19 November 2013

Kerja Tangan Wina 13 Julai 2012

Kali ni posting santai....

Mender ni pun dah berlaku agak lama.... lebih setahun yang lalu. Masa tu aku baru balik dari "bertapa" untuk study exam Part III. Dora bagitau Wina ada create something dalam bilik dia. Aku pun gi tengok...



alahai.... kiutnya.... entah makhluk apatah... 2 ekor plk tu... mungkin sekor tu mak dia, sekor lagi anak dia. Yang jadi aku kagum sikit, "makhluk" ni agak kecik atau halus. Aku letak siling seposen kat sebelah tu utk bagi sense of scale pada "makhluk" tu. Buat dari Play-Doh, hidung dan mata plak dari manik kecik.



Wina kalu bab2 creating ni memang dia berminat. Tapi da lama tak tengok dia buat mendalah camni lagi. Sejak kebelakangan ni plak dia minat bab2 baking. Dora pun dah enroll dia utk kelas baking sepanjang cuti sekolah ni. Alhamdulillah uncle BJ dia sponsor. Kelas piano plak officially quit. Katanya tak minat. Apa2 pun aku support... masa kecik ni lah kalu nak explore dan nak cuba semua mender. Sekurang2nya ada experience dan boleh pupuk apa2 talent yang ada utk kehidupan dewasa kelak. Keep it up Wina!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...