29 April 2013

Hadramawt Palace Restaurant, Bukit Bintang


Entah kenapa... teringin sangat nak cuba restoren arab kat area bukit bintang yang agak bersepah kat situ. Tapi tatau nak cuba kat restoren mana satu... takut tersalah pilih kang harga melalut ... atau pun rasa tak best. 

Kebetulan plak ada budak citer dia makan kat restoren arab kat bukit bintang dalam wassap. Katanya best & harga berpatutan. Dia pun bagitau nama restoren tu. Hmmm.... chanteklah... nak kena cuba.... since da ada yang rekomen. Dok ingatkan restoren tu salah 1 restorem yang bersepah depan Lot 10. Jadi tak tanya lanjutlah.

Baru ni Dora ajak gi Lot 10 lepas opis hour. Ok lah... bole dinner kat restoren Hadramawt yang direkomen tu. Bila da settle kat Lot10, keluar tengok eh.... tada pun nama restoren tu. Pastu Dora ngan konfiden kata, dia nampak restoren tu kat hujung sikit dari McD. Kitorang pun jalan ke arah sana. Tengok nama restoren tu sama, tapi bukan dia. Ejaan lain.... Hadaramot ker apa, gitulah lebih kurang. Ni bukan ni. 

Aku pun bukak map dalam hp. Tunjuk ada 1 lagi restoren ... ejaan lebih kurang Hadramaut... kat hujung sana lepas Pavillion. Apalagi, aku ngan Dora pun menapak pegi. Bukan dekat. Sampai situ... aiksss.... apsal macam lain gak....??... da start konpius.

Call jer ler tanya member tu... dedepan restoren hadramaut tu. Dia pun describe. Kebetulan ada pakcik kat situ dok kat meja makan pun menyampuk... mmg ada lagi 1 restoren nama lebih kurang kat pangkal jalan dedekat stesen petrol & embassy indonesia. Loorrr...... jauh tu? kalu menapak mau kurus.... rugi kumpul lemak bertahun2.... ahaksss.....

Terpaksa menapak patah balik ke kereta yang dok parking kat Lot10. Pegi ngan keta lah... lepas makan bole balik terus.

Restoren ni dok kat bangunan macam banglow 2 tingkat. Aku tak pasti plak kedua2 tingkat bangunan tempat dining ker.... pasal aku makan kat aras bawah jer. Kat bawah tu pun ada 2 bahagian... outdoor and indoor. Kitorg pilih utk dok dalam.

Inilah bangunan restoren Hadramawt Palace
Walaupun bangunan dia nampak simple bodo jer... tapi interior decoration dia something gak. Dah nama pun Hadramawt, sah-sah ler konsep interior middle eastern style. Diorang guna lampu-lampu &  decoration untuk create suasana middle eastern.

Entrance
Open air dining area
Indoor dining area
Dah makan kat restoren arab ni, mestilah makan nasi arab kambing. Ada beberapa jenis... yang biasa kita dengar lamb mandi atau lamb khabsah.... tapi nampak ada 1 yang tak biasa dengar kat menu... lamb madghaout. Nama dah ganas...description kat menu pun menggiurkan. Kitorang pun decide utk cuba. Air plak, order air buah nenas & honey dew shake.

Lamb Madghout 1/2kg... Wow... bole kenduri 1 kampung ni

Close up sikit kambing .... lembut
Servis cepat gak. tak sempat nak bosan, da sampai order. Mmg best masakan sini. Tapi dok layan 2-3 suap, perasan plak... takda sayur ker?... panggil balik... tengok kat menu, nampak gaya macam fattoush jer yang bole telan kot. Psal yang lain tu macam tak biasa makan. Yang buat fattoush ni best, psal dia ada macam keropok dalam campuran sayuran segar, timun, tomato & salad. Rasa plak ada masam2 sikit.

Fattoush
Dari segi harga... oklah... kira berpatutan lah. Aku makan 2 orang ngan Dora, kena RM50. Itu pun madghout lamb tu tak abis.... kitorang tapau wat balik. Kira nak ikutkan 1 portion tu boleh makan 3 orang.

