03 Ogos 2014

Roasted Lamb with Honey, Mint & Corriander / Kambing BBQ

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H... Maaf Zahir & Batin!!! (amik kesempatan buat ucapan sikit)

Memang agak tidak sesuai gitu posting resepi kambing BBQ masa musim2 raya aidilfitri ni... Tapi suka hati aku lah... ahaksss... Eh... mana ler tau ada yang nak hidang utk tetamu yang datang beraya... tak salah kan? Cerita aku buat BBQ kambing ni pun masa bulan posa lepas... tak sempat nak upload jer... layan....
.
.
.
.
.
Kali ni aku nak share risipi-sipi kambing bakar baeknyerr...Taraf2 masterchef lah... Resepi ni diperturunkan kepada aku oleh sedara Mizar AKA Mamu. Sebelum2 ni kitorg selalu buat kambing bakar black paper honey (kertas itam madu). Kali ni lain... Kali ni aku namakan kambing bakar mint corriender honey (pudina ketumbar madu)... (atau tunggang terbalik antara madu, ketumbar & pudina) Wow... Panjang nama dah macam resepi plak.



Mula diperkenalkan kepada aku pada awal tahun ni... Err.... Atau akhir tahun lepas... Tak ingat sangat... Masa tu ada bbq nismoclub utara. Mizar bwak kambing dgn resepi ni utk di babikiu kan. Memang lain. Jadi aku tertarik dgn resepi kambing ni. Terus aku menuntut dari Mizar. Tapi psal takda event yg sesuai utk aku cuba. Terperaplah resepi perapan ni. Bebaru ni, family wat bukak posa potluck... Sesuai lah utk mencuba.

Pagi hari kejadian, aku pun gi beli Lamb Shoulder new zealand... Yang New Zealand nyer elok katanya pasal tak banyak lemak... harga pun mahal sikit... Lebih kurang 2.5kg dipotong nipis-nipis. Kambing ni aku beli kat kedai frozen food. Diorang pun memang ada kemudahan utk nak potong nipis lamb shoulder tu.

Lamb Shoulder New Zealand yg dipotong nipis
Selalunya kitorang akan basuh dulu lamb dengan tepung gandum bagi mengurangkan bau hamis kambing tu. Caranya lumurkan tepung gandum tu kat kambing pastu bilas dengan air.

Lamb Shoulder yang dah siap basuh
Ok... Terus ke resepi kambing babikiu pudina ketumbar madu....
1) Daun pudina● 2 batang
2) Daun Sup● 1 pokok
3) Daun ketumbar● 1 pokok
*1 hingga 3 diambil daun sahaja... Agak2 kuantiti yg sama antara tiga2 daun ni.
4) Bawang besaq● 4 biji besar telur ayam
5) Halia●  agak2 sama kuantiti dgn serai
6) lengkuas ● separuh dr halia
7) Cabai hijau ● ikut mau pedas ka... Aku letak 2, biji dalam dibuang
8) Serai. ● 5 batang
Item 1 sampai 8 di atas blender.

Daun Pudina... Kalu takda daun ni jangan ganti dengan ubat gigi plak yerk
Daun Ketumbar atau nama matsalleh Corriander
Daun Sup
Bahan2 untuk bleder
Bahan untuk blender dah siap mandi wajib
Yang atas tu tertutup plak... dah selak daun2 tu sikit
A) Madu● 500gm
B) Gula merah● 2 keping diparut
C) Perahan limau nipis● 2 biji
D) Sos Tiram ●4-5 sudu
E) serbuk perasa● aku letak 2 kiub perasa ayam maggie
F) Minyak Zaitun 4 sudu
G) Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain utk diperap sekali
Atas tu pandangan dari atas.... ni pandangan dari sisi plak... ahaksss
Items A sampai G digaul dgn Item yg telah diblender. Perap bersama kambing. Kalau nk ganti ayam atau daging pun bole. Bila dah gaul semua dengan kambing tu, hiris beberapa helai daun pudina dan daun ketumbar, taburkan atas ramuan. Pastu tutup bekas untuk perap semua adunan agar sebati.

Dah digaul semua adunan dengan lamb shoulder
dengan hirisan daun pudina dan daun ketumbar

Masa nak bakar tu, sediakan 1 mangkuk, isi minyak masak sikit, sama kuantiti dengan air dan sama kuantiti dengan bancuhan perapan tadi. Gunakan serai yg diketuk utk recikkan mender ni kat atas kambing supaya kambing tu tak kering masa dibakar.

Aritu aku bakar pakai elektrik ko... majulah katakan... ahaksss... Cik ngan Haiqal tu dok borak jer...bukan nak tolong pun... huhuhu

Kambing yang da siap bakar bole makan gitu sj pasal rasa perapannyer pun da 'kuat'. Tapi kalau nk cicah sos pun tak salah. Aritu aku sediakan brown souce yg aku beli rempahnya dr kedai frozen. Agak berlawan jugak rasa antara kambing n brown souce tu. Mungkin kalu sos yang 'cair' sikit lagi sesuai.

Siap untuk dihidangkan... kalu nak hiaskan hidangan ni, bole ler tabur kan lagi hirisan daun pudina lagi....

Sekian. Kalu nak mencuba nasib dipersilakan... segala kegagalan dan kerosakan perlu ditanggung sendiri... hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...