23 Mac 2013

Post Terperam :: Hydro Hotel Penang

Assalamualaikum.....alhamdulillah... hidup lagi semenarnyer aku.... ahaksss.... mmg lama dah tak menjenguk...apakan lagi post dlm blog ni... sekang da ada instagram lagi senang nak share gambar... blog ni rasa leceh plak. tapi nak share info the best pkai blog lah.... byk gambar n text bole share sekali harung. tapi tu lah masalahnya....malas nak taip... ahaksss

tamau janji apa2... tapi aku cubalah gak share apa2 yg aku lalui... moga dapat dijadikan panduan oleh org2 lain. sebagai permulaan semula ni.... aku tengok balik senarai posting.... ghupanyer ada post2 lama yang tak sempat nak sent. masih status draft. jadi aku korek balik & share je lah.....

Tapi mender ni post lama yang terperam. jadi mungkin info2 dah outdated.... ahaksss.....


Alkisahnya.... aku tak ingat ler bila.... tapi da agak lama.... yang pasti tahun 2011... kitorang ada meeting 3-4hari kat hydro hotel feringghi penang. Bilik disediakan..

Masuk bilik, perkara pertama yang aku perasan, bentuk layout bilik dia unconventional tak petak sangat mcm bilik2 hotel biasa. Pasal dinding toilet slanting (bukan perpendicular) ngan dinding bilik. Perkara kedua yg aku perasan, head panel katil dihiasi dengan lukisan batik yang besar dengan corak bunga dan warna yang striking. Keluasan bilik sederhana dan berpatutan.

Bilik aku..... ok gak... luass.......
Art work batik pada headboard katil. nice & good effort
pintu toilet slanting, agak unconventional layout
super single size bed dicantumkan bersama

Balkoni yang agak luas, tapi view kebanyakkan nya nampak bumbung rumah org. Ada ler nampak laut skit. Tapi yg kelakar skit, balkoni tu bole nampak bilik sebelah melalui bolkoni. Nak skodeng pun bole. Huhuhu
view dari balcony bilik auk
balcony.... bole nampak balcony bilik sebelah...... sibaik tak nampak apa2 permandangan menarik

Tapi yang frust sikit, tv kecik crt tu tak kesah ler sangat, tapi kualiti gambar out. Taktau, reception tak bagus atau tv tu da lama. 
TV klasik.... dalam kotak tv
Bilik air siap ada bathtub. Tapi fittings nyer semua nampak lusuh. Floor n wall finishes nampak macam baru. Mungkin pernah di'refurbished' sebelum ni. Yang kureng skit, bidet toilet takda. Nak berinstinjak kena pkai gayung. Sibaik gayung disediakan.
toilet..... gayung disediakan untuk kemudahan mencebuk.... huhuhuh


Selain tu, bilik juga disediakan facilities macam fridge, kettle, security box, hairdryer, coffee making facilities, air mineral, tv dgn channel vision4 dan few additional channel. Tapi aku tak sempat pun guna facilities tu kecuali air mineral dan tv.

Kemudahan pada mini bar.... biasa jerr......
 so far so good.... tapi.......
eeiiii...... geli plak aku nak pegang hair dryer nih.....
Hairdryer walaupun aku tak pkai, tapi handle nyerr … eeee… geli geleman…

untuk makluman gak, dari hotel ni, bole ke Pantai Miami seberang jalan melalui jejantas yg disambung terus ke level swimming pool.

ahaksss..... itu jer setakat ni.... nantikan post2 terperam yang lain plak.... huhuhuhu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...