23 September 2012

Mee Kolok / Sapi Haji Salleh, Satok Kuching Sarawak

Masa kat Barok Village, member ni dok citer psal mee kolok kuching yg paling femes. dia citer yang mee kolok ni asalnya makanan bangsa cina. bahan yang digunakan utk bahan utama yang haram tu lah. jadinya masakan ni mmg mustahil utk muslim dapat nikmati. Tapi Haji Salleh ni berjaya memecahkan kod rahsia resepi mee kolok yg digemari kaum cina ni dengan guna daging lembu. Dari citer ni buat kan aku ngidam gak nak merasa. Terus dia offer..." esok bangun awal sikit, kita gi bekfes makan mee kolok hj salleh, kalu lambat kedai dia penuh." aku dok imagine kena keluar pukul 6 pagi ker? dia kata pkul 8 camtu lerr.... laaa suspen jer... 8 tak ler awal sangat.

Jadi keesokkannya seperti yang dijanjikan member ni datang amik aku kat hotel. aku cek out terus. malas dah nak patah balik. dia pun bawak ke kawasan opposite pasar satok ke restoren sepinang sari. sinilah mee kolok atau mee sapi hj salleh.

Inilah restoren sepinang sari kat area pasar satok kuching



tak puas hati plak akak waiter ni aku amik gambar. ahaksss....

bekfes pagi tu. aku order teh o panas... dapat teh o ais.... mungkin bahasa kat kuching ni lain. belasah jer ler.

close up sikit. nampak tak tendon2 lembu yang kaya dengan kolesterol tu... huhuhu

satu set dengan sup nyer dan sambal

Menu yang ada kt restoren ni
Kira ok ler rasa mee kolok ni, rasa lembu yang kuat pada sup, daging dan tendon dalam mee pun lembut, mungkin da direbus reneh lama. cuma mungkin selera masakannya lebih kepada chinesse taste, dan rasa rempahnyer macam tak kena ngan lidah aku. Tak silap aku, aku pernah makan mee sapi kat Miri. dan aku lagi suka yang kat miri tu. cuma aku takder rekod plak detail mee sapi yang kat Miri. tapi apa2 pun sekurang2nya aku dah rasa mee kolok / sapi hj salleh yang femes kat kuching tu.

10 ulasan:

  1. mee kolok jk salleh terkenal di kalangan mrk yg suka aura sapi a.k.a dging lembu yg kuat.tp ramai jgak yg x serasi.ikut lidah.byk lg kedai2 mkn di kuching yg menyajikn mee kolok yg sedap cth mee kolok jalil (mee kolok cendawan ayam dia cuba sekali pasti nk lgi) dn mee kolok goreng coffee house conner..lg mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq for sharing....
      kalau ke kuching bole lah saya cuba mee kolok jalil n mee kolok goreng coffe house corner plak.
      tq again!!

      Padam
    2. Actually mee kolok ni memang sedap. Tapi bila di hidangkan guna bahagian lemak,eii so fatttt la. I lebih suka makan yg di hidangkan dgn non fat beef. Lebih selera. . And i more thing , kalau nak lebih sedap ambik sikit air sup daging tu, siram kat dlm mee kolok. So, asa elemen basah basah kering sikit. Gerenti nyaman tok.
      Anak hjh Tora
      kampung gita.

      Padam
  2. Cuba rasa mee kolok sarawak di Stesen Pok Ros Cafe Jalan Astana bersebelahan dgn BSN Petra Jaya Kuching....pasti sedap.Harga biasa cuma RM3.50 dan specialnya RM5 sahaja.Sedap,murah dan bebaloi.T.q

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih rekemen.... nampak gaya kena gi kuching kerap ni.... kang tak sempat nak merasa mee-mee kolok yg direkemen.... huhuhu

      Padam
  3. Kedai Hj dok pi selalu tutup..cuma tahun lepas pekena kedai sebelah tp tahun ni nk makan rasa was2..tgok yg jual tu mcm cina x cina..pakai rantai tp tgok yg dok makan tu rsongkok/bertudung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih update. almaklum posting ni pun dibuat tahun 2012... jadi banyak yang mungkin dah berubah.

      Padam
  4. Actually banyak la kedai makan yg menu sampingannya menyajikan me kolok atau me sapi di sekitar satok area di Bandar Kuching ni...setiap kedai cita rasanya ada lain sikit....pas makan terutamanya bagi kaum hawa boleh la nak merelex2kan diri atau nak bagi berhias sikit di SPA Ratu Wellness Centre yang menawarkan perkhidmatan saloon dan spa,terletak bersebelan kedai makan Asam Garam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la kolok area Batu 7 pulak ... Nama kedai d anjung Batu 7... Ada satu stall jual kolok..koloknye merecik...ada kelainan ckit drpd kolok d area satok..Yg specialnye kolok d old town kolok mi(nama stall)ni daging nye d masak kicap ...dtambah dgn sup & sambal nye yg power gilerr...kalau try skali pasti nk tambah satu mangkok lagi...ramai yg bagi feedback puas hati...����cam gini... Try la innsya Allah tidak mengecewakn ...try skali nk dtg lagii..����

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...