Memaparkan catatan dengan label Nostalgia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nostalgia. Papar semua catatan

29 Disember 2013

Nanny Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat mana nak start...?. hmmm.....

Aku cuba mula dari 14 tahun lepas... masa mula2 aku kenal seorang insan istimewa yang aku mesra panggil Nanny. Perkenalan disebabkan oleh penyatuan hidup aku dengan isteri tersayang, Dora. Memang tak boleh disangkalkan Nanny adalah sorang yang sangat-sangat-sangat istimewa untuk Dora. Sejak aku kenal Dora kat U, dia dah mula bercerita perihal Nanny. Semua ceritanya berkisarkan bagaimana kasih, sayang dan sanjungan dia kpd Nanny. Buatkan aku teringin sangat untuk kenal dengan Nanny.
Gambar tak bertarikh, seawal pekenalan...
Aku tak berapa ingat kat mana dan bila pertama kali aku jumpa dengan Nanny. Yang aku ingat, mula2 jumpa dia dah mesra dan macam kenal lama. Ghupanya memang sifat Nanny, sangat peramah dan suka berseloroh. Dia suka buat lawak2 bagi kita suspen... hahaha... masa memula pun aku dah gelabah ngan lawak nyakat dia... Tak hairanlah kalau orang disekitarnya menyanjung dan menyayangi Nanny.

12 Oktober 2013

Stable Steak House Kg Baru Kuala Lumpur

Da lama tak datang makan sini. Masih wujud... Rasanya ada dekat 10 tahun. Ini lah kedai western yang aku n d gang selalu datang masa memula start keje kat KL. Dulu 1 lot jer... Sekang dah tambah lg 1 lot. Maknanya maintain ler tuh. 




Lokasinya kat bwah flet, jalan yang nk menghala ke stesen LRT Kg. Baru. Dulu payah nk parking... Sekang lagi susah... Horror...Hahaha. Kalau sesaja nk dtg mmg rekomen nek LRT jer. 

Hiasan dalaman kedai ni banyak berkisar pada stable dan kuda. Gambar, prop, patung semua berkaitan dengan kuda. Agak unik jugak lah. Dari dulu hiasan dia camni... Da kembang ke lot sebelah pun masih maintain hiasan dengan tema tu. 






Dari segi makanan, bole kata semua tipikal western cuisin kat mesia ni ada. Takda plak menu yang pelik2. Untuk dating dengan Dora semalam, aku order lamb chop... Dora plak chicken chop. Pastu side order mushroom soup. Mushroom soup ni dtg siap dgn 3 roti bun dan saltless butter. Istimewanya roti bun dia sesangat lembut. 





Cara presentation makanan tu pun bebiasa ajer. Dari segi rasa, bagi aku boleh la kata best. Walaupun tak der gimmick... Just plain olskool style, tapi aku bole makan smpai abis. Lamb chop aku dimasak just nice dan juicy. Boleh rasa manis kambing tu. 

Masa dok makan tetiba nampak muka familiar... Ghupanya family ayah lie pun kebetulan datang makan situ gak. 

Aku pun tatau apa yang special sangat tempat ni.... Makanan nyer ker... Hiasan nyer ker... Atau nostalgia tempat ni ker. Cakap psal nostalgia, salah satu sebab kitorg suka dtg makan sini dulu psal ada awek chun jaga kedai ni. Tapi masa aku g smlm takder plak. Kemana yerk awek tu? Huhuhu


* sori gambar pkai henpon jer... suasana dalam kedai plak suram... romentik gitew...

25 Mac 2013

Post Terperam :: I-City Shah Alam

hahaha.....

ni 1 lagi port terperam.... ceghita outdated.... tapi ada related ngan citer kat http://naza-atai.blogspot.com/2012/07/concord-hotel-shah-alam.html. masa aku pegi i-city tu tak siap 100% lagi. rasanya sekang da tak sama dah.... yang latest aku tau siap ada water theme park.

masa dok kat hotel concord Shah Alam, Dora bwak bebudak tido kt hotel tu sekali. 1 malam tu aku ajak diorg gi jenjalan kat I-city. Saja nak tengok, dah kechoh kata best kat i-city tu kalu memalam tengok lampu. tapi Dora n Nabil tamau ikut... so aku bwak Wina & Nia jer lah.

