29 Mac 2013

Post Terperam :: Tamu Lawas Sarawak Part 2


Sambungan dari sini.

Selain hasil2 pertanian dan makanan, kat tamu ni gak ada jual hasil kerja tangan kraftangan tempatan. Aku berperluang bertanya2 penjual aksesori manik. Tanya sepatah, jawapan berkertas kajang. ahaksss.... bagus lah.

Ikut citernyer, aksesori ni pakaian semasa perayaan pesta lunbawang bulan jun tiap2 tahun. Pasal aku tak biasa dengan lunbawang, aku tanya lah... kakak tu citer yang lunbawang ni salah satu dari suku kaum Orang Ulu. Suku kaum orang ulu ni banyak...kelabit, kayan, kenyah, penan, tagal antara yang disebut (dan aku sempat taip dalam tab aku masa tu)

aksesori dari manik... yang dipakai oleh orang perempuan kaum lunbawang
Kakak lunbawang yang baju hijau tu siap pakai head gear n rantai manik.... pastu panggil member dia pkai plak aksesori kat kepala, rantai n talipinggang. pastu suh aku amik gambar. semangat betul.
Vest ni buat dari kulit pokok... very d nature gitew. Dipkai oleh orang lelaki kaum lunbawang
Brader kaum lunbawang ni sanggup pkai baju kulit pokok n topi macam topi koboi tu. pastu amik tombak.... ingatkan nak cucuk aku ker.... ghupanya posing utk aku.... tombak betul tau
Hasil kraftangan tempatan... anyaman bakul & tudung saji.... eh.... ke topi.... aku pun lupa lerr....


Kat tamu ni gak banyak buah-buahan yang ranum2 dan mengiurkan hingga nafsu bergolak....(eh... macam cerpen lucah plak).... banyak gak buah yang tak pernah tengok & tahu. Ada antara buah-buahan ni mmg dari sarawak, tada kat tempat lain. Cuma sayang sikit, aku tak merasa buah-buahan tu... psal masa mencemburui... huhuhuh

Buah Membangan. Macam buah mangga. kalau masak berbau wangi.
Buah Tarap. Katanya kulit yang macam antena kekecik tu melekat kuat. Dengar kalu silap2 boleh tersiyat kulit kalu kena. Isi dalam berulas2. Rasa manis dan wangi.
Buah durian sarawak... warna kulitnya keemasan
Labu... kalu yang besar, besar gak

Yang dok menjual2 ni ada gak yang rajin melayan aku. Almaklum orang luar... suka lah diorang bercerita. Aku plak suka mendengar. Cuma tak semua yang sempat aku catit. Mana yang tak catit tu mmg lupa dah lah. Ada diorang citer pasal buah sabai atau kat sabah diorang panggil buah kembayau). Diorang kata buah tu takda masa tu psal bukan musim. Buah tu bentuk mcm bola rugbi dan isinya rasa lemak2.



Ikan ni katanya nama ikan imam shafie. Tak pernah tengok. Nampak macam best
Plat perasmian Tamu Lawas. Tamu ni dirasmikan tahun 2002

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...