17 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Niuewmarkt

Sambungan dari Jenjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square.

Dari Dam Square, kitorang jalan menuju ke Niuewmarkt. Macam berbelit sikit kan nak nyebutnya. Psal tu bahasa dutch. Tapi semenarnya senang jer.... Dalam English maknanya "New Market" atau dalam bahasa kita, "Pasar Baru". Baru sangat ke pasar sini? Ahaksss.... Sejak tahun 1614 lagi... tak ler baru sangat. Ahaksss. Semenarnya lagi, kawasan ni adalah antara daerah yg tertua kat Amsterdam.


Main jalan agak2 jer berpandukan map. Dah nama pun explore. Ni antara gambar2 yg sempat amik otw jalan menuju ke Niuewmarkt:




03 Februari 2014

Janjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square

Sambungan dari post Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol.

Centraal Amsterdam ni stesen keretapi paling penting untuk keluar masuk ke Amsterdam dan transit untuk ke destinasi2 lain seluruh Netherland. Selain tu ke destinasi2 europe yang lain. Memang sibuk giler lah Centraal ni. Platform2 keretapi dia takyah sebutler... memang banyak. Yang gempaknya, bangunan Centraal ni dibina pada tahun 1889.... gilerr tua bangunan ni. Antara feature utama bangunan Centraal ni adalah penggunaan red clay facing brick yang berikan warna merah kepada Centraal. Tapi kat tiang2 digunakan blok2 warna putih (aku tak pasti amender) untuk kasi kontras ngan warna merah clay brick tu. Selain tu banyak gak arches half round dan ornament sculpture kat dinding2 facade Centraal. 
Interior Centraal

02 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Airport Schiphol

Sambungan dari post Amsterdam - Cork - London - Paris ni.

Kalu nak ikut plan nak post entry psal amsterdam dlm 1 post jer.... tpi bila pilih2 gambar... banyak ler plak nak share. jadi terpaksa ler pecah2 kan jugak. Kali ni citer kat Schiphol Airport.
Nia nampak happy ngan uncle BJ 

20 Januari 2014

PS3 GRAN TURISMO 6 Collector's Pack

Ada kaitan dengan post psal GT-R GT6 ni.

Inilah dia Gran Turismo 6 Collector's Pack yang dibeli dengan tujuan untuk dapatkan GT-R GT6. CD game PS3 tu aku tukar ngan powerbank... deal dengan Heri. Kebetulan memang aku perlukan powerbank plak masa tu.

errr... apa nak diciter yerk?.... lebih kurang macam citer kat GT-R GT6 jer. Layan gambar jer lah....

Ni gambar baru jer lepas beli. Tengok sticker biru tu ada tulis apa yang include dlm pack ni.

19 Januari 2014

Prinzpark Terengganu

Ada kaitan dengan post kopok lekor ni. Dah lama ni.... jadi aku pun tak berapa ingat apa citer... Apa2 pun share jugak ler... sekurang2nya bole layan gambar.

Atas tuntutan tugas, aku ke Kuala Terengganu untuk 2 malam dan 2 hari. Hotel disediakan oleh penganjur program di Prinzpark Terengganu. Tak pernah dengar lagi nama hotel ni. Hotel baru kot. Kalau hotel baru mesti best. Gitulah expectation aku. Terletak dalam Terengganu Equestrian Resort (TER) kat Kuala Ibai. Dekat dengan masjid terapung putih kat KT tu. TER ni dengarnya tempat YM Sultan Terengganu simpan kuda-kuda baginda. Aku ke hotel ni naik teksi dari Airport Terengganu, dalam lebih kurang 20-30 minit.


Bila masuk bilik... hmmmm..... luas jugak.... itu jer. Semenarnya bole kata terlebih luas dari yang sepatutnya. Hingga nampak macam "kosong" dan takda wow factor plak. Kalau sewa bilik untuk bawak family yang ramai mungkin sesuai. Walaupun macam ada cubaan untuk menggempakkan suasana bilik, tapi macam tak cukup. Walaupun hotel ni baru, tapi gaya dan idea agak biasa. Finishing dan furnishing dipilih dari tona warna bumi (earth tone) dan tiada corak striking. Mungkin psal tu suasana dalam bilik dull saja. Atau mungkin itu yang designer interior hotel ni mau.....