24 April 2013

Vistana Hotel Bukit Jambul Penang



Outstation... Lama gak dah tak kluar. Kali ni ke penang. Hotel diorg suh amik kt vistana sekali ngan semua orang, senang driver nak collect nanti.

Walaupun kira kerap gak aku outstation penang, tapi tak pernah stay lagi kat vistana ni. Kira ni 1st time ler.

Keadaan n persekitaran kira memuaskan. Tada apa yg nak dikomplenkan.

Paling aku suka dalam bilik tidur, bantal dia. Mmg empuk, selesa dan menyenyakkan tidur. Letak kepala... Kepufff..... Tenggelam. Fuh.... Tu baru tido sorang. Kalu tido berdua... Mesti lagi best... Huhuhu.

Selain tu shower rose dlm toilet pun best gak. Puas hati mandi. Air banyak dan penuh.

Kejap jer stay sini. Check in da lewat petang.... Check out awal pagi.


Main Lobby
Lobi Lif




Mini Bar
View from my room
Another view
Shower rose yang besar...puas hati



Breakfast Buffet.... banyak gak pilihan... rasa nya ada 5-6 station
Tapi aku makan ni jer... jaga badan... hhuhuhu

23 April 2013

18 Mac 2013 _ Universal Studio Singapore Part I

Da lama berangan nk ke USS. Lepas tetanya kengkawan yg pernah pegi n pertimbangkan kesenangan, kitorg decide pegi guna pakej yg hotel tawarkan. Kitorg amik pakej ngan puteri pan pacific. 3h2m... 2nd day kat USS. Kitorg pegi ahad, balik selasa. Amik cuti 2 hari. Bebudak siap ponteng skolah... Tapi ngan surat lah. Huhuhu. Mmg sengaja pegi hari bukan cuti psal dengar citer kalu pegi hari cuti buang masa beratur ajer.

Masa check in gelabah jugak bila org hotel bgtau diorg tak book tiket uss lagi. Diorg siap cadang postpon sehari dr schedule day. Pejadah. Ingat sesenang nk arrange cuti? Panik gak dibuatnya. Syukur last2 dapat gak tiket. Lega...

Pada hari ke2 tu mmg bangun awal. Sepatutnya naik bas depan hotel 8.30pg. Lepas breakfast, tunggu kat lobi hotel sesambil isi borang imigresen s'pore. 8.45am diorg suh naik mpv dr hotel. Oh... Ok lah... Ingat tadi naik bas. Mungkin psal kitorg jer. Takkan hotel nk sewa bas plak kan?

Beborak ngan driver mpv tu. Katanya kalu naik bas kena turun dr bas masa nk chek paspot kat imigresen spore. Sibaik nek mpv. Jadi settle dlm... Takyah turun dr mpv. Masa tu gak baru dpt tau yg spore semenarnya tengah cuti sekolah semester brake. Wadderrr....?? Salah tektik gak lah ni.

Baru sampai kat Pulau Sentosa
10.05am smpai kat sentosa. Pastu amik2 gambar sesikit kat luar USS. 10.15am masuk USS. Mmg ramai gak org. Alahai... Penat beratur gak lah ni.


Laluan kenderaan di bawah Pulau Sentosa... tempat parking & drop off

Tempat wajib bergambar kat USS ni

Beratur untuk masuk USS
Sebelum datang USS ni, mmg aku da survey2 ngan member2 yang pernah sampai. Untuk share kat blog ni, mender pertama yang perlu buat bila masuk, dapatkan guide map. Guide map ni penting psal dalam tu tertulis maklumat semua ride dan kemudahan yang ada dalam USS ni. Lokasi... & tips pun ada. Jadi kita bole plan perjalanan kita, bole pilih ride yang kita nak skip dulu, supaya tak tertinggal mana2 yang best. Selain tu, kena dapatkan jadual show. Psal sekali sekala diorg ada buat show... stage show, street entertaintment & jumpa character.... ikut schedule. Kalau nak tengok show atau amik gambar ngan character, mmg kena ada jadual ni. supaya tak terlepas mana2 yang best.

