Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

14 September 2014

Me'nate Steak House Ampang

Aritu ada event Merdekaraya NISMOCLUB kat Tapah Perak. Car pool dengan Benjy. Dalam perjalanan balik dok borak-borak. Antara yang dibincangkan atau lebih sesuai dikondemkan oleh benjy adalah BBQ kambing yang dihidangkan kat event tu. Huhuhu... Katanya kambing tu tak best lah.. manis sangatla....hangus lah... Tapi abis jer kambing BBQ tu tadi. huhuhu. Menurut beliau, BBQ tak sepatutnya gunakan madu atau gula sebagai perencah peram. OMG!!! biar betul...?? selama ni aku selalu guna madu. Katanya madu atau gula sebabkan BBQ tu senang hangus, kat luar hitam... dalam belum masak. Hmmmm..... ada benar juga kata2 beliau itu. Patutlah BBQ yang aku buat selama ni hangus...!!! ahaksss.....

Bahagian depan restoren
Dia pun ceghitalah camna kalu dia yang buat resepi BBQ tu. Aku layankan ajer, tamau ngantuk drive keta dier. Tak berapa ingat dah resepi2 yang dia kongsikan. Pastu keluar plak topik yang dia tau 1 tempat western food yang gempak... yang mesti dicuba. Masakan steak kat tempat ni adalah perfect kata benjy. Biar betull.....?? (berapa banyak biar betull dah...?)

03 Ogos 2014

Roasted Lamb with Honey, Mint & Corriander / Kambing BBQ

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H... Maaf Zahir & Batin!!! (amik kesempatan buat ucapan sikit)

Memang agak tidak sesuai gitu posting resepi kambing BBQ masa musim2 raya aidilfitri ni... Tapi suka hati aku lah... ahaksss... Eh... mana ler tau ada yang nak hidang utk tetamu yang datang beraya... tak salah kan? Cerita aku buat BBQ kambing ni pun masa bulan posa lepas... tak sempat nak upload jer... layan....
.
.
.
.
.
Kali ni aku nak share risipi-sipi kambing bakar baeknyerr...Taraf2 masterchef lah... Resepi ni diperturunkan kepada aku oleh sedara Mizar AKA Mamu. Sebelum2 ni kitorg selalu buat kambing bakar black paper honey (kertas itam madu). Kali ni lain... Kali ni aku namakan kambing bakar mint corriender honey (pudina ketumbar madu)... (atau tunggang terbalik antara madu, ketumbar & pudina) Wow... Panjang nama dah macam resepi plak.



30 Jun 2014

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Sabtu minggu lepas, masa organise Trackday NISMOCLUB kat Kampung Gajah Perak, radiator cap presage tu crack plak. Memang dah sampai ajal dia. Isi air keluar balik macam air paip jer. Masa tu dah lewat petang. Chek ngan insuran, kalu nak tow cover 150km jer pergi balik. Kalu nk tow smpai KL kena top up RM500 lebih. Adeh... Hujung bulan plak tu. Keesokan hari plak Ahad, memang kedai sparepart atau kedai radiator tak bukak punya. Alhamdulillah kengkawan NISMOCLUB Perak bagi cadangan untuk bantu. Keputusan diambik, aku kena stay kat Ipoh 2 malam smpai ari isnin. Kat Ipoh aku akan tido kat umah Shahren. Keta plak tow kat workshop member kat Bota.

Nak tunggu towing truck smpai pun dah 2 jam. Sibaik ada kedai makan kat situ. Bole ler dinner kat situ. Dipendekkan crita, aku smpai umah shahren kat ipoh dlm pkul 12 pagi.

Nak dipendekkan lagi ceghita, hari isnin tu, sementara nak tunggu keta siap repair, aku follow shahren pegi tengok kerja kontrak yag dia dok buat sekang. Da settle semua dia bwak aku pegi makan lunch. Katanya nak bwak aku makan nasi wanggeh. Famous katanya. Aku ok jer... Psal ada dengar banyak kali tapi tak pernah smpai. Bila sampai baru aku tau nama rasmi kedai ni Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Wanggeh semenarnya bahasa tamil, panggil orang datang untuk datang makan. Itu ceghita yang aku tau lah, asal usul nama wanggeh.

