Memaparkan catatan dengan label Ucapan Selamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan Selamat. Papar semua catatan

08 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


p/s: penat woo nak bagi minion ni pakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping... pastu yang sekor lagi plak pkai tudung dan baju kurung... muslimah gitew...ahaksss....SHRA MZDB

09 Julai 2013

Selamat Berpuasa 2013


Waaahhhh.... pejam celik pejam celik.... dah nak posa dah rabu ni. Cepat betul masa berlalu. Rasanyer macam baru aritu jer balik beraya.

Camna pun nak ucapkan selamat berposa kepada semua. Moga posa tahun ni lagi baik dari posa2 yang lepas. Dan moga juga Allah beri kekuatan dan semangat kepada semua muslimin dan muslimat untuk mengimarah bulan yang mulia ini dengan amal ibadah.... bukan hanya memeriahkan pasar ramadhan sajer.

Peringatan untuk diri aku seniri terutamanya nih..... ahaksss.....

Sempena Ramadhan Mubarak ini, nak amik kesempatan juga untuk mohon maaf zahir dan batin dari semua kalau2 ada salah dan silap. harap dimaafkan....

19 Ogos 2012

Salam Aidilfitri 1433H


Semasa kita gembira meraikan kemenangan di Aidilfitri,
Saudara kita sedih merintih kesedihan di tanah sendiri.

Moga Allah lindungi mereka, kesihani mereka dan berikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi kesusahan ini.

Salam Aidilfitri 1433H
Mohon Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Naza / Atai / Azan

21 Julai 2012

I'm Back!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!!!

Fuuuhhhhhh....... laaaaammmmmaaaaaaaaaa nyer aku menyepi dari dunia blog ni. Ahaksss.....

Ada komitmen lain yang perlukan aku bagi tumpuan sepenuhnya.... Alhamdulillah komitmen tu dah lepas 14 Julai 2012 baru ni. Walaupun da lepas tapi tatau lagi results camna.... kena tunggu November 2012, baru dapat results. Walaupun tak berapa yakin ngan apa aku buat, tapi aku doa dan sangat berharap luluslah kedua2 paper..... bukan apa, kalu nak repeat balik tahun depan, kang sunyi balik blog nih.... ahakssss......

Sepanjang menyepikan diri semenarnya byk gak perkara yang dilalui.... kalu ada masa aku updatelah.

Hari ni pun 1st day Ramadhan kat Malaysia..... jadi nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa & ibadat2 lain. Harap peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh kita utk mendapat keredhaan dan rahmat Illahi. Insya Allah.....

Apa2 pun ucapan recycle tahun lepas bole guna...kat sini.

errrr...... kena letak gambar ni.... kang tak berseri plak post nih.......



Gambar kejadian Januari tahun ni.... trip ke Mulu.... nantilah kongsi gambar n ceghita......

ok.... nak keluar beli barang nak masak utk bukak posa kang..... arini bukak posa reramai adik beradik kat putrajaya.....


01 September 2011

Happy Birthday Dora (Posting Tertunda)

Alahaiiii…lambatnya bole update entry ni. 19 Julai lepas, birthday isteri kesayangan aku, Dora. Apa punya suami lerrrr… heppp tapi aku ingat jugak yerk birthday tu, cuma update blog jer yg lambat.

Macam tahun lpas, Nabil & Wina excited nak celebrate birthday ni. Wina terutamanya bersungguh suruh aku beli kek dan buat surprise utk mimi dia. Dora plak mcm tau2 jer mesti ada something. Jadi aku tak bersungguh sgt untuk surprisekan dora, tapi dalam masa yang sama layankan ajer keterujaan Nabil & Wina.

 


Kebetulan Dora kluar. Jadi chantek sangat ler time yg ada buat persediaan 'surprise' celebration. Wina volunteer utk hias bungkusan hadiah yg aku beli siang tu kat Sogo. Hias ler Wina. Pastu dia buat kad DIY utk Dora. Bole dia terlupa tulis nama Nabil. Ahakssss. Layankan ajer.

Abis tu apa keje Nabil? Aku dapat idea, memandangkan Nabil blajar piano, aku suruh dia main lagu happy birthday bila Dora balik masuk ghumah kang. Dia kata kalu ada note dia bole mainkan. Aku pun search internet, jumpa video ni.
Suruh dia ikut. Tercengang dia. Huhuhu… gilo apo nk suruh ikut. Ni dah level petala langit & bumi. Pastu aku jumpa note dlm internet yg basic n simple utk Nabil main. Dia pun prektis ler tengok melalui tab aku.


Nylea plak apa kerja? Dia pun buat2 sibuk. Macam biasa, tunjuk sana tunjuk sini sambil hmmmm… hmmmmmm…hmmmmmm…. Ahaksssss. Kiut jer anak baba nih! (Sapa lagi nak puji anak kalu tak baba sendirik?)

