31 Julai 2011

BANDAI 1:43 GT-R Set

Sharum offer aku ngan BANDAI GT-R set ni. aku mmg takleh nak tolak ler bab2 Nissan ni. tambahan plak set ni dapat 2 model, GTR olskool PGC10 dan GTR terkini R35. Mana boleh tahan godaan.

Aku ingatkan bole display terus.... tapii......

kotak depan

kotak belakang

komponen2 dalam kotak
Ghupanya kena pasang ikut parts2 yang diprovide sekali. masalahnya aku malas, yang kedua takder alatan (dengar citer kena ada spesel cutter) kalu nak pastikan pemasangan kreta tu kemas & chantek!! yang ketiga malas.... eh da sebut malas yer tadi.

manual tulisan jepun
sebab tu aku pack balik semua parts2 tu sumbat balik dalam kotak. ltak balik kat almari. tatau aku bila ler aku ada masa yang pasang mender2 nii......bior ler dulu.

28 Julai 2011

Malaysia vs Chelsea 21 July 2011_Part I

Ada ler sekali dulu aku ke stadium bukit jalil utk tengok bola. Tak silap aku masa tu friendly mesia-korea. Dulu masa zaman muda remaja ader ler sekali dua pegi stadium merdeka n stadium shah alam. Psal aku bukannyer kaki bola sgt. Ini kiranya kali kedua aku ke stadium bukit jalil utk tengok friendly mesia-chelsea. Da dapat tiket free, pegi jer ler. Kalu sasajer nak beli takder nyerr. Macam aku bgtau aku bukan minat bola sgt, termasuk laa chelsea. Jadi niat aku gi stadium ni nak rasa suasana stadium penuh dan sokong skuad harimau muda malaysia. Go Malaysia Goooo!


yg lagi best aku pegi layan sengsorang naik lrt dr sentul. Dlm pkul 5pm aku naik lrt. Masa tu pun da ramai org yg pakai jrsey mesia/chelsea dlm lrt. Walhal game start pkul 8.30pm. berhimpit jgak ler ngan org2 yg balik keje. Aku da naik kat sentul, mmg dpt seat. Aku join skali perangai org mesia yg lain wat bodo tak bg seat kt sesapa. Huhuhu. Bkan apa, takder yg aku rasa layak utk aku bg seat. berdiri depan aku ada ler awek 3 org dok gedik2, aku wat taktau sesambil cecuri usha diorg. Huhuhu


Smpai kt stesen lrt bukit jalil tu, nampak dah suasana stadium. Banyak khemah jual barang2 berkaitan bola. Jersey, rambut palsu warna warni, vuvuzela (rasanyer ler nama mendalah yg tiup bg bunyi2 tu), air hon, topi, banner etc, termasuklah makan & minum. Walaupun masih awal tapi org da ramai. Bising nyer toksah citer ler. Org yg jual mender bunyi tu sibuk bunyikan ler mender tu utk tarik perhatian. Riuh randah dan bising ler jadinyer kat luar stadium tu.
 
Stadium Bukit Jalil dari Stesen LRT

 

awal lagi tapi penyokong dah start datang stadium guna LRT


memacam ada jual kat perkarangan stadium

ni kalu anak aku tengok, mau demam seminggu.... huhuhuhu

Booth ULTRAS Malaya. memacam dijual....

Meriah kat luar stadium


Aku pegi solat asar dulu kat bangunan food court. Kecik giler surau situ. Sekali semayang muat dlm 6-7 org jer. Stadium bebesar gini patut ada surau yg lg besar & senang nak keluar masuk, bukannya pintu sempit. Ni terpaksa tunggu giliran utk amik wudhuk & solat. Lepas solat aku beli burger & air 100+dlm botol niat utk jadi dinner aku dlm stadium tu nanti.

Pastu aku carik ler pintu masuk aku yang aku dok imagine warna kuning psal kat tiket tulis pintu kuning. Tapi hakikatnya tak nampak plak aku warna kuning kat pintu tu. Masa dok beratur nak masuk baru aku perasan diorg chek beg & tak bg wat masuk air. Lerrr. Memahal aku beli 100+ ni takleh wat masuk plak. Aku ingatkan ngan makanan sekali takleh masuk, jadi aku gelojoh ler belasah makan burger kat luar tu. Sempat 2-3 kali gigit, aku perasan kat atas gate tu ada tulis mender2 yg takleh wat masuk. Burger takder plak dlm senarai. Botol air semenarnyer yang takleh. Lerrr kali kedua. Aku bungkus balik burger tu, aku teguk 100+ plak sampai hampir2 nak abis. Pastu aku pun masuk. 3 Kali gak ler kena raba ngan security seblm bbtul bole masuk.

pintu masuk.... kena kerumun lepas dibuka

baru lepas dapat masuk

bersambung.... ada Part II silap aribulan Part III sekali.....
apa2 pun pasni, susah skit utk aku gi stadium. Tapi jgn risau, aku akan tetap sokong rimau malaya. Malam ni kasi aauuummmmmmm sama itu singa!