Full house

29 Jun 2014

Mee Tarik Warisan Asli, PV128 Setapak Kuala Lumpur

Jun ni da sampai hujung... tapi takda lagi entry bulan ni. Sibuk sikit bulan ni psal organise Track Day NISMOCLUB 21 Jun 2014 lepas. Ramadhan pun dah sampai. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi peluang utk menunaikan ibadah puasa. In Sya Allah, sama-sama kita berusaha untuk melalui bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Selamat semua menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni.

Nak masuk entry crita lama lah... dok peram gambar2 dalam henpon. sampai memory pun dah nak penuh. Tapi entry ni psal makan. Harap bertabahlah kalu terbuka blog ni waktu siang.

Satu hari tu balik dari Port Dickson, sampai KL dah malam. Masa tu baru abis family day Hilir Island. Nabil pun ada sekali, alaa.... masa cuti sekolah tengah tahun aritu. Terpikir nak cari makan malam luar. Teringat ada restoren mee tarik baru bukak kat PV128 Setapak. Boleh lah gi try... tak pernah lagi rasa mee tarik ni.

Kata malam... ni terang benderang jer... Ahakss... ni hari lain, pegi lunch plak

20 April 2014

Karipap Taman Gelora Kuantan

Kebetulan aku kena outstation ke Kuantan Isnin sampai Rabu. Alang-alang ajak semua balik Kuantan, boleh lepak ngan Nabil. 

Petang semalam Dora ajak gi cari kueh wat minum petang. Aku, Dora dan Nia ajer... Nabil dan Wina tamau ikut. Dah beli kueh ala kadar kat flat belakang rumah Mama tu. Pastu pusing-pusing, decide untuk pegi ke Taman Gelora.



Penuh orang kat meja2 ni

06 April 2014

Cendol Air Putih Kuantan

Minggu lepas, Aku dan Dora balik Kuantan untuk hantar balik Nabil ke asrama. Seminggu Nabil balik KL utk cuti ekolah, tapi aku dan Dora tak sempat nak melayan. Tetiba banyak hal plak kat pejabat time2 cuti sekolah ni. Jadi Nabil abiskan masa kat umah jer dengan Wina & Nia. Jadi aku decide utk melayan Nabil kat Kuantan jer lah. 

16 Mac 2014

Jenjalan Amsterdam - Makan Tengahari


Dah settle kat Niuewmarkt... aku dengan jenjalan tengok pasar tu, diorang plak da cukup rehat dari jalan kaki yang agak jauh tu... perut pun da lapar... time pun da sampai utk cari lunch. Lepas bincang, setuju untuk makan kat kedai kebab yang ada lalu pagi tadi kt Damrak. Perasan macam tak jauh sangat. Jadi sambunglah jalan kaki.


13 Mac 2014

Mee Kicap Ipoh

Dah dengar lama psal mee kicap Ipoh. Katanya best... memang menyimpan hasrat utk satu hari mencuba.

Kebetulan aritu NISMOCLUB buat AGM kat Ipoh. AGM tu hari Sabtu. Jadi, plannyer pegi Ipoh naik ETS lah... lepas opis hour Jumaat. Itu pun tak rush... rilek2 lepas opis, pkul 6 baru gerak ke KL Sentral. Dora ngan baik hati nak hantar.


05 Januari 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang ni acara tahunan SKDK, sekolah Nabil dan Wina. Macam tajuk acara, hari sekolah bagi anugerah kepada pelajar2 atas kecemerlangan diorang untuk tahun tu. Alhamdulillah Nabil dan Wina selalu tidak terlepas dari dapat anugerah setiap tahun. Syukur atas pencapaian diorang. 



17 November 2013

Keropok Lekor Bukit Tok Beng Kuala Terengganu


20 sampai 22 okt lepas aku ada bengkel kt kuala tengganu. Maleh semenarnyer nk pegi. Tu yg aku pegi flight paling lambat, balik paling awal. Tapi da smpai KT, teringin gak beli kopok lekor. Org yg tau aku ke KT pun dok pancing2 kirim air liur suh beli kopok lekor.