Masa Dora nak sampai. Mestiler tutup lampu, kalu dak tak feel ler surprise tu. Lama gak bergelap, persis ghumah kena potong api tak bayar bil letrik. Bukak pintu jer, Nabil pun main lagu happy birthday kat piano. Dora yg da tau ada surprise tu pun masih lagi torkojut dengan lagu birthday yang berkumandang (amboi…ayat, kumandang koo). Cayork Nabil. Masa Nabil dok main tu, Tab aku tetiba sleep plak, terus tergendala kejap siaran. On kan balik, sambunggg...... Sesambil tu kitorang pun mensumbangkan lagu happy birthday secara berkoir.

Sementara tunggu Mimi nak sampai
Da tua ghupanyer bini aku ni. Huhuhu. Tua2 pun masih istimewa. umpama kelapa, semakin tua semakin banyak santannyer! huhuhuh..... gurau jerk. Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan kita kekal bahagia hingga akhir hayat. luv u Dora.

posted from Bloggeroid

29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 1432

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Lindungilah kami, peliharalah kami dan
permudahkanlah perjalanan pergi dan balik kami
agar selamat dan dirahmati Mu ya Allah. Amin

SALAM AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

ikhlas
Nazaruddin Muhammad
p/s: Ku akan merinduimu Ramadhan.......

01 Ogos 2011

Maaf Zahir Batin sempena Ramadhan

Mungkin macam pelik, nak sambut Ramadhan, mintak maaf zahir batin plak. Selalu masa raya Aidilfitri jer. Ada alkisahnya....ni pun dapat dari internet . tak pasti sahih atau tak, tapi no harm mintak maaf pun.

“Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Shalat Jum’at (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali.

Ketika selesai shalat Jum’at, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: “ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah Amin-kan do’a ku ini,”
jawab Rasullullah.

Do’a Malaikat Jibril itu adalah:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Oleh yg demikian sy nak mohon maaf dari semua Yg lalu lalang kat blog ni sempena bermulanya bulan mulia ramadhan ni. Moga ibadah kita diberkati dan diterima olehNya.

Setahun cuma sebulan saja, tempoh yang dijanjikan oleh Allah bahawa setiap amalan dan ibadah kita akan dilipatgandakan rahmat dan ganjaran. Rugilah kalau kita tak ambil kesempatan ini. Sebab Ramadhan depan belum tentu lg kita diberi peluang. Elakkan pembaziran dan banyakkan bersedekah. Peringatan kepada diri sendiri......

Selamat berpuasa. Selamat beribadah. Selamat beramal. Salam Ramadhan Al Mubarak.

layan lagu satuuuu......


posted from Bloggeroid

11 Januari 2011

Happy 1st Year of Blogging Anniversary

10 Jan 2011 yang lalu (baru semalam) adalah tarikh ulang tahun pertama aku mula blog. Tujuan masa tu sesamar, nampak macam lebih nak merekodkan perkara2 penting atau menarik yang berlaku dalam hidup aku. Sesambil nak imbas balik perkara2 silam. Mungkin jugak nak share liku dan apa yg dihadapi dalam hidup ngan orang lain yang sudi datang blog ni. Kelahiran Nylea jugak menguatkan semangat aku utk buat blog supaya bole aku rekodkan perkembangan dia.

Bila dah lelama skit, browse balik baca apa yang aku tulis... kengkadang macam betul ker aku yang tulis? kengkadang tersenyum sendiri.

Selepas setahun 146 post aku tulis. Banyak gak yg aku tertangguh nak masukkan atau tak nyempat. Antaranya macam trip aku ke Langkawi ngan family November lepas. Paling banyak post psal keluarga aku, psal kereta & psal hobi baru aku, collect keta mainan.

Ok ler, ngan blog memain ni dapat gak lebih 8000 visitors, walaupun aku tak pernah promote blog ni. Target hanya kengkawan yang bebetul rapat & keluarga terdekat saja. Semenarnyer aku tak brapa suka sangat terlalu expose. Ye ker? huhuhuh.......

Post yang paling popular plak psal Sentra N16 aku, diikuti psal design corak ukiran.... banyak aku perati visitor dari indonesia suka pegi kat topik ukiran ni. Yang ke3 post psal keris tajung norhaiza.

Lepas ni aku berharap dapat pelbagaikan topik dalam blog ni. Dan yang paling utama aku harap dapat bertahan update cerita dalam blog ni. Mekasih je ler kat semua yang sudi datang ziarah blog yang tak seberapa ni.

1st post aku setahun yang lalu kat sini.

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!

Selamat... selamat...... sesambil tunggu jam 1.11 am pada 1 Jan 2011... ahaksss...... tersengguk2 gak ni terlelap.

Masuk jam 12 malam, aku jenguk melalui tingkap bilik umah aku... nampak dari jauh sekurang2nya 5 lokasi bermandikan cahaya bunga api..... tiap2 tahun camni ler, dalam hati, mesti best dok kat bawah bunga api tu atau tengok dekat. Tahun depan nak gi ler tengok dedekat.... Tapi tahun depan tu tak pegi pun.... Harap panjang umur boleh pegi tahun depan plak..... harap tak lupa lerr.....

