maknanya seminggu lebih tu Presage tu terperap jer..... Adoyai.... abis semua program. Aku pun jadi sibuk skit psal nak kena drive antar ambik & pergi memana. Ikut ceritanya tokey w/shop tu tetiba ada masalah keluarga. Tak profesional lerr...... sampai aku pun jadi mangsa..... harap esok pergi, ada progress. kalu dak terpaksa tarik keluar antar tempat lain.... Banyak ler plak masalah lain......

Moga Allah mudahkan segala urusan........





13 Julai 2010

Nylea's Update

Dah lama gak tak update perkembangan Nylea. Hingga hari ni umur Nylea dah 6 bulan 21 hari. Semalam baru pegi klinik utk inject dia. Timbang berat sekang 7.3 kg. Dia dah start makan baby food selain susu badan. Rambut dah makin lebat sampai terpacak-pacak. Macam biasa dia periang, suka tersenyum atau paling tidak ternganga mulut. Dia dah start angkat punggung untuk buat posisi merangkak. tapi tak pernah nampak lagi dia merangkak ke depan, ke belakang ada sesikit. Tidur.... fuuhh.... buas gak sejak pandai berguling2 nih. Sama buas ngan abang Nabil. huhuhuhu.......
Semakin hari semakin membesar....... camna yerk masa depan dia?


Wina's Blue Snowman

Wina bersama creation dia menggunakan plastersin. Gambar diambil pada 28 Mei 2010.
Go My Girl!!

08 Julai 2010

Nissan Fairlady 350Z NISMO

Barangan keluaran negara China mmg murah. Baru ni kebetulan ada seminar kat KL Convention Center. Lepas abis seminar, pusing KLCC singgah Parkson jumpa mendalah ni.... Buatan China. Walaupun RM19.90 -10%, tapi dari segi detailing OK gak. Bodikit NISMO pada 350Z siap spoiler. Ada 'emblem' depan, tepi & belakang. Cuma tak berapa kemas. Sport Rim & disc rotor nampak kartun skit. OK laaa ngan harga dia.....siap dapat lesen dari Nissan.

Dalam kotak tak bukak lagi sampai sekang


Pandangan sisi


kat belakang banyak 'emblem'


RM19.90 dengan 10% diskaun..... murah tu....

kalu nak beli Kyosho nyer die-cast mau die..... bagi aku yg beginner ni ckup ler yang memurah gini.

06 Julai 2010

JUJUR



Aku rasa spesis manusia yg jujur atas muka bumi da hampir pupus. Aku mula berpendapat camni masa aku hilang henpon aku beberapa bulan lpas. Mmg akui, kecuaian aku jgak yg tertinggal dlm toilet. Tapi utk org lain jumpa dan anggap 'rezeki' dia jumpa henpon tu sangat tidak jujur. Setiap mender mesti ada tuan atau empunya yg berhak atas mender tu. Jadi kalau jumpa pun, mender tu bukan hak korang utk jadikanya harta mender korg. Lpas aku sedar henpon aku tercicir, trus call pkai henpon bini aku, tapi dah di offkan. Apa motif offkan henpon tu? tak bole ker biar n tunggu orang call atau call sesapa dr phone book henpon tu utk pulangkan balik. Henpon hilang mmg ralat, tapi ralat lagi info n contact yg ilang skali.

Cerita lain plak, sekali tu, dlm pjalanan pegi opis aku dengar radio? Topic dier, mender pelik yg pernah jumpa dlm makanan. Sorang akak ni call, dier citer satu hari tu dier beli daging dr pasar malam. Balik rumah dia jumpa duit rm100 dlm plastik daging tu. Dari gaya mcm gembira dan excited jer dier jumpa duit tu. Dia kata dia pakai duit tu utk beli barang utk anak2 dia. What the....? Hoi akak...Tu bukan duit ko ler. Bole sgt kalau ada kejujuran, duit tu dipulangkan balik kat gerai yg jual daging tu. Ngan tk rasa bdosa plak bole beli brg utk anak2 dia. Tak heran ler kalu anak2 dia nanti besar jadi tak jujur mcm mak dia jgak. Nak buat aku lagi terkilan, dj pompuan radio tu bole support n sama2 gembira akak tu 'makan' duit haram tu. Ish... Ish....

Bebaru ni pun ada dengar dlm radio, pemanggil tu cerita, dia beli 2biji burger, bayar utk 2biji burger. Tp bila balik, ada 5biji burger. Dah tu boleh plak dia kata dia jual burger yg lebih tu. Da sah dapat free, paling busuk kalau tanak antar balik, bg jer ler sedekah kat orang.

Ini tak masuk kejujuran tahap yg lebih tinggi macam kerja hari2 kat pejabat. Sejauh mana masa kita di pejabat dihabiskan? Utk kerja & t/jawab pejabat 100% atau ada unsur peribadi? Sejauh mana peralatan macam telepon, alatulis, komputer dll digunakan? Yg ni aku pun kantoi gak.... Huhuhu. Aku pernah dengar sorang pemimpin famous kat pantai timur mesia ni, takmau guna pen utk menulis bagi tujuan peribadi. Hebat. Pen pun tamau guna. Betapa jujur. Patut jadikan tauladan.

Aku citer pumpampumpam ni bukannya aku jujur sgt. Aku harap aku bole kawal diri aku dari godaan tidak jujur ni. Harap dgn tulisan ni sekurang2nya bg peringatan kat aku utk jujur seboleh yg mungkin. Sekurang2nya aku tau, sengkek macam mana pun kalu jumpa barangan bharga orang lain, aku akan cuba usaha utk cari tuan punya dan pulangkan. Kalau jumpa duit yg tak da tanda sapa tuan dia, paling kurang sedekahkn ajer.

Dunia akan lebih aman kalau semua orang JUJUR......

05 Julai 2010

Hot Wheels :: Nissan

Koleksi HW Nissan aku.... baru 3 biji..... harap bole jumpa lagi banyak.... Skyline, 350Z & GTR antara yang dah pernah HW keluarkan tapi aku tak miliki lagi......

1.
Nissan Titan. Trak Nissan yang dikeluarkan utk market US. Kat M'sia takda trak ni. Mungkin paling hampir pun Nissan Navara.


2.
Datsun Bluebird SSS 510. Ramai gang NISMOCLUB kelantan pkai kereta ni. Olskool yang legend disuatu masa dahulu. Kat Australia pun ramai pakai kreta ni wat masuk drag. Mekasih Sarum, jual kreta ni kat aku.



3.
Nissan 370Z. Pengganti kepada Nissan 350Z. Kereta sport keluaran Nissan terbaru ni ada teknologi enjin Nissan terbaru VQ37VHR dengan VVEL.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...