Dalam USS ni terbahagi kepada 7 zon. Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away & Madagascar. Setiap zon ni ada tema dan tarikan tersendiri. Camna pun, utk yang bawak bebudak, pls be aware yang banyak gak ride yang ada height limitation. Jadi kalu bawak budak kecik seeloknya ada sekurang2nya 2 dewasa. Bukan apa... boleh bergilir2 utk naik ride yang ada limitation height ni. Rugi wooo datang sini tapi terlepas ride... huhuhu







Spaghetti Space Chase.... utk bebudak bole la... aku pun tak  rasa...huhuhu



Opsss.... censored sangaattt.....
Aku ikut tips sorang yang pernah datang sini. Dia kata masuk pastu amik ke kanan. Terus tuju sci-fi zone kat mana ada ride transformer. Dia kata kalau ke kiri, banyak buang masa ngan ride yang tak best. 10.30am Masuk transformer. Lama gak beratur tunggu turn. Tapi mmg best ride transformer tu... Rasa mmg macam sebahagian dr battle lawan decepticon. Show 3D... Siap kena percik air n kena tembak. Rasa bahang masa kena tmbak ngan megatron n angin masa gerak laju. Aku bagi 5 star utk ride ni. 

Beratur nak naik ride Transformer
Sepanjang tempat beratur diorang buat diorama  macam kita tengah nak gi ke base Autobots. Diorang built feels sebelum naik ride.
All spark... ker?
masa beratur, diorang isi masa kita ngan tayangan video & prop

Penat wei beratur.... panjang....
Transformer ni, ada had ketinggian. Jadi Nia takleh masuk. Dora tunggu kat luar. Kesian gak. Tapi katanya diorg isi masa ngan tengok street show character sasame street. 

Abis transformer tu jumpa dora n nia kat luar. Pegi tengok show light camera action. Bole laa... Masuk dlm bilik, ada set mcm dorkyard. Pastu kena hurricane. Tercabut sana sini... Tercampak sini sana... Terbakar meletup... Aku bagi 3 star jer. Leceh pasal show tu kena berdiri ajer. 

Beratur lagi... sibaik kali ni tak lama
Lepas tu decide berpecah wat sementara waktu. Dora wina n nia pegi tengok show sesame street spaghetti space chase. Aku n nabil proceed ke rollercoaster. Ada 2 rollercoaster battlestar gallactica kat zone sci-fi tu. Trek biru utk cylon n trek merah utk human. Nak main ni syarat ketat dia takleh ada apa2 dlm poket. Tapi diorg ada sediakan locker. Yg lagi best locker tu free utk 60 minit pertama. Aku n nabil naik yg trek biru dulu. 

Wooohhooooo..... Rollercoaster ni mmg mantap. The best pernah aku naik. Aku bagi 5star. Seat kaki tergantung. Trek pegang dari atas. Memula terus speeding climb. Sampai kat atas... Seperti yg dijangka, free drop. lepas tu Aku lupa sequence. Memacam ada... Corner, pusing, summersault kedlm ada keluar ada, lalu kat mist air... Phheegggghhh.... Mmg syiok. Aku smpai pening2 dibuatnya.


Abis jer terus gi yg trek merah plak. Hmmm... Psal dah naik yg biru, bg aku yg merah ni tak syok plak. Bole laa. Patut naik yg merah dulu kot. Yg ni seat berlantai. Pergerakan dia pun tak sevariety ngan yg trek biru tadi. Aku bg 4 star jer. 


track merah & biru bersimpang siur
Abis jer kedua2 rollercoaster tu, aku nk g ride nama accelerator. Kebetulan terjumpa balik ngan dora. So wina nk join. Aku nabil n wina brtiga naik accelarator ni. Mmg bosan. Buang masa. Aku bagi 1 star jer. 

Keluar tu wina nak naik rollercoaster. Ukur tinggi, lepas. So aku temankan wina naik rollercoaster. Aku bwak dia ke trek biru terus. Takyah buang masa naik trek merah. Sibaik rollercoaster ni waiting time tak lama. Ahaksss... Aku naik 2 kali tu. Pun tetap best. Utk 2nd ride maintain 5star. Wina mmg Happy. Katanya 1st time dia bole ride rollercoaster psal sblm2 ni selalu tak lepas tinggi. 

....bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...