26 Februari 2014

TOMICA LIMITED :: Nissan Fairlady 370Z Z34

Banyak semenarnya utang2 entry untuk aku update blog ni... tapi semuanya nak kena karang ceghita.... pepanjang plak tu. Masa plak mencemburui aku.... che waahhh..... Tadi plak peminat2 aku, macam Misbah, Krox dan Bajang dalam group whatsapp x-matrix dah bising suh aku update blog.... da pandai demand peminat2 aku nih.... ahaksss.....

Oleh itu, untuk tidak menghampakan peminat2 aku, aku masukkan dulu entry yang tak perlu aku mengarang panjang.... cukup kasi gambar jer.

Ni adalah TOMICA LIMITED terkini aku beli. Dapat info kat SOGO ada restock TOMICA LIMITED... dan yang bestnya... ada keta Nissan. Yesss... keta plak Nissan Fairlady 370Z Z34. Kirim kat informer, tapi terlambat sikit, dia dah blah dari lokasi kejadian. Tak berlengah lepas opis abis, aku ke lokasi kejadian untuk memastikan sebuah 370Z akan menjadi milik aku. Ada 1 kotak besar yg sepatutnya berisi 16 biji 370Z ni. Masa aku sampai tu beberapa biji dah dikebas orang. Jadi aku pilih ler memana yang ada utk memastikan yang aku dapat paling chun antara yang tinggal.

Nak citer, selang 2-3 hari, aku pegi balik ke tempat kejadian, dah lesap terus semua 370Z ni. Sedangkan TL yang lain masih bersepah. Aiihhh..... kenapa ler ghamai sangat suka TL-TL Nissan ni...? huhuhu

Jadinya untuk tidak membuang masa aku menaip.... kita layan lah gambar.....

Dok Parking dalam kotak lagi


Amik... siap tanda harga lagi.... huhuhu

Usaha untuk membebaskan TL 370Z ni dari belenggu kekotakkan (Apa punya bahasa daaa.....)





Bukak pintu sket.....



Bergandingan ngan abang dia TL GTR R35
Sikit info psal 370Z ni... dah tradisi model Z dari Nissan ni diberi nama ikut kapasiti enjin masing2. Bermula dengan 240Z, 280Z, 300ZX (Z31), 300ZX (Z32), 350Z (Z33) dan generasi ke-6 adalah 370Z (Z34) ni lah. Debut pada 2008 utk model 2009. Kapasiti enjin 370Z ni adalah 3.7liter V6 VQ37VHR dengan 332HP. Tapi 370Z version NISMO, rated pada 350HP. Specialnya enjin ni, ada teknologi Nissan terbaru, VVEL (Variable Valve Event & Lift) yang katanya improvement dari enjin 350Z.

Kalau tanya aku, antara keenam2 Z, aku paling suka side elevation 370Z ni. Terutama tang curvy hips kat arches belakang dan fender depan. Dan aku suka cara 370Z ni adapt cermin belakang dari 240Z yang curve ke atas berbanding 350Z yang cermin belakangnya lurus jer ke belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...