22 April 2013

Hotworks BLITZ Drift 2005 ER34 Scale 1:24

Beli dari sarum. Asalnya tengok kat kedai tak ler minat sangat. Psal banyak sangat decal... Nampak serabut. Tapi da sarum offer, ok lah. Harga pun berpatutan. Puas hati ler gak. Ahaksss.... Tapi takda kotak. So maklumat detail takda. Sibaik jual skali ngan casing.

Semenarnyer kereta ni berdasarkan kereta drift sebenar dalam D1 GP series 2005. Driver dia Ken Nomura atau nama glamer Nomuken. Otai gak mamat ni. Yang jadi orang suka kat dia psal dia ni pak lawak. Muka da mmg kelakar. Pastu perangai plak gila2. Dia join D1 GP dr 2001 smpai 2008 guna skyline 4 pintu ER34. Pencapaian trbaik dia dapat nomor 2 overall tahun 2006 dan 2008.

Hotworks 1:24 ni bole dikatakan agak detail. Termasuk engine bay dan interior. Yang best front hood dia bole dibuka utk tayang engine bay. Nampak gaya macam engine rb26dett yg dah diupgred kepada single turbo... Errr... Turbine GT35 kot. Huhuhu.

Tapi pintu takleh bukak plak. Walaupun gitu bhgn interior dia nmpak seatbelt 5 point, bucket seat, steering, gear lever, handbrake lever...etc.

Yang lebih surprise, kat bhgn bwah kereta ni ada 4 skru. Tau tak skru apa? Ahaaa... Skru utk adjust tinggi rendah.... Dan adjust camber.... Depan belakang plak tu bole adjust. Huhuhu.... Mmg syok.


RB26DETT dgn single turbo.... kot
Interior siap dgn rollcage
Siap nampak caliper brake


Tayar blkg da maximum camber & lowerd

Skrew untuk adjust camber & ketinggian
Kereta drift Nomuken yang sebenar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...