Memaparkan catatan dengan label Rekabentuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rekabentuk. Papar semua catatan

15 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: European Cars



Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi... post gambar jerr...

EUROPEAN CARS

PORSCHE


RWB registered kat Malaysia

13 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Japanese Cars


Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi... sama cam custom bike, post gambar jerr...

JAPANESE CAR


keta ni bole kata complete semua art culture in automotive... karat, stickerboom, bosozoku

01 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Custom Bike

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi....

CUSTOM BIKE







Tahun ni nampak penambahan penyertaan yang agak ketara kategori custom bike ni. Penyertaannya plak bukan calang2. Peningkatan dari segi kualiti idea design dan craftmanship yang ditunjukkan. 

11 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014.

STREET CUB

Sekang ni street cub dah jadi trend dan diminati ramai. Idea untuk custom motor kapcai ni kira bernas jugak lah. Kat Mesia ni dah lama orang geram nak custom motor. Tapi kalau chopper/bobber atau HD mungkin belanjanyer besar. Untuk golongan kaya atau takda komitmen dan minat gila sanggup belanja besar mungkin takda masalah. Kalau golongan marhain yang saja suka2, bajet-bajet, kira sesuailah berkecimpung dalam custom motor kapcai ni, atau nama glamour sekang Street Cub (... eh... cub ker cup ker kap ker.... entah ler... lebih kurang ler tu). Dengan mengkastam (harap DBP tak ambik tindakan atas pencemaran bahasa ini), rakyat Mesia boleh mempamerkan kreativiti dan kehebatan mengolah mekanisma dan teknikal motor-motor lama ni. Dari jadi besi buruk, ada lah jugak guna dan penghargaan.


Midget dengan white wall tyre, shifter, raised handle bar, rigid frame

01 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014

Art of Speed memang semestinya jadi acara tahunan yang aku tunggu. Sempoi layan kandungan festival ni... kira kena dengan jiwa aku yang berseni ni (Che...wah). Walaupun diorang buat 2 hari, tapi aku takleh nak datang 2 hari. Psal nak kena gi Kuantan untuk antar Nabil balik sekolah. Takpalah.... 1 hari pun jadilah. Kalu nak tau acara ni adalah untuk meraikan custom culture... expression of an art through motor vehicle... gitu lah lebih kurang. Lokasi yang sama macam tahun lepas... tapi ada perubahan layout yang ketara. Aku share gambar dan ceghita ikut tajuk lahh senang....


MOTO CIRCUS

Ada ruang pameran kat belah dalam Citta Mall diorang panggil Moto Circus ... khas untuk orang-orang seni dalam culture permotoran showcase talent dan hasil kerja diorang. Kalu nak borak2 pun diorang layan.... cuma aku tatau nak tanya apa lah. tu yang amik gambar jer. Oh yaa... ada gak tukang set rambut dalam ni. Sapa nak set rambut dengan style dak-dak sekang tah apa nama tah pun bole... bayar jer lah. OK jugak diorang buat macam ni... dok berpanas membakar kat luar, tak tahan bole masuk dalam dewan beraircond.
Ramai nak bersejukan aircond lah nii....
Classic helmet dengan glittering gold flakes. 
Motor ni gempak woo... tapi aku tatau plak apa yang gempak. huhuhu. Kalu tak, takkan dia pamer kat dalam...

19 November 2013

Kerja Tangan Wina 13 Julai 2012

Kali ni posting santai....

Mender ni pun dah berlaku agak lama.... lebih setahun yang lalu. Masa tu aku baru balik dari "bertapa" untuk study exam Part III. Dora bagitau Wina ada create something dalam bilik dia. Aku pun gi tengok...



alahai.... kiutnya.... entah makhluk apatah... 2 ekor plk tu... mungkin sekor tu mak dia, sekor lagi anak dia. Yang jadi aku kagum sikit, "makhluk" ni agak kecik atau halus. Aku letak siling seposen kat sebelah tu utk bagi sense of scale pada "makhluk" tu. Buat dari Play-Doh, hidung dan mata plak dari manik kecik.



