29 Ogos 2010

Nur Kasih

Memang aku layan cerita ni dulu. Tak tau plak kenapa aku layan. Tak banyak siri TV yang aku layan. Mungkin faktor pelakon2 yang mantap dan cun. Mungkin psal cinematografi yang real & menarik, angle semua kreatif. Mungkin psal watak2 dalam tu menarik, senang nak relate dan menjadi idaman (sapa tak idam bini macam Nur Amina? hehehehe.... Dora pun idaman gak.... jangan marah yerk). Mungkin approach dakwah yang dibawa. Mungkin psal lagu Nur Kasih Yassin tu berantu. Aku takda jawapannya.......

Dalam bulan posa ni TV3 tayang semula drama ni waktu sahur sebelum subuh. Walaupun kali ni aku tak brapa layan sangat psal dah puas layan dulu, tapi ada sesuatu yang membuatkan aku terasa nak Blogkan psal Nur Kasih ni. Ada beberapa dialog dalam drama ni yang meninggalkan kesan dan aku teringat dan perlu sentiasa diingatkan.

1. Masa Adam memula bawak Cat balik Mesia. Dia suruh Cat tudung kepala. Cat tak suka dia kata bertudung tu bukan diri dia. Adam balas "Memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik".

2. Masa Adam jadi tak betul psal Nur hilang. Adil ajak Adam buat baik, tapi bukan terperap semayang saja. Kena keluar buat baik ngan orang. Adam kata dia tak kenal orang2 kampung tu untuk dia buat baik. Adil cakap "Nak buat baik, kita tak semestinya kenal orang tu".

3. Episod last2, masa Adam baru balik dari India. Masa tu Raya kot. Adam keluar layan permandangan bendang. Adil datang. Adam cakap "Tuhan tak menduga kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung".

Lebih kurang gitu ler maksudnya.......




Nah... layan lagu OST dia plak......

2 ulasan:

  1. ya... baris2 falsafah yang sangat mudah dan tepat dan bermakna... syabas naza kerna berjaya menggarap dan memahami maksud cerita saya tersebut...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...