Memang masa agak suntuk utk nk shopping kopok lekor. Tetanya org dlm bengkel, diorg rekemen beli kat Bukit Tok Beng jer. Otw ke airport. So masa nk ke airport tu mintak driver singgah kjap.

Ghupa kedai kopok bukit tok beng

Smpai kat kedai dia, keadaan agak lengang. Tapi kat belah dapur nampak ramai gak pekerja dok sibuk buat kopok lekor. Lebih separuh dr kedai tu bahagian untuk production. Ada dapur pakai kayu api dan bahagian untuk gotte kopok. Memang kagum gak dgn saiz production diorg. Dari banyaknyer orang bekerja buat kopok tu ingatkan senang lah nk beli.

Diorg jual 2 jenis kopok lekor ikut packing... Yg biasa atau yg pack vacuum. Yg vacuum ni tahan lama, sesuai kalu nk travel jauh atau nk souvenir. Risiko kopok rosak atau basi pun rendah. Org kt kaunter bgtau kalu nk yg pack vacuum kena gi kaunter sebelah. Kt kaunter sbelah plak tanya da tempah ker? Uiksss... Tempah?  yerr... Kena tempah sehari sebelum. Fuiyooo... Mana tau kena tempah. Aku siap nmpak senarai dalam buku tempahan2 yg da orang buat... Penuh gak ler muka surat buku tu.

kaunter kopok2 kering kot

kaunter kopok fresh

kaunter tempahan vacuum pack
Abis tu camna? Brader tu kata kalu nk sikit bole laa. Kebetulan yg ikut aku sekali masa tu ada 2 orang lagi. Aku mintak 2 pack sorang, brader tu setuju utk jual 2 pack sorang. Walhal yg ikut aku tu nk 1 jer. Lepas bayar diorg bg kt aku. Jadinya dapat ler jgak aku 4 pack. Huhuhu. Yg vacuum pack ni diorg ikut tempahan. Kebetulan diorg buat 10 btg per pack.

Tak ckup ngan yg vacuum pack tu, aku beli lagi 10 batang yg bungkus biasa. Yg bungkus biasa ni kopok dia lagi fresh... Pepanas baru lepas rebus kot.


Pastu tanya kopok losong ada tak. Kopok losong katanya kat kedai sebelah. Lorr... Ada 2 kedai ghupanyer. Tapi kedai sebelah ni saiz dia kecik sikit. Aku terbeli lagi kopok... Kali ni losong yg ada cheese.

Tau ker apa beza kopok lekor ngan kopok losong? Losong ni semenarnya nama tempat kt KT yg banyak pengusaha buat kopok kat situ. Kopok diorg ni kekecik saiz2 asia gitew. Kalu nk makan bole goreng terus takyah potong. Banding ngan kopok lekor atau kopok gotte, saiz besar ala2 negro gitew. Ahaksss. Nak makan kena potong kekecik sebelum goreng.

dapur guna kayu api... tradisional gitu
Sumbat semua dalam beg aku. Kat airport konfiden jer nk masuk hand carry luggage. Sekali kena tahan ngan awek airasia. Ingatkan nk mintak nomor tepon aku ker... Ghupanya suh aku timbang beg. Timbang... Amik ko 12kg. Awek tu ckap takleh wat masuk kena masuk luggage gak. Kalu lebih sekilo boleh lagi katanya. Frust aku... Bukan psal luggage tu... Tapi psal sampai sudah awek tu tak mintak nomor tepon aku... Huhuhu

Sampai kt umah aku terus goreng ketiga2 jenis kopok yg aku beli. Dari tiga2 tu, aku rasa kopok lekor yg pack biasa tu lagi sedap banding yg lain. Mungkin psal antara tiga yang tu yg paling fresh. Yg ada cheese pun ok... Cuma rasa dia dah tk rasa kopok ori lagi.

hmmm.... tak amik plak gambar kopok2 tu....