Wina kalu bab2 creating ni memang dia berminat. Tapi da lama tak tengok dia buat mendalah camni lagi. Sejak kebelakangan ni plak dia minat bab2 baking. Dora pun dah enroll dia utk kelas baking sepanjang cuti sekolah ni. Alhamdulillah uncle BJ dia sponsor. Kelas piano plak officially quit. Katanya tak minat. Apa2 pun aku support... masa kecik ni lah kalu nak explore dan nak cuba semua mender. Sekurang2nya ada experience dan boleh pupuk apa2 talent yang ada utk kehidupan dewasa kelak. Keep it up Wina!!




02 September 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part VI

Haha.... ada lagi..... tak masuk lagi bab kereta.... masih dalam kategori motor. Kali ni aku pun tatau nak letak kategori motor apa.... jadi aku namakan cacarmarba....

jipang ker?


motor batman?

errr.......

hmmmmm.....





Maleh nak tinggalkan caption kat setiap gambar plak... psal motor2 ni bagi aku tahapa-hapa.... memang unik tapi pelik.... lantak lah.... bagaikan lepaskan batuk di tangga lah entry ni.... ahaksss.....

lepas ni pegi kat kategori kereta plak.....

21 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part V

Sambung lagi....

Beberapa selected chopper / bobber yang berjaya menarik perhatian aku....

Chopper low rider ni memang menarik dan unik.....fully customise dari Indonesia... memang respek tahap engineering dan kreativiti yang ditonjolkan. Motor ni menang award best chopper untuk event ni.

nampak apa2 yang unik? selain plastik purple yg cover air filter tu.....
macam alien pun ada....
bodypart yang organik
memang agak susah nak pikir secara logik

paint job.... meghelit bak kata orang penang
Sebelum ni pernah gak tengok custom bike dari rancangan "Bikers Build Off" kat astro guna rim berlubang... atau diorang panggil hubless. Masa tu Billy Lane custom kat chopper.... tapi untuk rim belakang sahaja. Kalau search kat pakcik gugirl, cari hubless bike, ada banyak dah ghupanyer. Tapi tak kesah ler..... janji kat Art of Speed ni aku berpeluang tengok sendiri hubless bike ni.... tayar depan belakang lak tu. 
perfekto!!

Bobber ni plak custom hasil kreativiti anak tempatan..... tapi aku takda detail sangat.... Yang menarik nya motor ni nampak taff dan rugged. Finishingnya plak mostly original material punya finishing. Tak pkai paint. Ada parts2 yang finished dengan nickel. Selain tu design ekzos, head lamp & tail lamp memang something sangat.....




exhaust tip dia ganass......

Yang ni plak aku tatau nak masuk kategori chopper atau bobber... Feature paling menonjol kat motor ni  custom paintjob pada fuel tank dan rear fender... memang satu hasil seni yang mengkagumkan... gold flake banyak giler tertanam.... sekali kena cahaya bole silau mata dibuatnya. Selain tu, tayar depan belakang dedua pkai tayar gemuk... yang belakang siap white wall.

Tengok tayar berdinding putih dan gemuk camni teringat Russell Mitchell nyer custom bike


hasil kesenian yang tinggi

Perforated metal jadi heat shield pada ekzos

Chopper custom ni plak bole nak disamakan dengan american chopper... ahaksss.... yang gempaknyer motor ni, tayar belakang.... lebar betul. Selain tu aku suka design rear fender dan fuel tank.




20 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part IV

Tak abih lagi post psal event ni.... memang banyak gambar lagi nak share... ahaksss...

Kali ni motorbike dengan kategori Chopper dan Bobber custom.... aku semenarnyer gheti sebut jer bobber tu.... apa kemender pun tatau.... ahaksss...

Layan gambar lah..... banyak lagi gambar ni..... belum masuk kategori kereta lagi.....


amboi.... panjang nyer fork....

sexy


berseni finishing ni..... camna diorang buat yerk?

opocott..... takut nengok tengkorak berapi ni

da sama taraf ngan american chopper

classic chopper

custom harley


nampak taff.....dan ganas.....



tak silap harley ni ada menang something masa event ni

aikksss..... ada skate board plak kt tepi....
ada lagi chopper & bobber..... sambung kendian.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...