17 Februari 2014

Jenjalan Amsterdam - Niuewmarkt

Sambungan dari Jenjalan Amsterdam - Centraal to Dam Square.

Dari Dam Square, kitorang jalan menuju ke Niuewmarkt. Macam berbelit sikit kan nak nyebutnya. Psal tu bahasa dutch. Tapi semenarnya senang jer.... Dalam English maknanya "New Market" atau dalam bahasa kita, "Pasar Baru". Baru sangat ke pasar sini? Ahaksss.... Sejak tahun 1614 lagi... tak ler baru sangat. Ahaksss. Semenarnya lagi, kawasan ni adalah antara daerah yg tertua kat Amsterdam.


Main jalan agak2 jer berpandukan map. Dah nama pun explore. Ni antara gambar2 yg sempat amik otw jalan menuju ke Niuewmarkt:






Canal dan Bicycle... memang sah Amsterdam
Tipikalnya bangunan kat Amsterdam ada mendalah ni. Katanya untuk angkat barang2 besar yg diorang masukkan melalui tingkap. Tak tau plak apa nama.




Perasan tak bangunan kelabu tu... senget...
Geram gak nak try masuk kekedai gini.... tapi dah jalan ngan anak2, amik gambar jer lah

Akhirnya sampai gak kat Niuewmarkt.... agaknyer lah.... psal nampak gerai2 jual memacam... dari sayur, buah, makanan, bunga dan memacam lagi. Tapi sebelum bole sampai tu memang lenguh gak kaki dibuatnya. Kesian plak kat mama masa tu. Diorang benti rehat jer... tak selera kot nak gi jenjalan kat "pasar". ahaksss.....


Cafe2 sebelah Niuewmarkt
Suasana sekitar pasar
Bukan takat makanan sahaja....Belakang tu The Waag
Ada tempat duduk2... diorang lepak kat sini, sementara aku explore "pasar"
Kalu nak ikutkan takdalah bangunan pasar kat Niuewmarkt... sebaliknya hanya dataran pelbagai guna dan bangunan diorang panggil The Waag. Asal dulu dataran tu laluan air, tapi pada tahun 1614 tu diorang tambun untuk dijadikan kawasan pasar. Pasar plak berubah... tiap2 hari pasar harian. Hari Sabtu ada pasar makanan organik. Pastu Ahad, kalau musim panas, ada pasar jual buku2 lama dan barangan antik. Masa kitorg sampai, pasar makanan organik tengah berlangsung.
beratur panjang dorg utk beli fresh fruit juice
Gerai bunga
Gerai buah-buahan
Gerai bunga2 segar.....
Gerai ubi-ubian
Gerai sayur-sayan
Gerai roti2an. Tokey dia singh lerrr.....
Gerai keju
Gerai roti2an lagi....
Ada tu, aku teringin nak try beli buah2 yang jual kat situ. Nampak buah anggurnya menggiurkan ler jgak. Masa dok belek2 tanya harga, sipenjual tu siap warning.... katanya hati2... buah tu mahal. Ahaksss.... Tak jadi beli terus.....

Gerai buah2an
Gerai Sayur2an plak
Nak crita The Waag plak semenarnya dulu sebahagian dari tembok dan pintu masuk (gate) ke Medieval City Amsterdam dibina pada tahun 1448. Alaaa... kalu tengok crita omputeh yang ada kota2 lama... pastu nak masuk kena lalu gate... haaa.... The Waag ni dulu gate kota tu lah. Tapi tembok kota tu dirobohkan pada kurun ke 17 pasal diorang ubah strategi pertahanan. Masa jadi pasar pd tahun 1614 tu, diorang jadikan The Waag ni rumah timbang plak. Pernah gak The Waag ni jadi muzium. Masa kitorang pegi baru ni dah jadi cafe plak... ahaksss....
The Waag
Nak citer, kat New Market aku beli bulu biri2. Alaaa..... yang orang buat karpet tu. Psal ada 1 gerai ni jual barangan dari biri2. Daging, susu, baju kait, cenderahati dan yang paling menarik minat aku bulu biri2 tu lah. Macam2 saiz, warna dan corak. Yang pasti memang original. Camna tau? Pasal bulu2 tu masih ada bau2 kambing gitu. Ahaksss....Aku dah lama target nak beli bulu biri2 ni... Sekali terjumpa, cantik2 bulunya tebal2....harga plak kira2 macam ok... lagi pun duit masih tak bersentuh (ye lerr... baru sampai). Masa aku jumpa gerai tu, aku sorang... pastu aku pegi cari Dora bawak ke gerai ni... minta 2nd opinion. Lepas dapat restu dan pilih2 yang berkenan aku pun bayar.



Pastu da puas jenjalan kat pasar tu, diorang pun nampak dah puas rehat.... jadi konpius... Nk makan dulu ke nak gi Nemo Science Center. Decide utk makan dulu... Tawaf 1 round lalu balik Centraal ke kedai kebab yg kitorg perasan Masa nk g Dam Square tadi. Penat gak brjalan. Kesian kat mama dah tak larat berjalan balik. Diorang dah give up... Nak gi Schiphol balik dah. Adeh....baru round kecik. Nmpaknya tips pakcik tukang masak tu takleh pkai.

Seeloknya amik tiket tram kalu tak silap €7 utk 7-8 destinasi. Ni dapat tips dr internet. Nak berjalan ke area2 Rikt Museum dan Van Gogh Museum tu mmg kematu ler kaki. Oh yaa... Lagi 1 tips dr internet gak kata, kat belakang centraal tu ada jeti feri yg bwak org seberang sungai secara percuma. Jadi kalu nk cruise free bole naik feri ni. Tapi kitorg tak buatlah... Atas sebab2 yg tidak dipastikan. Huhu




Kedai cina belah kanan tu

Bersambung lagi.......

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...