17 Oktober 2013

Aidilfitri 1434H (2013M)

Bila belek2 blog ni, dedulu aku banyak bercerita psal keluarga.... baca entry2 yang lama, buat aku tersenyum, kengkadang terharu... rasa lebih bermakna. Sejak kebelakangan ni, dah ler tak berapa nak sempat update blog, bila update jer, ceghita yang tak berapa nak kena psal sendiri. So lepas ni, aku rasa nak cuba balancekan. Ceghita personal untuk tatapan aku baca dimasa akan datang.... dan ceghita yang boleh dijadikan panduan pembaca... (panduan lah sangat)

Lama dah tak update gambar hari raya.... ahaksss... ni bukan hari raya Aidiladha tau... ni Hari Raya AidilFitri 1434H.... memang ketinggalan giler..... Tapi aku nak update gak.... supaya aku bole senyum bila baca balik 3-4 tahun akan datang... huhuhu

So..... raya pertama tahun ni giliran di Kuantan. Macam biasa, Rumah Nanny akan jadi port utk semua keluarga berkumpul lepas solat raya. Memang meriah... almaklum, keluarga mama memang besar. Hidangan wajib dan memang aku tunggu2 adalah laksa. Memang rare... kalau nak makan kena tunggu raya.... ahaksss... memang kena kekalkan tahap rare tu... supaya raya lebih seghonok. 

Ruang Makan belah dalam
Ruang makan belah dalam
Ini lah laksa rare khas utk raya ajer kat kuantan
Dah campur, inilah ghupanyer..... nyum nyum.... tengah tulis ni pun kecur air liur
Aku tak pasti plak ni laksa apa... aku ingatkan sebelum ni laksa johor.... Tapi mamayoh cakap bukan laksa johor.... ni lah laksa kuantan katanya. Hmmm.... ada plak laksa kuantan ker? Apa2 pun aku masih anggap lebih kurang laksa johor. Cuma dari segi rasa, dalam banyak2 laksa johor yang aku pernah makan, mmg takleh lawan laksa kuantan ni. Dengarnyer Nanny ada resepi rahsia untuk bagi laksa ni power.... Nak tau apa rahsianya?..... TAKLEH... psal rahsia.... huhuhuhu

Family Potret
Just d 5 of us
Lepas kat rumah Nanny, pegilah beraya kat rumah2 makcik2 dan pakcik2 Dora. Ada time yang singkat jer utk ziarah, psal raya ke-3 dah nak berangkat ke Kubang Kerian plak. Memang tak berapa nak sempat beraya sakan tahun ni, psal nak reseb cuti utk projek jenjalan hujung tahun. huhuhuh

Nylea dengan errr....( alamak... sapa nama yerk?) dengan anak Fardia.... best friend sepanjang raya di kuantan. huhuhuh

Awal pagi raya ke-3 dah bergerak balik ke Kelantan.... sampai Kubang Kerian sebelum pkul 2ptg. kebetulan abah buat open house. Pastu ikut Abang Zumi Pegi beraya.....

The Red Warrior memancing di hari raya... hahaha.... tak kenal pun sapa ni....

Kalu kat family belah sini, Hasya best friend Nylea

Raya ke-4.....
Nabil terserempak dengan Ayah Tok... 

Al-Fatihah untuk Arwah Nek Mi... kali terakhir dapat berjumpa masa beraya ni. Kembali ke Rahmatulallah baru-baru ni. "Ya Allah, ampunilah Nenek Mi, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." 

Selepas asar, ke kawasan tanah perkuburan tok, mak sebelah abah untuk ngatik & berdoa beramai2. Abah cuba wujudkan tradisi ziarah kubur pada hari raya sejak aku kecik lagi... Alhamdulillah masih berterusan.