Yang aku ingat ada 3 mender jer masa tu. ada tempat snow, tempat lampu memacam bentuk & tempat game& ride untuk bebudak. Masuk tu free jer kecuali yang snow tu kena tambah duit. mahal gak...tu tak termasuk sewa baju sejuk. tak ingat plak aku brapa. Wina bersungguh pujuk aku utk masuk. tapi aku bagi alasan kata lenkali lah datang sekali ngan mimi & abang. Sibaik dia terima. pastu layan diorang naik ride n jalan kat park yang ada lampu2 tu.

Masa nak balik jer aku terkejut ngan caj parking.... tak ingat plak brapa tapi tinggi gak. tapi bila pikir balik, kira parking tu consider bayaran masuk ke i-city tu lah. 

OKlah.... nak kelentong apa lagi pun tatau.... layanlah gambar yg tak seberapa ni....













23 Mac 2013

Post Terperam :: Hydro Hotel Penang

Assalamualaikum.....alhamdulillah... hidup lagi semenarnyer aku.... ahaksss.... mmg lama dah tak menjenguk...apakan lagi post dlm blog ni... sekang da ada instagram lagi senang nak share gambar... blog ni rasa leceh plak. tapi nak share info the best pkai blog lah.... byk gambar n text bole share sekali harung. tapi tu lah masalahnya....malas nak taip... ahaksss

tamau janji apa2... tapi aku cubalah gak share apa2 yg aku lalui... moga dapat dijadikan panduan oleh org2 lain. sebagai permulaan semula ni.... aku tengok balik senarai posting.... ghupanyer ada post2 lama yang tak sempat nak sent. masih status draft. jadi aku korek balik & share je lah.....

Tapi mender ni post lama yang terperam. jadi mungkin info2 dah outdated.... ahaksss.....


Alkisahnya.... aku tak ingat ler bila.... tapi da agak lama.... yang pasti tahun 2011... kitorang ada meeting 3-4hari kat hydro hotel feringghi penang. Bilik disediakan..

Masuk bilik, perkara pertama yang aku perasan, bentuk layout bilik dia unconventional tak petak sangat mcm bilik2 hotel biasa. Pasal dinding toilet slanting (bukan perpendicular) ngan dinding bilik. Perkara kedua yg aku perasan, head panel katil dihiasi dengan lukisan batik yang besar dengan corak bunga dan warna yang striking. Keluasan bilik sederhana dan berpatutan.

Bilik aku..... ok gak... luass.......
Art work batik pada headboard katil. nice & good effort
pintu toilet slanting, agak unconventional layout
super single size bed dicantumkan bersama

Balkoni yang agak luas, tapi view kebanyakkan nya nampak bumbung rumah org. Ada ler nampak laut skit. Tapi yg kelakar skit, balkoni tu bole nampak bilik sebelah melalui bolkoni. Nak skodeng pun bole. Huhuhu
view dari balcony bilik auk
balcony.... bole nampak balcony bilik sebelah...... sibaik tak nampak apa2 permandangan menarik

Tapi yang frust sikit, tv kecik crt tu tak kesah ler sangat, tapi kualiti gambar out. Taktau, reception tak bagus atau tv tu da lama. 
TV klasik.... dalam kotak tv
Bilik air siap ada bathtub. Tapi fittings nyer semua nampak lusuh. Floor n wall finishes nampak macam baru. Mungkin pernah di'refurbished' sebelum ni. Yang kureng skit, bidet toilet takda. Nak berinstinjak kena pkai gayung. Sibaik gayung disediakan.
toilet..... gayung disediakan untuk kemudahan mencebuk.... huhuhuh


Selain tu, bilik juga disediakan facilities macam fridge, kettle, security box, hairdryer, coffee making facilities, air mineral, tv dgn channel vision4 dan few additional channel. Tapi aku tak sempat pun guna facilities tu kecuali air mineral dan tv.

