20 April 2014

Karipap Taman Gelora Kuantan

Kebetulan aku kena outstation ke Kuantan Isnin sampai Rabu. Alang-alang ajak semua balik Kuantan, boleh lepak ngan Nabil. 

Petang semalam Dora ajak gi cari kueh wat minum petang. Aku, Dora dan Nia ajer... Nabil dan Wina tamau ikut. Dah beli kueh ala kadar kat flat belakang rumah Mama tu. Pastu pusing-pusing, decide untuk pegi ke Taman Gelora.



Penuh orang kat meja2 ni

Ramai betul orang. Nak cari parking pun agak payah. Ada banyak gak kedai dan gerai yang jual hidangan untuk minum petang. Ingatkan datang Taman Gelora ni nak layan Nia main playground pastu nak main layang2. Tapi aku ternampak satu gerai kat hujung tu, orang dok beratur.... agak panjang. Tertanya plak aku.... mesti special gerai ni.... tengok gerai lain takda sampai beratur. Lepas aku konpemkan apa yang dijual, aku pun join beratur sekali.


Tukang goreng kat belakang
Kalu tengok pelekat kat gerai tu ada 3 jenis kueh yang dijual. Karipap, popia goreng dan jemput udang. Siap tulis harga Karipap = RM1 satu, Popia = RM1 dua dan Jemput Udang RM1 dua. Tapi masa hgiliran aku smpai, tak nampak plak Jemput udang. Da abis laa tu. Jadi aku amik Karipap dan Popia goreng.


Karipap dalam tray tu semua panas2, baru angkat dari kuali. Jadi nak gigit pun kena hati2, kang melecur lidah. Isi karipap tu padat dengan inti ketul2 kentang dan isi ayam yang dicarik-carik. Rasa rempah kat inti tu agak kuat tapi sedap. Pedas sikit smpai berair idung aku masa makan. Kulit luar nyer plak perfek, tak tebal sangat, tak nipis sangat, rangup secukupnya.

Tengok inti karipap ni nampak isi2 ayam dan kentang
Yang popia goreng plak bole tahan sedapnya. Cuma popia ni kurus, inti tak sepadat karipap. Kuah pencicah cilinya plak memang sedap.

Selain kueh, ada jual gak air cincau, bandung & jagung
Beli air bandung untuk Nia. Dora pegi beli air kelapa dari gerai sebelah2. Pun bole tahan sedap gak air kelapa tu. 

Da abis minum, pegi tepi pantai, layan layang2 dengan Nia. Angin kuat, senang jer layang2 nak naik... tinggi plak tu. Tapi dok leka, tetiba layang2 tu menjunam tersangkut kat pokok. Masa menjunam tu, sibaik tak sebat kepala sorang mamat yang dok lepak dedekat situ. huhuhu. Lepas beberapa cubaan, akhirnya layang2 tu terlepas gak dari pokok jatuh ke tanah. Cuba untuk terbangkan balik... sekali layang2 tu terbang golek2. Tengok, ghupanya tulang belakang dia dah patah. adeh... sian... layang2 Nia, usianya berakhir petang tu. 

Kalu nak santai2 minum petang, bolehlah ke Taman Gelora... angin laut dan suasana sekitar menenangkan sesuai untuk aktiviti santai berkeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...