29 Mac 2013

Post Terperam :: Tamu Lawas Sarawak Part 2


Sambungan dari sini.

Selain hasil2 pertanian dan makanan, kat tamu ni gak ada jual hasil kerja tangan kraftangan tempatan. Aku berperluang bertanya2 penjual aksesori manik. Tanya sepatah, jawapan berkertas kajang. ahaksss.... bagus lah.

Ikut citernyer, aksesori ni pakaian semasa perayaan pesta lunbawang bulan jun tiap2 tahun. Pasal aku tak biasa dengan lunbawang, aku tanya lah... kakak tu citer yang lunbawang ni salah satu dari suku kaum Orang Ulu. Suku kaum orang ulu ni banyak...kelabit, kayan, kenyah, penan, tagal antara yang disebut (dan aku sempat taip dalam tab aku masa tu)

aksesori dari manik... yang dipakai oleh orang perempuan kaum lunbawang
Kakak lunbawang yang baju hijau tu siap pakai head gear n rantai manik.... pastu panggil member dia pkai plak aksesori kat kepala, rantai n talipinggang. pastu suh aku amik gambar. semangat betul.
Vest ni buat dari kulit pokok... very d nature gitew. Dipkai oleh orang lelaki kaum lunbawang
Brader kaum lunbawang ni sanggup pkai baju kulit pokok n topi macam topi koboi tu. pastu amik tombak.... ingatkan nak cucuk aku ker.... ghupanya posing utk aku.... tombak betul tau
Hasil kraftangan tempatan... anyaman bakul & tudung saji.... eh.... ke topi.... aku pun lupa lerr....


Kat tamu ni gak banyak buah-buahan yang ranum2 dan mengiurkan hingga nafsu bergolak....(eh... macam cerpen lucah plak).... banyak gak buah yang tak pernah tengok & tahu. Ada antara buah-buahan ni mmg dari sarawak, tada kat tempat lain. Cuma sayang sikit, aku tak merasa buah-buahan tu... psal masa mencemburui... huhuhuh

Buah Membangan. Macam buah mangga. kalau masak berbau wangi.
Buah Tarap. Katanya kulit yang macam antena kekecik tu melekat kuat. Dengar kalu silap2 boleh tersiyat kulit kalu kena. Isi dalam berulas2. Rasa manis dan wangi.
Buah durian sarawak... warna kulitnya keemasan
Labu... kalu yang besar, besar gak

Yang dok menjual2 ni ada gak yang rajin melayan aku. Almaklum orang luar... suka lah diorang bercerita. Aku plak suka mendengar. Cuma tak semua yang sempat aku catit. Mana yang tak catit tu mmg lupa dah lah. Ada diorang citer pasal buah sabai atau kat sabah diorang panggil buah kembayau). Diorang kata buah tu takda masa tu psal bukan musim. Buah tu bentuk mcm bola rugbi dan isinya rasa lemak2.



Ikan ni katanya nama ikan imam shafie. Tak pernah tengok. Nampak macam best
Plat perasmian Tamu Lawas. Tamu ni dirasmikan tahun 2002

26 Mac 2013

Post Terperam :: Tamu Lawas Sarawak Part 1

Ada lagi post2 yang terperam lama.... kali ni citer tahun 2011. Aku taruk dalam blog tapi tak sempat nak edit dan post. kasi letgo lah citer2 lama ni... sebelum bole wat kluar citer baru. sibaik ada simpan sekali nota citer. bole ler story sesikit.

untuk post kali ni semenarnya kali ketiga aku datang Lawas. mender berlaku dari 24 hingga 26 Nov. 2011 yang lalu (OMG.... lebih setahun terperam). Kira aku datang Lawas ni terakhir utk projek yg trlibat psal projek dah handover. Lpas ni tatau ada peluang lagi ke datang sini. Kalu sesaja memang tak sampai kat Lawas ni. Huhuhuhu.....

Semenarnyer trip ni clash ngan aktiviti panjat gunung (oh... dah lama bersara panjat gunung ni...errr... mcm ler involve sangat ...huhuhu) n aktiviti nismoclub utara berfamilyday kat songkhla, thailand. Aku pilih untuk pegi Lawas atas tuntutan tugas n kerja. Semenarnyer nak kata clash pun tak jugak. Psal event kat Lawas 25hb, tapi psal tada tiket flight balik ke Miri dr Lawas, jadi trpaksa extend ke 26hb. Tu yg terclash jgak.

Bila dah smpai Lawas, alang2 tu trpikir gak nak singgah Brunei. Lebih kurang sejam dua jer nk sampai Bandar Sri Begawan. Tapi bila kira bebetul, payah gak dan agak rush. Pengangkutan ke Brunei pun tak arrange. Jadi baik aku dok kat Lawas je ler, tengok persekitaran dan suasana tempat orang.

