Agak kureng bila aku kena pecah group ngan khairul.......bukan apa, khairul ni advance driving instructer, kalu 1 group bole ler dapat sepam dua tips. Group aku buat cabaran driving line dulu...... walaupun teori dah banyak masuk dalam paler..... tapi bila bawak semua jadi lupa..... huhuhuh
briefing lagi.....
dah macam kamen rider.....
ni ler yang guna wat cabaran ni.... 325i!
dalam keta, demo ride..... errr.... betul ker pkai balaklava cam ni? .... tak pernah pkai sblm nih.... huhuhuhu
canggey beb keta nih......hahaha.... BMW 325i pun nak gayat.....
tak sempat nak tanya nama......
Jangan jelesss.....huhuhuhu.... tapi sapa mamat ni? tutup muka macam nak gi potong rumput jerr......
Dalam cabaran driving line, kena bawak 325i round north track. peserta kena bawak ikut driving line. semenar nyer racing line, tapi psal tak wajib bawak laju, mungkin psal tu hanya dipanggil driving line. dari luar amik korner, hugging apex, keluar korner ke luar. senang kan? tapi bila bawak, psal tak laju sangat, jadi aku lupa nak pergi keluar korner ke luar. lepas event ni, aku dah sedar, peluang aku tipis utk menang hadiah.... ahaksss..... aku target ipad jerrr..... huhuhuhu
kemudian group aku ke cabaran autokhana. cabaran paling penting kerana hanya top 10 timer shj diberi markah. paling pantas dapat 10 markah, yang catat masa ke10 dapat 1 markah.
cabaran dibuat kat parking.....
beratur nak ke lokasi... sambil ikut belakang chloe..... huhuhu
en harve memberi taklimat cabaran autokhana.....
demo.....
sementara tunggu giliran..... e eh.... chloe usha aku plak... suka ler tuu..... ahaksss.....
cabaran autokhana ni aku wat time ke-2 terpantas group aku. hhmmm....... ada 3 group semua... kalu group lain wat time lagi best, mmg tambah tipis lagi harapan......
Sejak 11 Mac 2011 hinggalah 25 Mac 2011, aku akan kesunyian, kesorangan kat umah. Anak2 & bini aku pegi jenjalan melancong... jauh plak tu.... Kali ni aku tak ikut. Psal tempoh pergi tu lama sangat, tak sampai hati nak tinggalkan kerja. Dan sbab lagi satu, kewangan ler. Aku tak sanggup nak belanja besar. Walaupun aku ada mencuba nasib masa MATTA Fair baru ni utk dapatkan tiket menyusul diorang. Tapi bila pikir2 balik, baik aku simpan utk mender lain. Takper ler, tak dapat jejak kaki kat NZ pun takper ler. Harap diorang happy kat sana.
11 Mac 2011, aku hantar diorang kat KLIA. Flight diorang pkul 9mlm. Tapi pkul 4ptg da keluar umah, takut jem.
Nylea posing sebelum keluar umah
Tengah beratur utk check in
Check in
Lepas check in pegi kedai buku. Beli buku utk Nabil & Wina kot2 boring atas flight nanti.
Nylea pun siap pegang 1 buku, kononnya utk dia baca lerr..... huhuhu...Sori Nia... Not today!!
Suka ler bebudak dua orang ni.......
Lepas semayang asar, lepak kat playground. Wina & Nylea yang seronok main. Abang dia dah tak heran ngan playground kot. Aku ler jadi mangsa terkejar2 jaga Nylea. Ye ler, diakan tak stabil lagi jalan, dah sibuk nak main macam budak lain.
4 Mac 2011 yang lalu aku sertai pusingan akhir Castrol EDGE Experience Nurburgring yang diadakan kat Sepang International Circuit. Hari dimulakan dengan bangun awal skit dari biasa, 6.30pg da keluar umah gi amik khairul psal dia pun berjaya gak ke pusingan akhir. Pegi lalu hiway MEX.
baru sampai SIC
register dulu..... isi borang2 indemnity.....
dapat mendalah2 ni.... awal2 dah rasa best giler..... kemeja bersulam castrol, payung besar castrol & cap castrol
minum pagi dulu.....Catering Pan Pacific tuuu..........
buah2an....
reroti....
nasi lemak & meegoreng.... errr.... ni nak wat cabaran memandu ker cabaran makan? huhuhuh.....
errr..... ni bukan utk dimakan yerk.....
semua kusyuk makan sesambil berkenalan ngan peserta2 lain.....
wokey.... dah start briefing oleh En.Harve, pengacara rancangan "driven"....
marketing manager castrol bagi kata2 aluan......
Hari tu, ada 3 cabaran pemanduan yang perlu dilalui oelh setiap peserta. Peserta terbaik akan dipilih memenangi hadiah utama ke Nurburgring Jerman.
Cabaran 1: cabaran driving line... kat north track
Cabaran 2: cabaran obstacle avoidance.....
Cabaran 3: cabaran autokhana....
khairul khusyuk dengar taklimat..... tabik ngan semangat khairul.... memang datang nak menang gi jerman.....
hi all.... my name is chloe...... i'm atai's GF..... ahaksss......
Adik aku nyer anak dapat masuk competition Huggies Superstar Search ni... target untuk dapat top10 vote.....
Gambar Nuh yg dipertaruhkan.......
Nak mintak tolong sesapa yang baca blog ni utk tolong votekan untuk anak buah aku ni.....
cara-cara vote, 1. klik link http://www.huggies.com.my/superstar/vote-online.aspx 2. cari gmbr ini yang tertera nama MUHAMMAD NUH MOHD AZLAN 3. klik Vote di bawah gmbr tersebut 4. masuk kan email anda dan klik Vote 5. login ke email anda sendiri, seacrh email dr huggies, buka dan klik balik link yang di hantar ke dalam email anda. 6. Plz Vote Sebelum 18hb Mac 2011
Terima kasih kepada yang sudah pon mengundi dan yang akan mengundi..
undi anak buah aku tau... jangan vote orang lain plak.... huhuhuh