Sebelah malam, pegi beraya umah Fardia & Amir. Seghonok Nylea layan set dapur Farisha.... (oh yaaa.... baru teringat nama anak Fardia.... ahakssss)

Raya ke-5, awal pagi, aku dan Dora ke Rantau Panjang (dah update dalam entry sebelum ni). Pastu belah petang bawak bebudak gi Pantai Cahaya Bulan (atau dalam bahasa lucah sikit Pantai Cinta Berahi... huhuhu). Tapi yang tak bestnya.... nak sampai ke PCB ni, tak silap aku amik masa lebih sejam dari Kubang Kerian. Bukan psal jauh sangat.... tapi psal jem. Stended ler Kota Bharu bila musim raya.



Layan Layang2

Wina + pantai = main pasir


Sebelum balik, pekena Chollek dulu....

tak ingat plak kena berapa, tapi bole tahan gak... huhuhu

Awal pagi raya ke-6 dah berangkat balik ke KL.

Hujung Minggu berikutnya, kitorang serang Port Dickson reramai.... psal Nenek kat situ....dok umah CikSom.... Nenek dan Keluarga Ciksom tak balik beraya kelantan tahun ni. So sekali harung beraya....

Family Potret, balik dari PD... kebetulan dah siap dress up....

14 Oktober 2013

Hj Sharin Low Seafood Restaurant, Danau Kota

Hidangan makanan cina kalau dulu2 payah kita yang muslim nak makan. Psal tak yakin taraf halal makanan tu. Tapi sekang banyak restoren yg berkonsepkan cina muslim. Jadi bole makan tanpa was2 lagi. Memang best kalau kena gaya. 

Salah satu restoren yg berkonsepkan cina muslim ni dan antara yang famous adalah Hj Sharin Low. Kalau tak silap 1st time aku tau psal restoren ni lokasinya kat bukit antarabangsa. Sempatlah 2-3 kali pegi makan situ. Tapi leceh sikitlah nk smpai sana. 


Sejak 2-3 tahun lepas da ada branch kat danau kota... Dekat jer ngan umah. Mmg selalu gak singgah makan. 

Apa yg pasti, portion makanan nya bagi aku dan dora agak besar utk sorang makan. Jadi selalunya aku akan brkongsi dgn dora. Contohnya tengahari semalam. Aku lunch berdua dgn dora kat restoren ni sementara tunggu nabil dan wina abis kelas piano diorang. Kitorang order nasi goreng belacan 1 pinggan. Pastu aku da lama teringin try makan soft shell crab... Jadi arini order dgn masakan goreng telur masin. Itu jer.... Alhamdulillah kenyang dan ckup utk kitorg berdua. 

Nasi Goreng Belacan
Soft Shell Crab Goreng Telur Masin
Untuk makan berdua
Dari segi rasa, nasi goreng belacan tu mmg da ckup sedap. Rasanya 'kaya' dan pedas. Softshell crab goreng telur masin tu plak boleh tahan cuma agak garing. Yg bestnya makan ketam tanpa perlu perisikan dari kulit ketam yg keras. Boleh terus ngap masuk mulut. Tapi yg agak kureng masakan ni, ghupa ketam tu dah takda.... Jadi feel makan ketam tu agak kureng. Lepas 1st time makan soft shell crab ni, aku rasa makan ketam biasa lagi feel lah.... 

Air plak kitorang ada citarasa yang sama... Kedondong asam boi. Cuma psal aku nyer tekak batuk2, jadi aku mintak yg suam. Airnyer rasa ngam2.... Tak pekat sangat dan tak cair sangat. 

Kedondong asam boi sejuk dan suam
Apa2 pun restoren ni mmg akan menjadi salah satu lokasi pilihan utk kitorang makan.



12 Oktober 2013

Stable Steak House Kg Baru Kuala Lumpur

Da lama tak datang makan sini. Masih wujud... Rasanya ada dekat 10 tahun. Ini lah kedai western yang aku n d gang selalu datang masa memula start keje kat KL. Dulu 1 lot jer... Sekang dah tambah lg 1 lot. Maknanya maintain ler tuh. 




Lokasinya kat bwah flet, jalan yang nk menghala ke stesen LRT Kg. Baru. Dulu payah nk parking... Sekang lagi susah... Horror...Hahaha. Kalau sesaja nk dtg mmg rekomen nek LRT jer. 