24hb masa smpai Lawas, kebetulan ada majlis doa selamat. Lepas tu ada ler memakan. Sedap gak masakan yg dihidangkan. Nasi dia ada sesikit mcm pulut, lemak. Yg lain sikit, sambal belachan dier ada kick laa. Rasa dier power, tak pernah rasa sambal belachan best gini. Pastu tetanya ler orang Lawas. Ikut ceghita belachan kat Lawas ni mmg special. Tapi masalahnya diorang tak buat belachan secara komersil/besar2an. Agak limited dan payah nak dapat.

Disambung ceghita, katanya kalau dapat makan sambal tahai lagi best. Huh? tahai tu mendalah apa plak? Ghupanya tahai ni ikan tamban yang disalai. Maklumat yg dapat, kalu nak dapatkn makanan2 unik kawasan ni macam ikan tahai, belacan dll tada tempat lain hanya kat Pasar Tamu, kira macam pasar tani kat semenanjung. Tetanya org, dapat tau Pasar Tamu tu dalam jarak jalan kaki dari hotel. Jadi aku pun set kan utk wat lawatan sambil belajar ke tamu.

Jalan kaki nak ke Tamu... lalu roundabout ada mcm gasing besar belah kiri tu. yang bumbung2 n khemah belah kanan "gasing" tu lah Tamu.
Buah-buahan tempatan...

gerai kueh mueh

Ikan bilis (?)
lada kering...perasan tak saiz lada stended kat belah atas tu. yang bawah besar len macam

err.... ni jual kepah ker kupang ker... aku pun tak ingat apa nama. Bebesar kerang dia.... teringin gak nak merasa... tapi apakan daya....
Yang ni siap dikeluarkan dari cengkerang


inilah dia ikan tahai atau ikan salai
ni ikan tahai yang dah siap bungkus kekecik
harga ikan tahai ni:
rm35/kg - dah masak
rm18/kg - berkulit lagi

garam bukit rm10/pack

citer pasal garam bukit Ba Kelalan masuk dlm sokabar

beras bario


...bersambung...

25 Mac 2013

Post Terperam :: I-City Shah Alam

hahaha.....

ni 1 lagi port terperam.... ceghita outdated.... tapi ada related ngan citer kat http://naza-atai.blogspot.com/2012/07/concord-hotel-shah-alam.html. masa aku pegi i-city tu tak siap 100% lagi. rasanya sekang da tak sama dah.... yang latest aku tau siap ada water theme park.

masa dok kat hotel concord Shah Alam, Dora bwak bebudak tido kt hotel tu sekali. 1 malam tu aku ajak diorg gi jenjalan kat I-city. Saja nak tengok, dah kechoh kata best kat i-city tu kalu memalam tengok lampu. tapi Dora n Nabil tamau ikut... so aku bwak Wina & Nia jer lah.

Yang aku ingat ada 3 mender jer masa tu. ada tempat snow, tempat lampu memacam bentuk & tempat game& ride untuk bebudak. Masuk tu free jer kecuali yang snow tu kena tambah duit. mahal gak...tu tak termasuk sewa baju sejuk. tak ingat plak aku brapa. Wina bersungguh pujuk aku utk masuk. tapi aku bagi alasan kata lenkali lah datang sekali ngan mimi & abang. Sibaik dia terima. pastu layan diorang naik ride n jalan kat park yang ada lampu2 tu.

Masa nak balik jer aku terkejut ngan caj parking.... tak ingat plak brapa tapi tinggi gak. tapi bila pikir balik, kira parking tu consider bayaran masuk ke i-city tu lah. 

OKlah.... nak kelentong apa lagi pun tatau.... layanlah gambar yg tak seberapa ni....













24 Mac 2013

Post Terperam :: Tamu Miri Sarawak

Ahaksss..... ni satu lagi post terperam. kalu tadi ada gak sesikit citer aku taip... yang ni tada citer langsung... ada gambar jer..... huhuhhu....

aku plak mmg jenis short term memory lost.... mmg tak ingatlah apa citer. OMG...!!!

kalu tak silap, gambar ni aku amik masa aku pegi ke Lawas untuk kerja. transit kat Miri. masa kat miri tu ada masa sikit, pegi lah ke pasar atau nama diorang panggil kat sarawak ... Tamu. Kat kawasan tamu ni ada 2 blok... 1 tu Tamu Muhibbah & 1 lagi Tamu Khas. Aku tak ingat & pasti plak apa beza. Kalu tak silap, 1 tu pasar biasa... jual sayur ikan etc.... yg 1 lagi jual barangan kering & kraftangan. Kalu silap sori yerk.... huhuhu

Citer panjang pun tak guna. nak bagi tips apa2 pun da lupa..... so layan gambar2 yg bosan ni je lah....

Signboard masuk ke Tamu Miri Sarawak

Jambu... batu & air

Gerai buah-buahan
Senduk Kayu Nibong

Ikan-ikan kering
Tak ingat plak aku ikan kering apa ni....
Yang ni pun tatau ikan apa.... huhuhuh
Ikan terubuk dalam bekas
Yang ni ikan terubuk yang dah bungkus
Beras2 bario.... memacam jenis & warna
hasil kerja tangan tempatan.... anyaman
makcik ni tengah potong belacan


Telur Ayam Kampung



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...