23 April 2013

18 Mac 2013 _ Universal Studio Singapore Part I

Da lama berangan nk ke USS. Lepas tetanya kengkawan yg pernah pegi n pertimbangkan kesenangan, kitorg decide pegi guna pakej yg hotel tawarkan. Kitorg amik pakej ngan puteri pan pacific. 3h2m... 2nd day kat USS. Kitorg pegi ahad, balik selasa. Amik cuti 2 hari. Bebudak siap ponteng skolah... Tapi ngan surat lah. Huhuhu. Mmg sengaja pegi hari bukan cuti psal dengar citer kalu pegi hari cuti buang masa beratur ajer.

Masa check in gelabah jugak bila org hotel bgtau diorg tak book tiket uss lagi. Diorg siap cadang postpon sehari dr schedule day. Pejadah. Ingat sesenang nk arrange cuti? Panik gak dibuatnya. Syukur last2 dapat gak tiket. Lega...

Pada hari ke2 tu mmg bangun awal. Sepatutnya naik bas depan hotel 8.30pg. Lepas breakfast, tunggu kat lobi hotel sesambil isi borang imigresen s'pore. 8.45am diorg suh naik mpv dr hotel. Oh... Ok lah... Ingat tadi naik bas. Mungkin psal kitorg jer. Takkan hotel nk sewa bas plak kan?

Beborak ngan driver mpv tu. Katanya kalu naik bas kena turun dr bas masa nk chek paspot kat imigresen spore. Sibaik nek mpv. Jadi settle dlm... Takyah turun dr mpv. Masa tu gak baru dpt tau yg spore semenarnya tengah cuti sekolah semester brake. Wadderrr....?? Salah tektik gak lah ni.

Baru sampai kat Pulau Sentosa
10.05am smpai kat sentosa. Pastu amik2 gambar sesikit kat luar USS. 10.15am masuk USS. Mmg ramai gak org. Alahai... Penat beratur gak lah ni.


Laluan kenderaan di bawah Pulau Sentosa... tempat parking & drop off

Tempat wajib bergambar kat USS ni

Beratur untuk masuk USS
Sebelum datang USS ni, mmg aku da survey2 ngan member2 yang pernah sampai. Untuk share kat blog ni, mender pertama yang perlu buat bila masuk, dapatkan guide map. Guide map ni penting psal dalam tu tertulis maklumat semua ride dan kemudahan yang ada dalam USS ni. Lokasi... & tips pun ada. Jadi kita bole plan perjalanan kita, bole pilih ride yang kita nak skip dulu, supaya tak tertinggal mana2 yang best. Selain tu, kena dapatkan jadual show. Psal sekali sekala diorg ada buat show... stage show, street entertaintment & jumpa character.... ikut schedule. Kalau nak tengok show atau amik gambar ngan character, mmg kena ada jadual ni. supaya tak terlepas mana2 yang best.

Dalam USS ni terbahagi kepada 7 zon. Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away & Madagascar. Setiap zon ni ada tema dan tarikan tersendiri. Camna pun, utk yang bawak bebudak, pls be aware yang banyak gak ride yang ada height limitation. Jadi kalu bawak budak kecik seeloknya ada sekurang2nya 2 dewasa. Bukan apa... boleh bergilir2 utk naik ride yang ada limitation height ni. Rugi wooo datang sini tapi terlepas ride... huhuhu







Spaghetti Space Chase.... utk bebudak bole la... aku pun tak  rasa...huhuhu



Opsss.... censored sangaattt.....
Aku ikut tips sorang yang pernah datang sini. Dia kata masuk pastu amik ke kanan. Terus tuju sci-fi zone kat mana ada ride transformer. Dia kata kalau ke kiri, banyak buang masa ngan ride yang tak best. 10.30am Masuk transformer. Lama gak beratur tunggu turn. Tapi mmg best ride transformer tu... Rasa mmg macam sebahagian dr battle lawan decepticon. Show 3D... Siap kena percik air n kena tembak. Rasa bahang masa kena tmbak ngan megatron n angin masa gerak laju. Aku bagi 5 star utk ride ni. 

Beratur nak naik ride Transformer
Sepanjang tempat beratur diorang buat diorama  macam kita tengah nak gi ke base Autobots. Diorang built feels sebelum naik ride.
All spark... ker?
masa beratur, diorang isi masa kita ngan tayangan video & prop

Penat wei beratur.... panjang....
Transformer ni, ada had ketinggian. Jadi Nia takleh masuk. Dora tunggu kat luar. Kesian gak. Tapi katanya diorg isi masa ngan tengok street show character sasame street. 

Abis transformer tu jumpa dora n nia kat luar. Pegi tengok show light camera action. Bole laa... Masuk dlm bilik, ada set mcm dorkyard. Pastu kena hurricane. Tercabut sana sini... Tercampak sini sana... Terbakar meletup... Aku bagi 3 star jer. Leceh pasal show tu kena berdiri ajer. 

Beratur lagi... sibaik kali ni tak lama
Lepas tu decide berpecah wat sementara waktu. Dora wina n nia pegi tengok show sesame street spaghetti space chase. Aku n nabil proceed ke rollercoaster. Ada 2 rollercoaster battlestar gallactica kat zone sci-fi tu. Trek biru utk cylon n trek merah utk human. Nak main ni syarat ketat dia takleh ada apa2 dlm poket. Tapi diorg ada sediakan locker. Yg lagi best locker tu free utk 60 minit pertama. Aku n nabil naik yg trek biru dulu. 

Wooohhooooo..... Rollercoaster ni mmg mantap. The best pernah aku naik. Aku bagi 5star. Seat kaki tergantung. Trek pegang dari atas. Memula terus speeding climb. Sampai kat atas... Seperti yg dijangka, free drop. lepas tu Aku lupa sequence. Memacam ada... Corner, pusing, summersault kedlm ada keluar ada, lalu kat mist air... Phheegggghhh.... Mmg syiok. Aku smpai pening2 dibuatnya.


Abis jer terus gi yg trek merah plak. Hmmm... Psal dah naik yg biru, bg aku yg merah ni tak syok plak. Bole laa. Patut naik yg merah dulu kot. Yg ni seat berlantai. Pergerakan dia pun tak sevariety ngan yg trek biru tadi. Aku bg 4 star jer. 


track merah & biru bersimpang siur
Abis jer kedua2 rollercoaster tu, aku nk g ride nama accelerator. Kebetulan terjumpa balik ngan dora. So wina nk join. Aku nabil n wina brtiga naik accelarator ni. Mmg bosan. Buang masa. Aku bagi 1 star jer. 

Keluar tu wina nak naik rollercoaster. Ukur tinggi, lepas. So aku temankan wina naik rollercoaster. Aku bwak dia ke trek biru terus. Takyah buang masa naik trek merah. Sibaik rollercoaster ni waiting time tak lama. Ahaksss... Aku naik 2 kali tu. Pun tetap best. Utk 2nd ride maintain 5star. Wina mmg Happy. Katanya 1st time dia bole ride rollercoaster psal sblm2 ni selalu tak lepas tinggi. 

....bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...