Hiasan dalaman kedai ni banyak berkisar pada stable dan kuda. Gambar, prop, patung semua berkaitan dengan kuda. Agak unik jugak lah. Dari dulu hiasan dia camni... Da kembang ke lot sebelah pun masih maintain hiasan dengan tema tu. 






Dari segi makanan, bole kata semua tipikal western cuisin kat mesia ni ada. Takda plak menu yang pelik2. Untuk dating dengan Dora semalam, aku order lamb chop... Dora plak chicken chop. Pastu side order mushroom soup. Mushroom soup ni dtg siap dgn 3 roti bun dan saltless butter. Istimewanya roti bun dia sesangat lembut. 





Cara presentation makanan tu pun bebiasa ajer. Dari segi rasa, bagi aku boleh la kata best. Walaupun tak der gimmick... Just plain olskool style, tapi aku bole makan smpai abis. Lamb chop aku dimasak just nice dan juicy. Boleh rasa manis kambing tu. 

Masa dok makan tetiba nampak muka familiar... Ghupanya family ayah lie pun kebetulan datang makan situ gak. 

Aku pun tatau apa yang special sangat tempat ni.... Makanan nyer ker... Hiasan nyer ker... Atau nostalgia tempat ni ker. Cakap psal nostalgia, salah satu sebab kitorg suka dtg makan sini dulu psal ada awek chun jaga kedai ni. Tapi masa aku g smlm takder plak. Kemana yerk awek tu? Huhuhu


* sori gambar pkai henpon jer... suasana dalam kedai plak suram... romentik gitew...

07 September 2013

Saba Restaurant Setiawangsa Kuala Lumpur: Cerita di Suatu Masa Dulu

hahaha.... banyak gak cerita2 lama yang nak share.... bila tengok gambar, macam sayang jer dok simpan ajer.... baiklah share dalam blog...

Peristiwa ni memang agak lama... Bulan April 2013 yang lalu. Dora pasang niat untuk belanja adik beradik Pulau Hilir makan kat Saba, tanda kesyukuran dia dinaikkan pangkat. Alhamdulillah... rezeki anak2....

Da kita jadi tuan ghumah, memang kena sampai dulu lah... book meja sesiap. Tapi tunggu diorang datang lambat plak... last2 tak tahan, kitorang order makan utk kitorang dulu... 

Aku psal dah agak biasa makan nasi arab kat saba ni, ingat nak cuba menu lain plak. Dok belek2 dalam menu, nampak macam menarik plak Lamb Akdah. Aku tanya mamat yg amik order tu, dia pun kata ok. Aku pun orderlah Lamb Akdah... yang dimakan ngan roti.... errr.... lupa nama roti tu.... tapi sejenis roti macam capati gitu... ahaksss......

Booked meja... panjang tuu... dah ramai.....

Nia memana pun french fries jerr, walaupun kat restoren arab.....

Lamb Akdah.... dalam menu
Lamb Akdah.... Daging kambing carik dimasak dengan cili, coriander dan kentang

Roti amender tah untuk wat makan ngan lamb akdah
close up sikit rotinya
Ok jugak Lamb Akdah ni, alternatif kepada sesapa yang diet nasi atau jemu makan nasi. Kira kena plak  ngan selera aku.... kambing, pastu pedas2....

Da nak dekat abis kitaorang makan, baru ler tetamu mula sampai. Macam biasa, menu pilihan majoriti diorang nasi arab lah...khabsah dan mandi...

pilihan2 nasi arab dalam menu

hmm.... aku konpius sebenarnya nak bezakan mandi dan khabsah
Sayur.... Saba Salad
Nabil pillih kebab
antara tetamu... mak, kak nora, cikti etc....
Satu lagi menu tak pernah order, kali ni dicuba. Asalnya tak silap afi sorang jer order. bila sampai, semua nampak ghupanya yg menggiurkan, terus order.... Memang sedap mendalah puding caramel tu...

yummy... puding caramel
Sedap caramel ni.... tak caya tengok hasya makan....



Tetamu nampak happy... ok lah tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...