18 Januari 2014

EBBRO 1:43 NISSAN GT-R NISMO GT3 N24 2013

haiiihhh.... tatau lah kenapa payah sangat aku nak update blog ni.... nak kata takda mender nak share, banyak gak.... cuma mood nak menaip tu yang takda....

Kali ni entry yang senang sikit lah... takyah karang citer pepanjang.

Tapi tak best plak kalu takder citer langsung..... citer lah sikit...... citernya begini

Memula dapat tau kewujudan GT-R limited dari GT6 ni dari Sarum. Dia post dalam group wassap. Memang terliur sejak tengok gambar2 dalam group wassap. teringin sangat nak... Mau taknya.... NISSAN tuu... my feberet..... tapi macam tak mungkin aku nak beli, psal aku takda PS. Beli memahal sekali ngan CD PS3, pastu CD tu tak pkai... macam membazir ler plak. Sarum kata CD tu boleh jual.... masalahnya aku tatau nak jual kat sapa? Satu kerja ler plak nak mencari orang yang nak beli....

Dok dalam kotak lagi

05 Januari 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang ni acara tahunan SKDK, sekolah Nabil dan Wina. Macam tajuk acara, hari sekolah bagi anugerah kepada pelajar2 atas kecemerlangan diorang untuk tahun tu. Alhamdulillah Nabil dan Wina selalu tidak terlepas dari dapat anugerah setiap tahun. Syukur atas pencapaian diorang. 



29 Disember 2013

Nanny Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat mana nak start...?. hmmm.....

Aku cuba mula dari 14 tahun lepas... masa mula2 aku kenal seorang insan istimewa yang aku mesra panggil Nanny. Perkenalan disebabkan oleh penyatuan hidup aku dengan isteri tersayang, Dora. Memang tak boleh disangkalkan Nanny adalah sorang yang sangat-sangat-sangat istimewa untuk Dora. Sejak aku kenal Dora kat U, dia dah mula bercerita perihal Nanny. Semua ceritanya berkisarkan bagaimana kasih, sayang dan sanjungan dia kpd Nanny. Buatkan aku teringin sangat untuk kenal dengan Nanny.
Gambar tak bertarikh, seawal pekenalan...
Aku tak berapa ingat kat mana dan bila pertama kali aku jumpa dengan Nanny. Yang aku ingat, mula2 jumpa dia dah mesra dan macam kenal lama. Ghupanya memang sifat Nanny, sangat peramah dan suka berseloroh. Dia suka buat lawak2 bagi kita suspen... hahaha... masa memula pun aku dah gelabah ngan lawak nyakat dia... Tak hairanlah kalau orang disekitarnya menyanjung dan menyayangi Nanny.

01 Disember 2013

Amsterdam - Cork - London - Paris


25 Oktober smpai 11 November yang lepas, family aku pegi vacation trip.

Trip ni banyak yg special sangat utk aku. Kalu bole aku senaraikan:
1. Trip melancong paling lama dlm hidup aku... Total 18hari
2. Trip melancong paling banyak negara yg akan dilawati... Holland, Ireland, United Kingdom dan France.
3. Trip melancong yg paling banyak belanja... Berapa RM? Byk lah... Abis simpanan seumur hidup... Huhu. Sibaik Dora byk support. Nk lagi lega, kat Ireland lodging kat umah ijat jer. Jimat banyak tu.
4. Trip melancong paling jauh seumur hidup.
5. Trip melancong pertama kat europe.
6. Trip melancong pertama aku drive sendiri... Kat Ireland.
7. Trip melancong paling jauh jalan kaki kot.
Banyak lagi yang special kot.... 

Hari pertama di Europe sampai di Schiphol Airport Amsterdam
Apa2 pun post psal vacation ni aku jangka akan banyak dan amik masa. Share sikit2 lah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...