* gambar byk, nanti aku upload lain..... bersambung plaaakkkkk
posted from Bloggeroid

18 Julai 2011

Maisto Custom Shop :: 2009 Nissan 370Z

Jumaat lepas selepas dapat tip off dari Sarum kata kat SOGO ada stok baru sampai. Antaranya 370Z Maisto Custom Shop. Aku tak lepas peluang lepas abis opis bergegas ke SOGO..... dan ini lah kerugian yang dialami......




nice theme......


Siap nampak enjin

bontot curvacious,,,,,,



bergandingan dengan 370Z sebelum ni dengan tema yang berbeza

kandungan blog tak bermakna posted from Bloggeroid

15 Julai 2011

TAKARA TOMY :: The Three Common Nissan - Part II

Sambungan dari sini.

Nissan Serena C26



pintu belakang bole bukak

Nissan Serena C25




sliding door kiri kanan bole bukak

Nissan March K13



apa pun takbolehh....

parking reramai ngan gang2 Nissan yang lain......

14 Julai 2011

1926 Hotel Penang

Bila dpt tau kena ke penang atas urusan kerja, aku pun tringat ada 1 hotel kat penang yg brkonsepkan heritage. Hotel tu sendiri bangunan warisan yg di bina pd tahun 1926 sbagai kuarters pegawai british zaman2 penjajah dlu. Peluang ler utk cuba.... sambil nyelam sambil mandi junub.



Bilik aku hampir2 ke hujung. Masuk kat blok bilik, bole kata trgamam dan ngeri plak bila tgk koridor panjang.... bukan panjang, tapi gila babas panjang. Sayup jer tengok hujung koridor sana dr hujung koridor sini. Jln menuju ke bilik, lalu pintu kiri kanan rasa mcm lama jer nak smpai.



Bilik aku dah ler hujung, tersorok skit plak tu. Aku ingatkn superior room ada individual teres/balcony, tapi bilik aku ni takder. Interior dier takleh komen byk ler psal hotel pun da konsep heritage, abis semua perabut pun olskool style. Tv pun olskoll gak & kecik plak tu. Terlintas kat kepala, mmg budget hotel.




Bilik air pun sama, bukan takat heritage, tp tak properly maintain. Huhuhu. Shower nyer tmpat sangkut fixed tak leh adjust. Mandi kena tembak mata ajer. Badan kering. Terpaksa pegang. Tak puas plak bila mandi sebelah tangan ni. Nak gosok2 badan tak smpai ke celah2. Huhuhu... Dah ler sabun yang disediakan bau tahapa-hapa.... macam bau sabun basi jerrr..... sabun dari tahun 1926 kot..... ahakssss......

Shower curtain trek senget mcm nak jatuh. Curtain dier plak brtaik lalat kat belah bebawah tu. Geli plak ... Masa tgh mandi tu, nmpk macam ada urat benang atas lantai. Tengok bbtul, ghupanya anak cacing dok geliat2!. Adoyai, camna siap bole ada cacing ni? huhuhu 

Breakfast bukan buffet. Ada tak salah 5-6 jenis dishes diorang tulis atas kertas suruh kita pilih. Aku pilih nasi lemak. Roti ngan air jer ler free flow. Kira ok gak ler nasi lemak dier.





Bila aku chek balik kat kaunter masa check out, ghupanya bilik aku tu std room, walhal aku request superior room.... hmmmmm... byk kali dah jadi camni, mintak lain dpt lain. Patut ler murah & takder teres/balcony.

agak2 nak repeat ker tido hotel ni? entah.... rate memang murah, tapi aku tak kesah bayar mahal skit tapi janji puas hati.

posted from Bloggeroid

13 Julai 2011

TAKARA TOMY :: The Three Common Nissan

Sambungan dari sini.



Takara Tomy, byk gak nissan. Bebaru ni jumpa 3 ketui terus kat KLCC. Keta bebaru jgak. March K13, Serena C25 & Serena C26. Aku sauk semua. Tak bg chan. Walaupun rim butang baju, tp mana lg nak dpt Nissan 'biasa' scale kecik. Kalu Nissan flagship senang nak jumpa.








Nanti aku update detail setiap satu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...