Kemudahan pada mini bar.... biasa jerr......
 so far so good.... tapi.......
eeiiii...... geli plak aku nak pegang hair dryer nih.....
Hairdryer walaupun aku tak pkai, tapi handle nyerr … eeee… geli geleman…

untuk makluman gak, dari hotel ni, bole ke Pantai Miami seberang jalan melalui jejantas yg disambung terus ke level swimming pool.

ahaksss..... itu jer setakat ni.... nantikan post2 terperam yang lain plak.... huhuhuhu



22 Julai 2012

Concord Hotel Shah Alam

Alamak...... ni bila nyer ceghita nih....?? aku dah save gambar dalam blog ni lama.... cuma tak sempat nak publish jer. yang aku ingat aku pegi concord shah alam ni psal ada bengkel yang aku kena attend....2-3 malam gak ler. memandangkan tak berapa nak ingat.... layan gambar je lerrr..... ahaksss.....

column bapak besar kat main lobby

bilik sederhana ajer.....

toilet


dalam closet..... ada security box

king size bed

study table


View dari dalam bilik

TV ketinggalan zaman & mini fridge

toiletries percuma dalam toilet

view dari lobi lif, nampak plaza masalam n swimming pool

view dari bilk, masjid shah alam ketika senja

Nak citer F&B concord ni..... memang best makanan kat sini....


ada live music.... layman.... siap bole request lagu
Antara yang best F&B sini, pasta dia..... bole customised ikut selera kita..... ada borang special utk order.... mintak jer camna yang kita nak..... chef akan masakkan


yang ni chef tu yang suggest kat aku..... sluurrrpppp..... e eh.... posaaa..... tak leh lelebih....





15 September 2011

Takara Choro Q :: Nissan Elgrand


Berkaitan dengan posting yang ni.


Takara Choro Q ni mainan kereta kecik dan kiut dari jepun. Kereta2 Choro Q ni plak berdasarkan kereta sebenar, cuma di'kartun'kan dengan memendekkan wheelbase & membesarkan tayar. Selalunya tayar getah dan bodi plastik. Siap ada coil-spring pullback motors utk main dengan tolak kebelakang/pullback, lepaskan dan akan bergerak kedepan. Satu lagi feature yg aku baru tau, kat belakang setiap kereta choro Q tu ada slot utk letak coin utk jadi pemberat & boleh wat efek wheelie... 

Kalu nak ceghita sejarah antara aku dan choro Q, memang da lama, sejak aku kat sekolah rendah lagi. Tapi aku tak brapa nak ingat. Ceghitanya dulu aku ada banyak gak "koleksi" Choro Q ni. Cuma masa tu aku tak tau ler namanya choro Q. Masa tu, abah ada bisnes deal ngan orang jepun. Jadi org jepun, Kiyotoshi-San, ni selalulah datang mesia, tido umah kitorang. Antara buah tangan yang selalu dia bawak dari jepun, mainan Choro Q ni lah. Setiap kali dia datang bawak 2-3 bijik Choro Q. Sampai berbelas gak ler total semua. Tapi masa kecik dulu mana nak pikir psal collector ker apa... main sampai ranap & rosak dan taktau kemana dah semua choro Q tu sekang.

Buat masa sekang aku hanya ada 2 ekor jer choro Q. Elgrand ni ngan Calsonic Impul Z, pernah aku masukkan dalam blog nih.

Nissan elgrand, sebut ajer mesti terbayang van bapak besar. Yeler dia kategori MPV mewah. Kalu nak ikutkan sekang Elgrand ni dah ada 3 generasi. Tapi Elgrand choroQ ni generasi kedua dengan kod E51. pilihan enjin pada E51 antara VQ25DE atau VQ35DE. kedua2 tu enjin V6 dgn kapasiti 2.5L & 3.5L. Yg VQ35DE tu sama enjin yg pkai kat Nissan Fairlady 350Z.

Layan gambar jer lerr.....






nampak tak slot syiling kat belakang tu....?


double sunroof tuu....




posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...