Esok organise birthday party bebudak tu kat tepi kolam umah ni.... wat serentak senang...... harap semuanya berjalan lancar esok.......

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Selamat Menyambut Aidiladha. Sambutan umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anak baginda Nabi Ismail A.S dalam memenuhi dan menunaikan perintah Allah SWT. Sambutan bukanlah bermaksud perayaan semata2 atau rileks sebab ada cuti. Semasa sambutan ini umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah2 tertentu. Dimulakan dengan bertakbir memuji kebesaran yang Esa. Diikuti dengan sembahyang sunat 2 rakaat berjemaah dan disusuli dengan khutbah seterusnya menjalani ibadah korban.

Korban ni plak bukan ler semata2 sembelih lembu & dapat makan daging dan bekalan daging seminggu. Erti disebalik ibadah korban yang aku perlu bebetul fahami. Apakah erti pengorbanan? Apa yang pernah aku korbankan untuk agama, bangsa dan negara aku? Adakah memadai? Atau aku hanya redha untuk berkorban untuk diri sendiri atau keluarga terdekat sahaja? Bagaimana pengorbanan aku kepada saudara seislam aku yang lain. Yang lebih memerlukan...... Adakah aku mampu berkorban seperti mana Nabi Ibrahim A.S & Nabi Ismail A.S sekiranya dituntut?


Selain tu sudah tentu Aidiladha ni dikaitkan dengan ibadah Haji. Rukun Islam Ke-5. Memang ada simpan harapan untuk sampai ke Mekah bagi menjalankan ibadah ni. Cuma urusan serius ke arah tu belum dimulakan lagi. Asyik tertangguh jer….. Harap dapat hidayah kearah itu. InsyaAllah. Tahun ni Abah kat Mekah sekali lagi. Alhamdulillah rezeki dia dapat pergi banyak kali… tak pasti plak aku berapa kali. Aku doakan dia selamat pergi dan selamat kembali dan berjaya menjalani ibadah haji di sana dengan sempurna. Moga pulang dari sana nanti ada perubahan yang positif.

Tahun ni tak balik kelantan. Beraya kat KL ajer.....

06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!

Mohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan aku selama ini. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.

Teringin gak masukkan gambar / ucapan dalam bentuk jpeg raya pertama dengan blog ni. Tapi laptop rosak, tak sempat nak prepare & edit. Hanya ucapan guna text jer ler..... Apa yang penting tulus ikhlas.

Memandulah balik ke kampung dan kembali dengan selamat. Peringatan untuk aku sendiri jgak. Harap terhindar dari segala musibah dan kesulitan. Nauzubillah......

Selamat tinggal Ramadhan..... harap boleh ketemu lagi tahun depan. 1 bulan sangat singkat untuk menikmati keindahan mu Ramadhan......

29 Ogos 2010

Selamat Menyambut KeMERDEKAan Kali Ke-53

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 1Malaysia Menjana Transformasi.

Tahun ni sambutan nampak macam hambar sikit. Walhal tinggal 2 hari jer lagi. Kenapa yerk? Semua orang sibuk beramal ibadat sempena bulan Ramadhan ni kot. Almaklum peluang beribadat dengan ganjaran yang besar hanya datang sebulan jer dalam setahun. Takkan nak lepaskan peluang ni, kan? Sibuk buat sambutan raya? errr..... tak lah..... amal ibadat lagi sibuk. Dah masuk 10 hari terakhir ni.... Kena lipat gandakan amalan. Mencari malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Huhuhuhu.... ;P

Merdeka & Puasa.... lebih kurang jer. Merdeka bebas dari penjajah, membolehkan kita mencorak sendiri halatuju negara kita bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Puasa bebas dari belenggu syaitan, membolehkan kita beramal ibadat dan mandapat ganjaran seperti yang dijanjikan.

Camna pun sejarah jangan dilupakan. Belajar dari pengalaman, kita akan matangkan lagi tindakan dan pemikiran kita. Jangan diulangi kesilapan yang lampau. Sayangilah Malaysia tanahair kita. Baik buruk kita yang mencoraknya.

Gambar lama, masa sambutan kemerdekaan kali ke-50 tahun 2007. Aku rasa sambutan tahun tu sambutan MERDEKA yang paling meriah setakat ni. Mungkin psal 50 tahun. Kena tunggu sambutan kali ke 100 baru meriah balik kot.... huhuhuh

10 Ogos 2010

Salam Ramadan

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al Baqarah: 183) ”

Salam Ramadan kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Selain menahan lapar dan dahaga, kenalah jugak tahan dari perkara-perkara yang tak baik. Ya Allah! berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dan rasa syukur. InsyaAllah kita akan berada dalam golongan yang mendapat keberkatan dan kemuliaan Ramadan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...