22 Ogos 2010

Puasa

Tiap2 tahun kita hadapi puasa. Tapi hanya sebulan saja. 11 bulan kita tak puasa..... lama tu. Kengkadang apa yang kita buat sepanjang bulan posa kita bole lupa. Jadi rasa elok aku blogkan apa yg aku buat & pikirkan .... mungkin yang makan masa berbuka dalam bulan posa ni sebagai ingatan untuk hadapi posa ditahun2 akan datang.

Selalunya nak dekat2 bulan posa, aku akan makan banyak. Berat badan and perut pun ada rasa up sket. Selalunya masa bulan posa ni ler aku control balik corak pemakanan aku untuk bulan2 akan datang. Aku makan pada portion yang sikit masa berbuka dan sahur. Bila dah terbiasa selama sebulan, jadi pada bulan2 akan datang tu aku makan pun tak banyak. Cuma bila dah dedekat nak posa tahun akan datang tu, mula ler makan banyak balik.... mender akan berulang-ulang saban tahun.

Sahur mmg kalu bole tamau miss.... tapi tiap2 tahun mesti ada miss paling kurang 1 malam. Tahun ni stakat ni Alhamdulillah tak miss lagi. Makan nasi sikit dan selalunya ngan lauk yang tak abis buka posa malam sebelum tu. Kurma sebelum dan selepas makan. Minum air kosong jer. Seingatnya tahun2 lepas aku tunggu subuh masuk utk solat sebelum sambung tidor balik kejap sebelum bangun untuk pegi keje.

Berbuka selalunya ala kadar jer. Buah kurma, nasi, lauk 1-2 jenis jer, kueh sikit & air manis. Selalunya Dora atau Mawar masak sendiri kat umah. Jarang pegi Pasar Ramadhan. Macam tahun ni tak pernah lagi pegi Pasar Ramadhan. Tahun lepas pegi Pasar Ramadhan bersesak-sesak...... dah ler rambang mata geram tengok makanan, tengok aweks2 pun geram gak. Dah tau nak gi tempat awam berpada2 ler memakai tu. Ni nampak lurah sana nampak dendam situ.... isshhhh, ngurangkan pahala posa jer, silap2 negatif plak, huhuhuh .... ops!...... back to the topic. Yang tak best nyer pegi Pasar Ramadhan ni, macam gamble jer. Bila beli, belum tentu puas hati, mahal saja jer. Rasa tah tawar ler, terlebih masin la, cair laaa, tak masak laaa.... basi ler.... memacam. Selalu petunjuk gerai yang ramai orang beratur tu best ler. Tapi bila dah beratur tu paham2 ler kena tahap kesabaran yang tinggi. Psal sebab2 atas tu ler yang malas jer nak gi Pasar Ramadhan.

Berbuka selalunya aku makan kurma 2 biji, minum air kosong, pastu minum air manis skit & makan kueh. Pastu aku mandi. Lepas solat maghrib baru aku makan nasi. Selalunya sempat rileks2 kjap sebelum pegi semayang Isya & Tarawikh kat masjid. Sejak 2 tahun lepas aku bawak Nabil sama ke masjid utk Tarawikh. Berhajat gak bawak Dora sekali. Tapi memacam alasan plak. tahun lepas psal pregnant, tak larat. tahun ni psal nak jaga Baby Nia. hmmmm....... Kalu ada hal & kengkadang terasa malas, aku semayang sendiri kat umah.

Makanan berbuka 21 Ogos 2010 lepas. Karipap Ayam Frozen, Ayam Goreng Lemon, Kerang Rebus, Ikan Bilis Sambal Kicap & Timun Segar..... huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...