14 Julai 2011

1926 Hotel Penang

Bila dpt tau kena ke penang atas urusan kerja, aku pun tringat ada 1 hotel kat penang yg brkonsepkan heritage. Hotel tu sendiri bangunan warisan yg di bina pd tahun 1926 sbagai kuarters pegawai british zaman2 penjajah dlu. Peluang ler utk cuba.... sambil nyelam sambil mandi junub.



Bilik aku hampir2 ke hujung. Masuk kat blok bilik, bole kata trgamam dan ngeri plak bila tgk koridor panjang.... bukan panjang, tapi gila babas panjang. Sayup jer tengok hujung koridor sana dr hujung koridor sini. Jln menuju ke bilik, lalu pintu kiri kanan rasa mcm lama jer nak smpai.



Bilik aku dah ler hujung, tersorok skit plak tu. Aku ingatkn superior room ada individual teres/balcony, tapi bilik aku ni takder. Interior dier takleh komen byk ler psal hotel pun da konsep heritage, abis semua perabut pun olskool style. Tv pun olskoll gak & kecik plak tu. Terlintas kat kepala, mmg budget hotel.




Bilik air pun sama, bukan takat heritage, tp tak properly maintain. Huhuhu. Shower nyer tmpat sangkut fixed tak leh adjust. Mandi kena tembak mata ajer. Badan kering. Terpaksa pegang. Tak puas plak bila mandi sebelah tangan ni. Nak gosok2 badan tak smpai ke celah2. Huhuhu... Dah ler sabun yang disediakan bau tahapa-hapa.... macam bau sabun basi jerrr..... sabun dari tahun 1926 kot..... ahakssss......

Shower curtain trek senget mcm nak jatuh. Curtain dier plak brtaik lalat kat belah bebawah tu. Geli plak ... Masa tgh mandi tu, nmpk macam ada urat benang atas lantai. Tengok bbtul, ghupanya anak cacing dok geliat2!. Adoyai, camna siap bole ada cacing ni? huhuhu 

Breakfast bukan buffet. Ada tak salah 5-6 jenis dishes diorang tulis atas kertas suruh kita pilih. Aku pilih nasi lemak. Roti ngan air jer ler free flow. Kira ok gak ler nasi lemak dier.





Bila aku chek balik kat kaunter masa check out, ghupanya bilik aku tu std room, walhal aku request superior room.... hmmmmm... byk kali dah jadi camni, mintak lain dpt lain. Patut ler murah & takder teres/balcony.

agak2 nak repeat ker tido hotel ni? entah.... rate memang murah, tapi aku tak kesah bayar mahal skit tapi janji puas hati.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...